Ahad, 31 Januari 2010
Perjalanan ke Tanah Suci - Bahagian 4
1. 7pagi - 9pagi (biasa orang dok p ziarah time ni.. mata masih segar lagi)
2. 1tengahari - 2.30 petang (time paling padat.. orang Malaysia @ Asia Tenggara tak digalakkan ziarah pada waktu ni sebabnya sangat sesak)
3. 9 malam - 11 malam (time ni paling lengang.. mungkin sebab dah waktu tido.. waktu Isyak kat sana lebih kurang pukul 7malam.. so.. kalau kul 9 malam tu dah kira larut gak la kan..)
Orang Malaysia + Thailand + Singapura + Indonesia + Brunei dikira satu kumpulan dan berbahasa Melayu.. negara lain macam India + Bangladesh + Pakistan kira satu kumpulan lain.. then orang-orang Turki.. Afrika Selatan + Nigeria.. tu yang aku perasan la.. ada petugas muslimah dok pegang papan sepanduk.. kita tengok tulisan kt situ.. kalau dia tulis 'ceramah agama' kat papan tu.. kita pegi la berkumpul kat situ.. petugas tu akan bagitau kita adab-adab dan kelebihan menziarah Masjid Nabawi.. jangan takut tak paham.. dia cakap Melayu.. jangan plak pegi kt papan sepanduk yang tulis dengan tulisan kita tak paham.. dia cakap apa pun kita tak paham jugak..
Tempat-tempat yang dibawa ziarah dalam Masjid Nabawi dan sekitarnya adalah
1. Makam Rasulullah S.A.W
2. Makan Saidina Umarbin Al-Khatab
3. Makam Saidina Abu Bakar al-Siddiq
4. Raudhah (taman syurga yg terletak di antara makam nabi dan mimbarnya)
5. Perkuburan Al-Baqi'
Kat Makam Rasulullah dan sahabat-sahabat baginda, kita kena berdo'a untuk baginda dan memberi salam kepada baginda dan sahabatnya dengan suara yang rendah dan dilarang merendahkan badan. Rasulullah tau sapa yang datang.. mudahan ia jadi saksi di akhirat masa kita nak mintak syafaat baginda.. dan kita boleh sampaikan salam orang lain juga kepada Rasulullah..
Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.AW. bersabda:
"Barangsiapa menziarahiku di Madinah dengan tujuan memperoleh ganjaran (rohaniah) akan bersama-sama denganku dan untuknya aku akan menjadi pensyafaat pada Hari Kiamat".
Pas tu, tunggu turn nak dapat masuk ke Raudhah. Kat Raudhah kita hanya dibenarkan sembahyang sunat 2 rakaat je.. sebab nak bagi peluang pada orang-orang lain gak.. ramai sungguh.. menguji fizikal dan mental gak.. berebut-rebut.. hehe.. kira sujud atas tapak kaki org pun ada.. sebabnya Raudhah adalah salah satu tempat mustajab berdoa.. so.. kalau ada rezeki sampai Masjid Nabawi.. jangan lepaskan peluang nih..
Perkuburan Al-Baqi' plak letaknya kat luar masjid.. dipagar sekelilingnya.. orang pompuan tak boleh masuk so tengok dari luar pagar je (sambil tu berdo'a untuk ahli-ahli kubur) tapi orang lelaki dibenarkan ziarah ke dalam kawasan pagar tu.. perkuburan ni adalah perkuburan ahli-ahli Madinah dari zaman Rasulullah sampai la sekarang. Antaranya Saidina Othman bin Affan, isteri-isteri Rasulullah dan anak-anaknya (Saidatina Fatimah al-Zahrah, Saidatina Ruqaiyyah dll), Malik bin Anas r.a, Saad bin Muaz r.a, ABi Sufyan bin Al-Harith, Saidina Hassan bin Ali dan ramai lagi. Isteri nabi Saidatina Khadijah dimakamkan di Perkuburan Ma'ala di Mekah.
Alhamdulillah.. selama 8 hari kt Madinah.. aku dapat sampai ke Makam Nabi dan Raudhah 5 kali.. tapi tu pun menuntut kesabaran yang sangat tinggi.. walaupun dalam masjid je tapi sementara nak dapat turn ke situ.. Allah je yang tau.. mungkin sebab time tu musim haji.. time lain mungkin lengang.. aku pun tak pasti.. tu yang tanam azam nak pegi lagi.. InsyaAllah.. hari ke 8 di Madinah.. kita dikehendaki membuat ziarah wadak (ziarah perpisahan).. then doa sungguh-sungguh mudahan itu bukan la ziarah kita yang terakhir.. InsyaAllah..
Gambar seperti yang dimaklumkan awal.. kena tangguh dulu ya..
Isnin, 25 Januari 2010
Kisah Benar..
Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan “Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.” Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’ kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
Kisah Isteri/Ibu
Saban malam, seorang ibu dari keturunan Bani Israel berendam air mata.Hatinya dibalut rasa pilu setiap kali menatap anaknya yang menderita diserang sakit misteri. Selain berdoa siang dan malam, si ibu berusaha mengubati anaknya itu. Namun tiada tanda penyakitnya akan sembuh,sebaliknya bertambah teruk.Suatu malam, selepas memberikan anaknya ubat, dengan linangan air mata,si ibu berdoa ke hadrat Allah, sekaligus bernazar jika penyakit anaknya sembuh. Dengan kehendak Allah, tidak berapa lama kemudian, si anak yang sekian lama terlantar, perlahan-lahan sembuh. Selera makannya bertambah dan dalam waktu terdekat, dia kembali pulih. Sekali lagi dengan iringan air mata, si ibu tak henti-henti meluahkan rasa syukur kepada Allah. Sesungguhnya dia merasa cukup terharu selepas doanya dimakbulkan. Sambil tersenyum dia mengusap-usap rambut anak lelakinya itu dengan penuh kasih sayang. Lantaran terlampau gembira, ibu tadi lupa menunaikan nazar yang dilafaznya ketika berdoa. Hinggalah pada suatu malam, dia bermimpi dikunjungi seorang lelaki tua yang tidak dikenali. Lelaki itu berkata kepadanya dalam nada marah, “Hai perempuan! Tunaikanlah nazarmu agar kelak engkau tidak ditimpa musibah daripada Allah.”Sejurus kemudian lelaki tersebut lenyap dan si ibu tersentak daripada tidur. Beberapa kali dia beristighfar…sambil mengurut dadanya yang berdebar kencang. Digosok-gosok kelopak matanya, kemudian dia termenung memikirkan mimpi itu. Rasa takut sesekali menerjah-nerjah nalurinya.
Keesokan malamnya, si ibu memanggil anaknya. Lalu diceritakan perintah lelaki tua dalam mimpinya serta nazar yang belum ditunaikan. “Nazar apa?” tanya si anak. “Begini…semasa kamu sakit tempoh hari, mak bernazar sekiranya kau sembuh, mak berjanji untuk keluar dari dunia ini selama tujuh hari. Doa mak dimakbulkan tapi hingga ke hari ini nazarnya belum dapat ditunaikan,” jelas si ibu. “Apa yang mesti kita lakukan?” tanya si anak selepas agak lama termenung. “Apa lagi, galikan sebuah lubang kubur untuk mak!” perintah si ibu. “Gali kubur? Tapi…bukankah kubur hanya untuk orang mati?” soal si anak penuh kehairanan. “Dah, jangan banyak tanya. Gali kubur, kemudian timbuskan mak. Selepas tujuh hari, kau galilah semula. Insya’allah mak akan selamat,” ujar si ibu selamba.Dalam keadaan terpinga-pinga, si anak akur dengan perintah ibunya. Lalu dia segera mengambil cangkul, melakukan apa yang disuruh. Setelah selesai, si anak membaringkan tubuh ibunya dalam liang lahad. Dengan linangan airmata, wanita itu menadah tangan lalu berdoa: “Ya Allah, Engkau telah memenuhi permintaan dan doaku. Sekarang aku akan tunaikan nazarku. Peliharalah aku dari kebinasaan alam kubur ini, ya Allah dan selamatkanlah anakku.” Dalam keadaan serba salah, si anak meletakkan papan keranda dan menyodok tanah untuk menimbus lubang kubur itu. Dia kemudian berjalan pulang sambil air matanya tak henti-henti mengalir. “Mungkin ibuku sedang meronta-ronta kelemasan sebelum menghembuskan nafas terakhir,” bisik si anak mengenangkan nasib ibunya.
Si anak mengira hari dan dirasakannya waktu terlalu lambat bergerak. Namun sesaat pun si anak tidak lupa memohon agar Allah sentiasa memelihara ibunya. Di dalam kuburnya, si ibu merasakan lubang kuburnya semakin hari semakin luas. Beberapa ketika kemudian, dia terpandang imbasan cahaya di sebelah kanan kepalanya. Lalu dia menoleh, di dapati suatu lubang kecil di sebelahnya yang amat terang. Apabila diintai ternampaklah sebuah taman yang penuh dengan bunga-bungaan yang amat indah. Belum pernah dia melihat taman seindah itu seumur hidupnya. Si ibu tambah tersentak apabila ternampak dua wanita sedang duduk di tepi sebuah kolam yang jernih airnya. Seorang berwajah sugul sementara yang seorang lagi begitu ceria. Menyedari kehadirannya, wanita berwajah ceria bersuara: “Wahai perempuan, silakan masuk dan duduklah bersama kami,” pelawanya penuh sopan. Sejurus itu lubang kecil di kubur si ibu perlahan-lahan membesar sehingga memudahkannya berjalan masuk ke taman tersebut. Dihampirinya kedua-dua wanita itu.. Tiba-tiba muncul seekor burung, lalu melebarkan sayapnya ke atas kepala wanita ceria itu. Tidak berapa lama kemudian, muncul seekor lagi datang mematuk-matuk kepala wanita berwajah muram itu. Kejadian itu memeranjatkan si ibu. Dia bertanya kepada perempuan yang dipayungi burung itu. “Bagaimana kamu memperolehi kemuliaan ini?” tanyanya lagi. “Semasa di dunia, aku mentaati suamiku. Semasa aku kembali menemui Tuhan, dia redha kepadaku. Dia sentiasa mendoakan kesejahteraanku sehingga kini. Maka Allah muliakan aku seperti mana yang kamu lihat..
Setelah itu si ibu tadi bertanya kepada wanita yang melolong-lolong setiap kali burung mematuk kepalanya. “Semasa di dunia,” jawabnya tersekat-sekat, “aku perempuan solehah. Tidak pernah aku melanggar perintah Allah, tetapi aku seringkali derhaka kepada suamiku. Apabila aku meninggal, dia berada dalam keadaan tidak redha kepadaku…maka itulah Allah jadikan kuburku ini tempat penyeksaan. Jika kamu kembali ke dunia nanti, ceritakan kepada suamiku, yang aku memohon ampun dan maaf.” “Insya’Allah,” jawab si ibu tadi perlahan, menahan hiba. Tujuh hari kemudian, tinggal bersama-sama dua orang wanita tersebut, si ibu masuk semula ke kuburnya. Sedar-sedar anak lelakinya sudah berada di sisinya. Kedua-dua anak-beranak itu berpelukan dengan air mata berjejeran kerana tidak menyangka dapat berjumpa semula. Sebaik si anak membawa ibunya pulang, hebohlah ke seluruh kampung, ibunya kembali semula selepas seminggu dikebumikan. Berduyun-duyunlah orang menziarahi perempuan tersebut, bertanyakan pengalamannya selama tujuh hari berada dalam kubur. Di antara yang hadir itu termasuklah suami perempuan kedua yang ditemui si ibu tadi semasa di alam kubur. Sebaik mendengar pengalamannya,lelaki itu pun bersuara. “Dia arwah isteri saya,” kata lelaki itu sayu. “ Malang sekali, sekarang dia sedang diseksa kerana derhaka kepada kamu. Ampunilah dia agar arwah dapat ketenangan di sana ,” jelas si ibu itu.“Baiklah…aku ampunkan segala dosanya terhadapku dan aku redha dengan pemergiannya,”sambung lelaki itu lagi. Aneh, malam itu, si ibu bermimpi didatangi perempuan yang dipatuk burung itu. “Bagaimana keadaan kamu sekarang?” tanya si ibu itu.“Alhamdulillah, aku selamat daripada seksaan kerana pertolonganmu menyampaikan pesanan agar suamiku memaafkan dosaku. Semoga Allah membalas kebaikanmu dan mengampunkan engkau,” ujar wanita itu terharu. Si ibu terjaga lantas beristighfar beberapa kali.(Dipetik dari kitab karangan Imam Al-Ghazali
Sabda Rasulullah S.A.W:“Aku melihat dalam neraka tiba-tiba ramai di antara ahlinya adalah wanita.”Maka seorang wanita bertanya: “Mengapa ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “Mereka banyak bersumpah dan tidak berterima kasih kepada suaminya.”
WALLAHUALAM
Khamis, 21 Januari 2010
Perjalanan ke Tanah Suci - Bahagian 3
1. Bandar itu menghapuskan org2 jahat sebagaimana logam cair menanggalkan kotoran.
2. Tempat bersemadinya jasad Rasulullah S.A.W dan sahabat2nya.. anak2 dan isteri2 baginda turut dimakamkan di bumi Madinah..
3. Merupakan salah satu Tanah Haram yg mana kita tak boley membuat kerosakan di dalamnya.
4. Ketinggian rahmat bg penduduk Madinah.
5. Rasulullah S.A.W memberi syafaat kepada penduduk Madinah (yg mana mereka akan mudah dihisab, keselesaan di bawah lindungan Arasy Allah, sepantas kilat masuk syurga.. sebab tu kiter kena mohon agar dpt syafaat Nabi.. antara amalannya ialah bacalah Surah Al-Mulk setiap malam.. InsyaAllah.. tu usaha kiter)
6. dan lain2 lagi.....
so.. pas siap sarapan tu around kul 6.30pg.. weol pun naik la bas yg disediakan..
CK bergambar berlatarbelakangkan Bukit Memanah..
CK kelihatan gembira nak pegi ziarah luar.. maklum la.. first time dan tempat bersejarah yang ada kaitan dengan Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W.
Setiap bas ada 'tourist guide' yg terdiri drp student Universiti Islam Madinah.. hmmm.. kagum la aku dgn pengetahuan diorg tuh.. Bas yg aku naik tuh diketuai oleh adik Mohd Udzair bin Mohamad Zaid.. umur br 23 taun.. sepanjang perjalanan dia dok stori mori pasal sejarah tempat2 yg weol lawati tuh... kiranya banyak benda yg aku br tau.. teruk tul aku nih.. Tempat pertama yg weol pg adalah Masjid Quba'..
Masjid Quba' ni adalah masjid pertama yg dibina dalam sejarah Islam dgn rasa taqwa yg maner Rasulullah S.A.W turut sama membinanya.
Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yg berwudhuk di rumahnya, kemudian pergi ke Masjid Quba' untuk bersolat, akan diberi ganjaran pahala seperti pahala mengerjakan umrah" (Riwayat Ibnu Majah).
MasyaAllah.. so kengkawan.. kalau ada rezeki kiter nanti.. jangan lupa amik wudhuk siap2 dr bilik hotel then sampai kt masjid tuh kita solat.. tak kira la solat apa.. solat tahiyatul masjid ke.. sunat dhuha ke.. solat mutlak kerana Allah Taala ke..
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Janganlah kamu bersembahyang dalam masjid itu selama-lamanya. Sesungguhnya masjid yg didirikan atas dasar taqwa (Masjid Quba'), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersembahyang di dalamnya. Di dalamnya ada orang2 yg ingin membersihkan diri. Dan Allah menyukai org2 yg bersih". (Surah At Taubah, Ayat 108)
Kemudian pegi plak ziarah ke Masjid Qiblatain yg bermaksud dua kiblat.. sejarahnya.. masjid ni dulu berkiblatkan BaitulMaqdis di Palestin then Allah memerintahkan Rasulullah S.A.W mengubah arah kiblat masjid ke arah Kaabah di Masjidil Haram. Kiblat diubah ketika Rasulullah S.A.W dan sahabat sedang rukuk dalam sembahyang.. Satu lg masjid yg weol dibawa melawat (tgk dr atas bas je).. ialah Masjid Tujuh.. gambar tak da plak.. antara sejarahnya ialah Peperangan Khandak yg bermaksud 'parit'.. Salman al-Farisi mengusulkan agar parit digali yg maner sepanjang 20.4km parit telah digali yg dalamnya 3 - 5 meter... kiranya itu utk tipu helah saja kerana org2 kafir dok terus mengganggu kaum muslimin.. biler parit digali org2 kafir tak boley masuk dan kemudiannya Allah hantar ribut pasir untuk serang tentera kafir..
Ni plak perkuburan para syuhada'.. iaitu mereka yg terkorban semasa peperangan Uhud.. kubur mereka semua tak bertanda.. antara yg dimakamkan kt sini adalah Saidina Hamzah dan anak saudaranya Abdullah bin Jahsyi, Mus'ab bin Umar r.a dan ramai lg perajurit Islam.. kiter perlu berdoa utk para syuhada semua kerana mereka telah berkorban demi menegakkan kebenaran Islam..
Ni adalah Bukit Uhud (Jabal Uhud).. keluasannya 8km.. bayangkan mcm maner sahabat2 Rasulullah berkawal di bukit tuh semasa Perang Uhud.. terutama mereka dipesan agar berkawal di puncak Bukit Uhud tu.. kelebihan org2 Arab ialah diorang ni sgt mahir dgn bukit bukau..
Last destinasi adalah ladang kurma.. tapi masa time weol melawat tu.. sebiji kurma pun tak de kat pokok.. rupa pokok kurma ni macam pokok kelapa sawit kt Malaysia.. tapi kt ladang kurma tu tak de ular mcm kt ladang kelapa sawit.. tu yg diberitau la.. dan buah kurma ni masak waktu musim panas.. kadang2 suhu kt Madinah boleh mencecah 54darjah celcius.. panaskan? tu yg pihak Arab Saudi ada buat air terjun buatan kt sepanjang jalan (gambar bawah).. tujuannya agar rakyat boley berehat kt situ sambil menyejukkan badan..
Then abis lawatan around 11 lebih pg.. weol terus p Masjid Nabawi utk solat zuhur.. masuk waktu dlm kul 12.05 tengahari..k.. sambung lg nti.. citer pasal ziarah dalam (dalam Masjid Nabawi) plak.. InsyaAllah..
Isnin, 18 Januari 2010
Indahnya Ciptaan Allah
Bersediakah kiter?
Sabtu, 2 Januari 2010
Perjalanan ke Tanah Suci - Bahagian 2
Dalam kul 9.30pg.. dpt la mcm2 souvenier dr pihak TM.. (gambar x dpt nak tunjuk kt sini sbb ada kt lappy makcik aku).. Alhamdulillah.. tahun ni ramai sahabat korporat yg berkongsi barakah dgn membekalkan jemaah haji brg2 keperluan (diberi masa kursus perdana) spt:
1. selipar + beg kasut (Bank Islam)
2. set ubat - siap lip gloss, facial mouisturizer, ubat sakit tekak, vitamin c dll (CCM)
3. set ubat gigi + berus gigi + ubat kumur (Colgate)
4. surah yassin dgn terjemahan + doa2 (Standard Chartered)
5. makanan dlm tin (Ayamas)
6. tikar + beg sandang + beg kasut + botol spray + kad iTalk RM5 (TM)
7. beg sejadah (Sapura)
semuanya aku bawak pg ke Tanah Suci dan mmg semuanya digunakan di sana.. Allah je la yg membalas jasa mereka..
Then.. dlm kul 11pg.. pas salam2 n peluk cium ahli korga.. aku n CK pun heret la beg ke tempat scan bag dan timbang bag.. pas tu dpt tiket flight n kad jemaah.. duduk sat dgr taklimat.. diorg kata time tu Madinah sejuk dlm 18darjah celcius.. huhu.. weol sudah ngeri la krn tidak bawak baju sejuk.. tp aku br surf internet n tgk cuaca Madinah dlm 34darjah je.. hmmmm.. x po la.. weol pakat beli baju sejuk yg pihak Tabung Haji jual..
Abis taklimat.. doa dibaca dan azan pun dilaungkan... menitik lg air mata aku.. huhu.. then beratur naik bas nak ke airport.. polis dok iring.. lalu jalan belakang airport n bas berenti kt tangga kapal terbang.. first time in my life.. begitu sekali layanan pihak Tabung Haji n kerajaan Malaysia pd bakal2 jemaah haji..
Aku memang salute abis dgn pihak Tabung Haji la.. pengurusan diorang memang tip top + petugas2nya yg sgt sabar n sentiasa tersenyum.. tak penah aku tgk diorg marah wpun diorg kena marah dgn jemaah haji yg mungkin tak berpuas ati.. kot sbb petugas2 tu banyak minum air zamzam.. tu yg hati n wajah diorg nampak bersih je.. hehe.. kalu tanya aku.. aku mmg sgt puas hati la.. sbb aku cerita ni on behalf pakej 'muassassah'.. bayaran termurah yg dikenakan tp dpt perkhidmatan yg sgt baik..
Orait.. Flight weol terus masuk Airport Madinah Al-Munawwarah.. weol take off around 1pm.. selama 8 jam dlm flight.. dpt mkn nasi 2 kali.. air ntah brp kali diorg serve.. semua sedap2.. then nak turun dpt lg souvenier dr pihak MAS.. Alhamdulillah... sampai Madinah kul 9pm waktu Malaysia tp waktu Arab Saudi kul 4pm.. masa nak lepas imigresen tu.. org lelaki kena amik sepuluh2 cap jari n gambar.. org pompuan dia cuma cek pasport n vaksin yg wajib dah amik @ belum.. then naik bas yg disediakan ke hotel... itu time kepala aku dah stat ting tong dah.. hehe.. maklum la kan.. kalu kt M'sia aku mcm dah siap2 nak tido.. tp kt Madinah baru nak maghrib.. huhu..
Grup kami (KT13) ditempatkan di Hotel Sakan Al-Rawdah... best.. aku dok sebilik 3 org.. CK plak dok selang 2 bilik dr bilik aku.. roomate CK adalah pasangan kpd roomate aku.. n of course CK tu pasangan aku kan..
Sampai2 bilik hotel tu.. pihak Tabung Haji pesan suruh solat Maghrib + Isyak dlm bilik masing2.. ye la.. weol br sampai so x tau lg time solat n apa2.. pas solat aku jengah kt tingkap.. huhu.. nampak Masjid Nabawi bersebelahan dgn hotel weol.. cantiknya... tak sabo nak pg.. lgpun 1,000 kali ganda pahala kalu sembahyang kt dalamnya.. MasyaAllah.. pas makan malam.. aku n CK pun p la survey jalan ke masjid n kedai2 di sekitarnya.. kepala dok pening nih.. tgk jam dah kul 9 mlm.. maksudnya kt M'sia dah kul 2pg.. huhu.. kena tido segera nih sbb sok subuh dah nak p masjid..
Weol pun balik tdo n bangun kul 3.30pg.. siap2 p masjid wpun jaraknya cuma 300 meter je.. hehe.. masuk waktu Subuh kul 5.40pg.. kiranya biler sampai kt Tanah Suci otomatik kita boley siap awal sejam dua sebelum masuk waktu n dok tunggu dlm masjid.. huhu.. apasal biler kat tanah air x dpt kekalkan mcm tu? (gaknya sbb aku tak buang setan dlm hati aku kt Laut Andaman hr tu.. mau salahkan sapa tuh?)
CK di salah satu pagar masuk ke Masjid Nabawi
berlatarbelakangkan Masjid Nabawi..
Masjid Nabawi di waktu malam.. gambar diambil dari tingkap bilik aku..
Masjid Nabawi di waktu siang.. gambar diambil dari lokasi yang sama.. di bawah kubah hijau tu la terletaknya makam Rasulullah S.A.W dan sahabatnya Saidina Abu Bakar r.a dan Saidina Umar r.a
2019 dah?
Assalamu'alaikum semua!! dah 2019 dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku 😂 entri terakhir pasal...
-
Dalam Bahasa Arab perkataan sirah datang dari perkataan " sara" yang bermaksud mengembara atau dalam sebuah perjalanan. Ia ada...
-
Assalamualaikum.. (mulakan majlis dgn Surah Al-Fatihah) haha.. meh kita blajar sikit pasal bahasa kali ni.. kekadang kita baca dan dah dite...