Dah 2 minggu kt M'sia baru hilang 'jet lag' kitorang... hehe.. kalu x.. pantang letak kepala mesti terus hanyut.. then tengah malam terjaga sbb kt Tanah Suci masih awal lagi.. pas subuh sambung plak tido sampai nak zohor.. teruk betul.. maklum la.. 55 hari kt sana then nak adjust semula rutin kt Malaysia.. tu yg amik masa skit..
Beza waktu M'sia n Makkah lebih kurang 5 jam.. maksudnya.. kalau M'sia pukul 10 pagi.. Makkah pukul 5 pagi hari yg sama.. tu yg tak dpt nak menstori pasal Tanah Suci lg.. kita sembang2 je la.. sambil cr idea bernas.. hehe..
Macam tu gak masa mula2 sampai Madinah.. 2 hari pertama tu.. waktu antara Maghrib dan Isyak aku mesti tertido walaupun tgh baca Al-Quran.. huhu.. dahsyat sungguh keadaan aku masa tu.. tapi hari ke3 dah boley 'adapt' dgn suasana Madinah..
Oleh kerana aku kena extend 10 hari kt Tanah Suci maka cuti tahun aku telah berjaya dihabiskan dan terpaksa pulak tambah dgn cuti tanpa gaji (4 hari = RM500 bro..) huhu.. dugaan... elaun2 utk tempoh 40hari perlu dibayar semula (almost RM1k).. tapi bila dipikirkan semula.. apa salahnya aku bayar balikkan.. lg pun utk tempoh tu aku tak kerja.. n org lain yg tolong buat kerja utk aku.. lagi pulak.. Allah dah janji tidak akan papa org yg menunaikan fardhu haji.. yakin sungguh2.. mudahan Allah luaskan rezeki kita semua.. Amin..
Satu lg.. persiapan fizikal dan mental mmg sgt perlu.. pihak Tabung Haji sgt menggalakkan kita pergi di usia muda.. bayangkan waktu hendak melontar di jamrah kita perlu berjalan sejauh 7km selama 4 hari.. kira2 1jam 45minit berjalan.. tu tak termasuk lagi kita nak berjalan kaki ulang alik dr tempat kediaman ke Masjidil Haram (2 km pegi balik) setiap waktu.. (seperkara yg aku perasan.. hehe.. org2 muda lebih sabar berbanding dgn warga emas biler berada di sana.. dugaan Allah semua ni sebenarnya.. bukan mengutuk ya.. ni dr pemerhatian aku yg lemah iman ni..)
ok.. sambung lg nanti..
3 ulasan:
Salam kak nurul,
Huih rasa terpanggil tul nak ke sana..teringat masa buat umrah bila tgk burung2 merpati tu...
Tgh malam terjaga leh lah terus tahajuddd..he he.
Agaknya, mcm manalah hati nurul bila tengok Kaabah buat kali terakhir sebelum balik...sedih tak...
hainur hapis: dah x boley bukak blog saudara la
izat: seronok izat.. rasanya cam nak pg lg jam2 ni gak.. mudahan nti kita dpt pg lg.. awal2 balik tu dan gak la tahajju.. tp biler time tdo dah ok.. balik keadaan asal.. lemahnya iman.. huhu
alladiin: masa nak balik mmg lg sedih.. esp masa buat tawaf perpisahan tu.. air mata tak berenti sbb x tau dpt dtg lg atau x..
Catat Ulasan