Sabtu, 7 Mei 2011

BOTOL SUSU

Tajuk kita kali ini adalah botol susu (ye la.. asyik-asyik Kak Limah je jadi isu).

Tajuk ni adalah bersempena dengan langkah yang dibuat oleh kerajaan Malaysia untuk menghapuskan/mengharamkan penggunaan botol susu yang diperbuat daripada polikarbonat. Sebagai ibu bapakan kita kena prihatin akan keperluan anak-anak. Dah la cikgu kena bantu pantau obesiti anak-anak sebab kerajaan kata ada ibu bapa yang tak tau pemakanan anak-anaknya. Sian cikgu. Cikgu pun ada anak gak. Kira cikgu lain tolong pantaukan la.

Berbalik tajuk kita tadi, aku dah bertindak pantas (sejak 2007 lagi) dengan menukar botol susu polikarbonat kepada BPA free. Sebelum ni, cap yang mahal-mahal je ada botol BPA free ni. Tapi sekarang boleh dikatakan kesemua brand untuk barangan bayi dah ada botol BPA Free ni. Korang sebut je apa dia.. OK Baby.. Pureeen.. Baby Kiko.. Tollyjoy.. 

Ok.. dah senaraikan nama brand tu.. korang tau tak apanya BPA Free tu? Kenapa tak boleh guna yang ada polikarbonat tu? (Politeknik tak pa la..) Jom baca..

 
 
 


Sebelum ni aku beli botol susu sekali dengan pam susu untuk buat stok susu ibuku kepada anak-anakku. Aku beli online kt www.momslittleones.com. Kat kedai ni botol susu dia semua dah BPA Free. Kalau korang nak yang kaca pun ada. Aku ada beli gak. Praktikal jugak penggunaannya. Nak bersihkan pun senang. Tahan lama dan tahan panas (kalau tak pecah). Cuma pas anak kita minum make sure terus ambil dari diorang sebelum diorang lempaq buang sampai berderai. Huhuhu.. tu antara kelemahan botol kaca. (Biasa la kan.. semua yang makhluk buat tu adalah tidak sempurna.. hanya Allah saja yang Maha Sempurna).

Lain tips dalam pemilihan botol susu anak-anak ni.. aku suka beli yang tanda arasnya timbul so bila kita basuh banyak kali pun tanda tu tak hilang berbanding dengan tanda yang ditampal. Kalau botol cap "Tupperware".. basuh bebebebeberapa kali tanda aras tu hilang tapi yang bestnya kita boleh tukar dengan yang baru.. kalau korang ada guna brand ni.. kumpul dan pegi la tukar kat stokisnya.. InsyaAllah boleh dapat yang baru dengan percuma. 

So.. pas ni boleh la pegi survey kat mana-mana tempat yang ada jual botol susu. Pilihan di tangan anda. Walaupun susu ibu adalah yang terbaik buat anak anda.. kadang-kadang susu ibu tu perlu gak diberi melalui botol kalau si ibu keluar bekerja. 

Lupa plak.. dah beli botol kena la beli putingnya. Walaupun kat plastik tu beri amaran "Penggunaan puting susu boleh mengganggu penyusuan susu ibu".. aku tetap membelinya. Aku suka beli cap Pigeon yang cutting 'Y' sebab kalau botol tergolek susu tak tumpah.. kira anti-kolik la..  

Puting susu ni ada dua jenis.. satu dibuat dari getah dan satu lagi dari silikon. Getah biasanya berwarna oren dan silikon berwarna putih. Aku suka silikon sebab lebih tahan lama berbanding getah. Korang kena rajin basuh puting gak kalau nak jangka hayat dan rupa parasnya tahan lebih lama. Yang getah lebih lembut dan katanya lebih mirip kepada yang asli (faham?) berbanding silikon.

Puting susu ni pun ada banyak saiz.. S, M dan L. Saiz tu adalah merujuk kepada saiz lubang puting. Biasanya baby baru lahir guna puting saiz S sebab diorang tak berapa reti nak sedut dan minum pun tak berapa banyak. So aliran susu tu agak terkawal ikut kadar sedutan si bayi.

Cukup dah kot.. next time kita sembang pasal susu formula plak. Kiranya ibu bapa memang sentiasa mahukan yang terbaik buat anak-anaknya. Begitu juga dengan ibubapa kita. Jangan lupa doakan mereka setiap hari. Berkat hidup tau! Redha Allah adalah bergantung kepada redha ibubapa kepada kita. Fikir fikirkan. Chow!
 

Tiada ulasan:

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...