Rabu, 30 Disember 2009

Perjalanan ke Tanah Suci - Bahagian 1

Baitullah.. first time tgk dgn mata kepala sendiri rasa mcm2.. terharu + gembira + tak percaya = tp sgt bersyukur dpt jd tetamu Allah.. mudahan dpt pg lg..


Dah 2 minggu kt M'sia baru hilang 'jet lag' kitorang... hehe.. kalu x.. pantang letak kepala mesti terus hanyut.. then tengah malam terjaga sbb kt Tanah Suci masih awal lagi.. pas subuh sambung plak tido sampai nak zohor.. teruk betul.. maklum la.. 55 hari kt sana then nak adjust semula rutin kt Malaysia.. tu yg amik masa skit..

Beza waktu M'sia n Makkah lebih kurang 5 jam.. maksudnya.. kalau M'sia pukul 10 pagi.. Makkah pukul 5 pagi hari yg sama.. tu yg tak dpt nak menstori pasal Tanah Suci lg.. kita sembang2 je la.. sambil cr idea bernas.. hehe..

Macam tu gak masa mula2 sampai Madinah.. 2 hari pertama tu.. waktu antara Maghrib dan Isyak aku mesti tertido walaupun tgh baca Al-Quran.. huhu.. dahsyat sungguh keadaan aku masa tu.. tapi hari ke3 dah boley 'adapt' dgn suasana Madinah..

Oleh kerana aku kena extend 10 hari kt Tanah Suci maka cuti tahun aku telah berjaya dihabiskan dan terpaksa pulak tambah dgn cuti tanpa gaji (4 hari = RM500 bro..) huhu.. dugaan... elaun2 utk tempoh 40hari perlu dibayar semula (almost RM1k).. tapi bila dipikirkan semula.. apa salahnya aku bayar balikkan.. lg pun utk tempoh tu aku tak kerja.. n org lain yg tolong buat kerja utk aku.. lagi pulak.. Allah dah janji tidak akan papa org yg menunaikan fardhu haji.. yakin sungguh2.. mudahan Allah luaskan rezeki kita semua.. Amin..

Satu lg.. persiapan fizikal dan mental mmg sgt perlu.. pihak Tabung Haji sgt menggalakkan kita pergi di usia muda.. bayangkan waktu hendak melontar di jamrah kita perlu berjalan sejauh 7km selama 4 hari.. kira2 1jam 45minit berjalan.. tu tak termasuk lagi kita nak berjalan kaki ulang alik dr tempat kediaman ke Masjidil Haram (2 km pegi balik) setiap waktu.. (seperkara yg aku perasan.. hehe.. org2 muda lebih sabar berbanding dgn warga emas biler berada di sana.. dugaan Allah semua ni sebenarnya.. bukan mengutuk ya.. ni dr pemerhatian aku yg lemah iman ni..)
Dalam Masjidil Haram.. kitorg amik dr tingkat atas..

Laluan sa'ie.. org yg berihram tu tgh sa'ie.. ulang-alik dr bukit safa ke bukit marwah.. sampai kt lampu hijau tu.. org lelaki disunatkan berlari2 anak (ramal).. org pompuan jalan cam biasa.. (time amik gambar ni kitorg bukan dlm ihram tau!). Hari2 (setiap saat) ada org wat umrah.. Laluan sa'ie ni wpun bersambung dgn masjid tp tidak dikira sebahagian masjid so org perempuan yg dalam haid boleh lalu kt sini..


Tempat minum air zam-zam.. ada banyak tempat air dlm masjid.. boley minum sepuas2nya.. sunat minum sambil berdiri.. sebelum minum jgn lupa doa.. "Ya Allah! Kurniakanlah kami ilmu yg bermanfaat, rezeki yg luas dan penawar segala penyakit".


suasana luar Masjidil Haram pas solat subuh.. banyak burung merpati..

ok.. sambung lg nanti..



3 ulasan:

izat berkata...

Salam kak nurul,
Huih rasa terpanggil tul nak ke sana..teringat masa buat umrah bila tgk burung2 merpati tu...
Tgh malam terjaga leh lah terus tahajuddd..he he.

alladiin berkata...

Agaknya, mcm manalah hati nurul bila tengok Kaabah buat kali terakhir sebelum balik...sedih tak...

Ahliacikgukhairul berkata...

hainur hapis: dah x boley bukak blog saudara la

izat: seronok izat.. rasanya cam nak pg lg jam2 ni gak.. mudahan nti kita dpt pg lg.. awal2 balik tu dan gak la tahajju.. tp biler time tdo dah ok.. balik keadaan asal.. lemahnya iman.. huhu

alladiin: masa nak balik mmg lg sedih.. esp masa buat tawaf perpisahan tu.. air mata tak berenti sbb x tau dpt dtg lg atau x..

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  ðŸ˜‚ entri terakhir pasal...