Jumaat, 20 Mei 2011

Adab Makan

Adab Sebelum Makan
1. Hendaklah berpakaian bersih.
2. Basuh tangan.
3. Duduk dengan tertib.
4. Membaca doa "Ya Allah! Berkatkanlah kepada kami rezeki yang engkau berikan kepada kami dan peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka".


Adab Semasa Makan
1. Gunakan tangan kanan.
2. Ambil makanan yang hampir.
3. Utamakan orang yang lebih tua.
4. Jangan gelojoh semasa makan.


Adab Selepas Makan
1. Basuh tangan dengan bersih.
2. Baca doa selepas makan "Segala puji bagi Allah yang memberi kami makan dan minum dan menjadikan kami dari kalangan orang-orang Islam".
3. Kemaskan tempat makan.
4. Buang sisa makanan ke dalam tong sampah.




3 ulasan:

RuMaH TuA berkata...

Salam.
Setiap sunnah itu pasti ada kejayaan.
Insyaallah...
Makan ketika lapar,
Berhenti sebelum kenyang..

"Niat kerana Allah"

panduan berkata...

Sunnahnya : Duduk atas (belakang) tapak kaki dalam keadaan berlutut ATAU ditegakkan kaki kanan dan duduk diatas kaki kirinya. (Bab Makan Nabi s.a.w dinukil dari Syarh Ihya’ U’lumiddin )

Kedua-dua lutut ditegakkan. Dalilnya: Diriwayatkan secara hasan,Telah dihadiahkan kepada Nabi s.a.w daging kambing, maka Nabi s.a.w. telah duduk berlutut,sedang baginda makan seorang arab badwi menegur baginda s.a.w ;"Duduk apakah ini?". Maka Nabi s.a.w bersabda; "Sesungguhnya Allah menjadikan saya sebagai seorang yang pemurah dan tidak menjadikan saya orang yang bersifat keras lagi kasar".


Kaki kanan ditegakkan ,dan duduk diatas kaki kiri. Dalilnya ; Ibn Dohhak meriwayatkan didalam Syamail dari hadis Anas r.ahu ;Adalah baginda Nabi s.a.w apabila duduk untuk makan baginda akan duduk diatas kirinya dan menegakkan kanannya (betis) kemudian baginda bersabda ;"Sesungguhnya saya adalah hamba,saya duduk seperti seorang hamba duduk, dan saya akan lakukan seperti seorang hamba lakukan."

Ahliacikgukhairul berkata...

Terimakasih atas perkongsian saudara saudari. InsyaAllah sama2 kita amalkan.

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...