Selasa, 29 November 2011

Apa Jawapan Anda?

Matapelajaran : Malaysian Taxation 1

Soalan :
Explain responsibilities of individual taxpayers. (4 marks)

Jawapan mengikut skima:
1. Give full information regarding their income.
2. Submit their returns to the Inland Revenue Board (IRB) within 30 days after receiving the return forms.
3. Inform the Inland Revenue Board (IRB) new address if the taxpayer has moved or transferred to a new place. This must be done within three months of the change address.
4. Pay the income tax within the time given.

Jawapan yang ditulis di buku skrip jawapan:
Semua orang mesti kena bayar responsibilities of individual taxpayers. Kalau pendapatan tinggi, wajib kena potong cukai dalam seseorang pekerja. Semasa mempakai kereta juga wajib kena bayar cukai dekat tol. Mereka akan kutip duit ini dekat pemandu. Ini adalah undang-undang cukai.

Jawapan pemeriksa skrip jawapan :
Sedihnya. Aku tidak pandai mengajar agaknya sebab itu yang mereka faham.

Jawapan anda pula?


Rabu, 23 November 2011

Musibah

Firman Allah S.W.T:

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتۡهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا۟ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيۡهِ رَاجِعونَ

"(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali"

- Ayat 156, Surah Al-Baqarah

Rabu, 16 November 2011

Tugas hari ini

Tengah jaga peksa kat jabatan kejiranan. Ada bagusnya bila merentas jabatan. Luas pemandangan banyak pengalaman bertambah kenalan. Ngantuk? Sudah semestinya. He.


Ahad, 13 November 2011

Elakkan Pembaziran - Satu Transformasi

Petang Jumaat minggu lepas, aku membeli sebantal roti yang telah direncanakan untuk menjadi roti telur goreng sebagai sarapan di pagi Sabtu. Hanya beberapa keping saja digunakan manakala selebihnya terbiar begitu sahaja. Tarikh luput roti tu pada 11 November 2011 (Tarikh yang orang ramai dok sibuk nak pilih untuk berkahwin, beranak dan apa-apa peristiwa yang boleh jadi sejarah buat mereka). Sehingga 12 November 2011 nasib si roti masih lagi begitu. Tidak dihiraukan oleh sesiapa pun.

Aku rasa bersalah dan berdosa andai roti tersebut masih berkeadaan begitu. Aku pun bercadang untuk menamatkan riwayat roti tersebut dengan menukarkannya kepada "Puding Roti". Cari-cari resipi dalam buku resipi yang aku rasa patut dimiliki oleh mereka yang tak berapa nak pandai masak macam aku.. hi.

Harga: RM 39.90 / RM 42.90
ISBN-13: 978-967-5564-84-0
Tarikh Terbit: 26 Aug 2010
Jumlah Muka Surat : 396 

Kategori:
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd

Aku pun buka muka surat 346. Resipinya sangat ringkas dan mudah difahami. Lebih kurang macam di bawah ni tetapi aku terpaksa ubahsuai mengikut bahan yang ada di rumahku tika dan saat itu.

8 keping roti (lebih sikit pun tak pe - aku campurkan roti Gardenia + roti burger Gardenia)
2 cawan susu segar (oleh kerana susu segar aku cuma dapat secawan je maka aku campur dengan setin susu cair)
- hancurkan/koyakkan roti dan rendam dalam susu selama 30 minit

2 sudu makan mentega
4 sudu makan gula
2 biji telur ayam (aku guna sebiji je sebab cuma ada sebiji dalam peti ais aku.. he.. jangan lupa basuh telur tu dulu)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan tepung jagung (aku guna tepung gandum sebab tak de tepung jagung)
- kacau dan gaul rata semua bahan (aku panaskan atas api)

beberapa biji kismis
- masukkan dalam loyang beserta semua bahan di atas
- bakar pada suhu 180C selama 30 minit
- siap dihidangkan (tak payah tunggu sejuk, semua dah tadah piring)

Kalau ikut buku resepi tu ada lagi la hiasannya, tapi tak sempat buat dah habis makan. Maksudnya roti tamat tempohku itu tadi telah diterima oleh tekak umum. Alhamdulillah. Lagipun hiasannya melibatkan setin susu cair. Susu cair tadi telah dipaksa menggantikan tempat susu segar. Kalau korang nak tau apa hiasannya, belilah buku tu. InsyaAllah. Satu hari satu resepi. Kalau korang buat satu hari 2, 3 resepi pun tak pe. Penulisnya tak marah. Sebabnya takkan la satu hari tu makan nasi beriyani tanpa lauk kan?  

Rupa paras puding roti aku lebih kurang macam kat bawah ni. Gambar ehsan dari Google - themummysya.com dan cikpelangisite.blogspot.com



Apa yang penting (selain dari kerjasama seperti yang dilaung-laungkan oleh kumpulan WonderPet) di sini ialah kita telah berjaya mengelakkan pembaziran dan kita tidaklah menjadi sahabat syaitan. He.


p/s: Tulisan berwarna ungu merupakan resepi asal di dalam buku tersebut di atas.
Harap maklum.

Selasa, 8 November 2011

Seksualiti Merdeka

Ikhlas aku kata.. bila dengar je tajuk acara ni pada kali pertama aku terus terbayang pesta seks bebas. Kemudian aku pun godek-godek internet mencari bahan mengenai acara ni. Siap ada blog  sendiri. Rupanya mereka ingin mengajar dan menyedarkan golongan terpinggir iaitu golongan Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender (LGBT) tentang hak-hak mereka menurut undang-undang kerana ada termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Fasal 8(1), 8(2) dan 10 yang menyatakan tentang menjamin kesamarataan untuk semua warga Malaysia dari segi undang-undang dan juga perlindungan bagi semua warga Malaysia dari diskriminasi atas dasar gender, serta kebebasan bersuara dan berpersatuan. Mereka akan mengadakan forum, seminar dan sebagainya dalam usaha merealisasikan objektif organisasi. Mereka juga akan menyaman pihak-pihak yang menuduh mereka mengadakan pesta seks bebas. Cik Puan M turut menegaskan bahawa beliau sudah memperjuangkan hak-hak golongan LGBT sejak 20 tahun yang lepas dan pernah menganjurkan program seumpama ini dua tahun lepas tanpa sebarang masalah.

Maksudnya di sini, (pandangan aku ya), apabila hak sesuatu golongan itu dipertahankan maka golongan tersebut diiktiraf kewujudannya dan 'dihalalkan' segala perbuatannya?

Sebagai umat Islam, panduan kita adalah Al-Quran dan Sunnah. Di zaman pasak mungkar ini, Allah gandakan pahala kepada kita andai dapat mengikut sunnah Rasulullah. S.A.W.

Mari kita semak sikit.
1. Lesbian (hubungan seks perempuan dengan perempuan)
2. Gay (hubungan seks lelaki dengan lelaki)
3. Biosexual (boleh berhubungan seks dengan perempuan dan lelaki)
4. Transgender (mereka yang menukar jantina asal kepada jantina sebaliknya)

Objektif organisasi, menuntut hak sama rata. 
Persoalan kajian, apa sumbangan mereka kepada agama dan ummah? Adakah hak masyarakat mereka tunaikan?

Kita cerita sikit masa zaman Rasulullah S.A.W.

Ada seorang anak muda minta keizinan berzina daripada Baginda. Baginda pun bertanya kepada anak muda tersebut, sanggupkah beliau andainya ibu dan saudara perempuannya dizinai oleh orang lain? Sekiranya tidak sanggup, janganlah berzina. Begitulah juga perasaan keluarga bakal pasangan zinanya.

Berzina juga adalah satu dosa besar. Hukum untuk seorang penzina juga berat. Sekiranya si pelaku masih bujang, denda sebatan 100 kali dan sekiranya si pelaku sudah berkahwin maka hukumannya direjam sampai mati.

"Aku mohon padaMu Ya Allah. Berilah hidayah kepada kami dan juga mereka. Jangan Kau pusingkan hati kami setelah Kau beri hidayah kepada kami dan mereka." Aaamiiin.

Ahad, 6 November 2011

Berakhlak Mulia

Abu Hurairah meriwayatkan Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda:
"Orang Mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya".
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Maksudnya:
Iman adalah percaya kepada Allah dan rasulnya. Apabila seseorang beriman, dia perlu taat pada perintah Allah dan Nabi Muhammad S.A.W. Dia menjaga hubungan dengan makhluk Allah yang lain. Akhlaknya baik. Apabila seseorang beriman dan akhlaknya baik, dia mempunyai iman yang sempurna. 

Kisah Teladan:
Pada suatu hari Nabi Muhammad S.A.W membantu seorang perempuan tua mengangkat barang sehingga ke rumahnya. Perempuan tua itu tertarik dengan akhlak beliau tetapi tidak mengenali beliau. Dia asyik bercerita dan mencemuh orang yang yang dikatakan membawa agama baru iaitu Nabi Muhammad S.A.W sendiri namun baginda hanya tersenyum. Apabila tiba di rumahnya, Nabi Muhammad S.A.W memperkenalkan diri baginda dan perempuan tua tersebut sungguh terperanjat. Tidak lama selepas itu, perempuan tua itu memeluk agama Islam kerana tertarik dengan akhlak Rasulullah S.A.W yang mulia.

Kata-kata Hikmah:
Apabila kejahatan dibalas kejahatan, itu dendam.
Apabila kebaikan dibalas kebaikan, itu perkara biasa.
Apabila kebaikan dibalas kezaliman, itu zalim.
Apabila kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

Sumber dari : 101 Akhlak Rasulullah S.A.W oleh Rohayati Bakri, terbitan PTS ISLAMIKA SDN. BHD.



Sabtu, 5 November 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA



Dari kami di perantauan:

Cikgu Khairul
Ahlia Cikgu Khairul
Khairul Atif
Auni Atifah
Auni Atiqah

Jumaat, 4 November 2011

Mari Berpesan-pesan

Daripada Abu Hurairah r.a. , Nabi SAW bersabda bermaksud:

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi Allah melihat kepada hati-hati kamu."

Hadis Riwayat : Muslim

Rabu, 2 November 2011

Pesanan dari Buletin Utama

Utamakan keselamatan anak-anak anda di musim banjir ini.

Pesanan dari Buletin Utama TV3.

Bagus pesanannya cuma keliru kenapa setiap hari negeri Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor sentiasa dilaporkan bermasalah? Negeri lain sejahtera ke? Masjid mereka sentiasa penuh dengan jemaah tiap kali selepas azan dilaungkan ke? Mari kita buat lawatan muhibbah.


ADA (M.NASIR)

Ribut datang memperkosa
Sesak nyawa dalam jiwa
Bila roti kering
Jalan pulang
Yang kau fikirkan
Habis dilarikan
Habis dilarikan mergastua

Dalam kecewa
Dihimpit rasa
Lapar dan dahaga
Sajian susu ikan merah
Suara pengalaman
Mendamaikan
Tanji gelora yang sempat singgah

Kau hilang pertimbangan untuk pastikan
Apakah kau sedar atau dilamun khayalan

Dalam hutan
Ada taman
Dan dalam taman
Ada puterinya
Dalam baju
Ada cinta
Dan dalam cinta
Ada segala-galanya
Dalam awan
Ada hujan
Dan dalam hujan
Ada lautan
Dalam aku
Ada dia
Dan dalam dia
Ada kita ada semua


2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...