Di awal penubuhan politeknik, kuliah disampaikan sepenuhnya di dalam Bahasa Malaysia dan sejak 2008 pula kuliah perlu disampaikan sepenuhnya di dalam Bahasa Inggeris.
Sekarang ini kerajaan mahu memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkasakan Bahasa Inggeris selepas PPSMI (pengajaran & pembelajaran sains matematik dalam Bahasa Inggeris) dimansuhkan dan ketika ini pula apabila dilihat Bahasa Malaysia telah 'diperkosa' maka ianya perlu dimartabatkan dengan bersungguh-sungguh. Kiranya acara peringkat antarabangsa yang diadakan di Malaysia pun akan diterajui dalam Bahasa Malaysia.
Maka... apakah nasib kami? Uwwwaaaaaaaaaaa!!!!!!!!! Kesiankan............. (sebenarnya aku sangat suka andai Bahasa Malaysia digunapakai sebagai bahasa perantaraan dalam menyampaikan kuliah walaupun aku ni anak md.salih (nama bapak aku).. hehehehe).
Mudahan nasib anak bangsaku akan terbela!!
1 ulasan:
Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia? heheheh
Yang pasti saya lebih senang berkomunikasi dalam bahasa ibundaku lebih-lebih lagi apabila dalam pembelajaran dan pengajaran.
But i can speak in English too. :p
Tapi kenapa kita suka menyusahkan keadaan yang mudah??? Belajarlah dalam bahasa ibunda, nescaya kita lebih cemerlang. No doubt!!!
Catat Ulasan