Isnin, 9 Mei 2011

Kisah Seorang Pelupa

Ada seorang lelaki yang kuat pelupanya. Dipesan sekali, mula-mula ingat, kemudian lupa. Dalam sehari, ada sahaja perkara yang dia lupa. Dia sedar, kini lupa menjadi 'penyakit' dalam dirinya. Sedangkan banyak kesusahan dan yang dihadapi dengan adanya 'penyakit' lupa itu seperti terlupa temujanji, terlupa di mana diletakkan barangan, terlupa wang dan sebagainya. Mujurlah dia tidak pernah lupa sembahyang, isteri dan anak-anaknya.

Akhirnya dia pergi berjumpa dengan seorang alim ulama bagi membantu dirinya menyelesaikan masalah ini. Alim ulama tersebut berpesan:

1. Jangan lupa hutang piutang dan harta benda orang lain yang ada pada kita. Pulangkan dengan segera.

2. Selalu beristighfar dan solat taubat.


3. Buatkan catatan harian berkaitan apa yang hendak dilakukan. Contohnya temujanji, senarai barang yang hendak dibeli dan sebagainya.


4. Selalu ingat Allah dalam keadaan sedar. Jangan berzikir dalam keadaan lalai, contohnya lidah menyebut Subhanallah tetapi hati langsung tidak merasai kehebatan Allah.


5. Elakkan sama sekali makan daripada sumber yang haram dan syubhah seperti waswas atau meragukan.

6. Sentiasa solat dalam keadaan khusyuk dan sedar.


7. Jadikan hari kiamat sebagai peringatan. Setiap satu perbuatan kita dihitung, oleh itu kita wajib beringat dan sentiasa berhati-hati dalam setiap detik kehidupan.

Lelaki tersebut cuba mengamalkan satu persatu pertua yang diberikan. Alhamdulillah, penyakit lupanya mula sembuh dan kini dia menjadi seorang yang pengingat.    


Sumber : Dari buku "Petua membantu anak berjaya".


2 ulasan:

adarnadzmie berkata...

KN.. gurau je ni... dia lupa makan tak??... hehe...

TQ kerana sudi kongsi info ni...

Ahliacikgukhairul berkata...

normi: rasanya makan tak lupa la kot sebab dia boleh pi jumpa alim ulamak tu.. hehehe

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...