Singgah Jap

Jumaat, 15 Oktober 2010

HATI..

Lepas baca blog Ziarah 76 tadi.. aku pun cam nak story pasal hati.. sebab aku tengok penyakit hati sangat berleluasa sekarang ni.. boleh bunuh dan seksa orang tanpa belas kasihan.. tu namanya hati yang dah mati..

Ada gak yang cemburu melihat kejayaan orang lain.. mulalah rancang macam-macam nak jatuhkan dan aniaya kawan tu.. tu pulak contoh busuk hati..

Kadang-kadang geram dengan kelaku anak-anak yang nakal.. atau tak berapa nak dengar kata.. hehehe.. sakit hati la pulak..

Biler orang yang kita sayang tersalah cakap yang menyinggung hati kita.. mulalah kecik hati.. huhuhuhu..

Kita sambut tetamu yang datang ke rumah kita dengan besar hati.

Kalau kita nak berjaya.. kita kena keraskan hati.. tahan dugaan yang mendatang.. sabar dengan cabaran dan halangan.. InsyaAllah..

Sedekah dan zakat adalah untuk mendidik hati agar hati jadi lebih bersih dan lembut.. dan juga ianya sebagai bekalan kita ke akhirat kelak.. so.. jangan lokek-lokek.. hmmmmm.. tapi baru-baru ni kuar kat paper yang mengatakan rakyat Malaysia murah hati tak bertempat.. beberapa orang wartawan menyamar sebagai peminta sedekah dan mereka senang-senang dapat RM100 sehari tanpa perlu berkerja keras.. camner plak tu eh? Biler wartawan interview orang ramai.. rata-rata mengatakan kesian dan cuba didik diri untuk sentiasa bersedekah.. tapi tu la.. ada segelintir yang suka amik kesempatan atas kebaikan orang lain.. tu yang peminta sedekah pun dah jadi satu profesion sekarang.. siap ada sindiket lagi.. kat Mekah yang suci pun ramai peminta sedekah sedangkan dalam Islam kita dilarang dari meminta-minta..

Bila kita baca cerita-cerita lawak.. kita rasa geli hati.. hehehe..

Bila dapat musibah.. kita selalu sedih dan susah hati..

Apapun yang kita lakukan.. kenalah berhati-hati.. mohon petunjuk Allah sentiasa.. InsyaAllah.. Allah akan terangkan hati kita dengan cahaya iman..

Seterusnya yang aku copy & paste dari blog adik Ziarah76 untuk perkongsian kita bersama:

"Kita juga berkewajipan dalam mengislahkan (memperbaiki) hati yang mana:

Hendaklah engkau menumpahkan perhatian pada hati dan batinmu. Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم telah bersabda : “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan perawakan kalian, tetapi Dia melihat kepada hati dan niat kalian.”(Hadits riwayat: Imam Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah dan selain mereka daripada Sayyidina abu Hurairah رضي الله عنه).

Dalam sebuah hadist Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم bersabda: “Ketahuilah, bahawa dalam jasad (tubuh) itu ada segumpal daging. Jika ia baik maka baik pula seluruh jasad itu, dan seandainya ia rosak maka rosak pula seluruh jasad itu. Ketauhilah, bahawa segumpal daging itu adalah hati.” (Hadits riwayat: al-Bukhari dan Muslim).

Kerana itu engkau wajib memperhatikan hati, serta tumpukanlah segala perhatian untuk memperbaiki dan meluruskannya sebab hati itu cepat berbolak-balik dan selalu berubah-ubah sebagaimana sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم berikut: “Sesungguhnya hati itu lebih cepat bolak-baliknya dari air yang sedang mendidih di dalam periuk.”

Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم sering berdoa :يَامُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلى دِيْنِكَ

Maksudnya: “Wahai Dzat yang membolak-balikan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu.”(Hadits riwayat: Imam Ahmad, at-Tirmidzi dan lainnya)

Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم bersabda: “Sesungguhnya hati-hati manusia berada di antara dua jari dari jari-jari ar-Rahman, jika Dia menghendaki, Dia tetapkannya, dan jika Dia menghendaki, Dia belokkannya” (Hadits riwayat: at-Tirmidzi dan lainnya ) – [maksud hadits “إن القلوب بين أصبعين من أصابع الرحمن” – menurut ulama khalaf adalah: Antara dua shifat dari shifat-shifatnya. Dan kedua shifat itu adalah Qudrat dan Iradat.

Sila rujuk Hasyiah Imam al-Baijuri ‘ala Jauharah at-Tauhid. – tambahan dari abuzahrah]

Hendaklah engkau berhati-hati dengan penuh kesungguhan, semoga Allah merahmati-mu, agar kelak engkau menemui Allah Ta’ala dalam keadaan hati yang bersih dari syirik dan nifaq, suci dari bid’ah dan akhlak yang keji, seperti menyombongkan diri dan riya’ hasad dan tipudaya terhadap kaum muslimin, dan seumpamanya. "


Sebab tu.. dalam organisasi/keluarga perlu selalu bermuzakarah agar kita sentiasa bersatu hati dalam menentang musuh-musuh Islam.. hapuskan sindrom Islamophobia.. sebenarnya tu semua propaganda orang kafir terhadap orang Islam.. kenapa diorang sangat takut dengan Islam? Hehehe.. yang ni plak tuan tanah yang senang hati sebab dapat karikatur muka sendiri yang macam tak berapa sama je.. moralnya.. jaga hati orang lain dan diri sendiri gak!



7 ulasan:

normi berkata...

wah byk nya Hati2... Apapun jaga lah hati kita.. jgn sampai hati.. hehe..

Adiebah Binti Ahmad berkata...

Hati2 dijalan raya
Rendang hati mak aku sedap juga
Nor Hati Zal?
Hahaha...yang penting hati ko tulus ikhlas..

Umma-ali berkata...

Salam,
Anak2 adalah permata hati...
setiap menatap wajah mereka tentu jatuh hati...
setiap kali mereka pulang ke madrasah, memang rasa berat hati nak melepaskan mereka...
merka pun pandang dan babai kami dgn sayu hati...
tapi kami tahu Allah nak bersihkan hati2 kami agar korban kpdNya dgn bulat hati...
Hmm...amacam? Ok? Semua hati, tp bkn hati mere sati...huhu...

ahliacikgukhairul berkata...

normi: betul2

dieba: haha.. aku setuju..

kak umma-ali: hehe.. memang ok la kak..

ziarah76 berkata...

nak cerita pasal hati memang lah banyak ye tak kak?

Aii... sapa pulak lukis karikatur tu?

Saya dah isteri selalu teringatkan Penang. hehe

t kasih

ziarah76 berkata...

*komen atas ada salah eja
patutnya:

saya dan isteri selalu teringatkan Penang.

ahliacikgukhairul berkata...

ziarah76: betul la.. mmg banyak.. n free2 tu mai la penang

Related Posts with Thumbnails