Sabtu, 8 Januari 2011

Senyumlah!

Senyum itu satu sedekah. Sedekah banyak kelebihannya yang dapat menghindarkan kita dari api neraka. InsyaAllah.

"Sentiasa senyum kepada anak-anak adalah tanda anda menghormati mereka.  Senyuman yang manis menyampaikan rasa kasih sayang, penerimaan dan kemesraan. Anak-anak merasa gembira apabila melihat ibu bapa mereka tersenyum. Sebaliknya, anak-anak rasa tidak selesa dan tertanya-tanya apabila melihat raut muka ibu bapa yang masam ataupun marah. Sentiasalah tersenyum supaya anda sebagai ibu bapa dapat mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan harmoni dalam rumah tangga."

Sumber dari buku "Petua Membantu Anak Berjaya".

Jumaat, 7 Januari 2011

KEBOLEHPASARAN GRADUAN

Aku baru dapat surat dari pihak atasan yang minta kami di pihak bawahan memikirkan program untuk kebolehpasaran graduan untuk tahun 2011 ini. Masa mula-mula baca surat arahan tu, aku tertanya-tanya la kan, program ni nanti kita nak buat di politeknik atau di pasar? Hehehe.. saja berkata dengan diri sendiri je. pening gak kepala nak pikir tapi kita kena la ajak rakan taulan berbincang sekali kan.. so.. Alhamdulillah.. ada la program yang kami rancangkan yang kami rasa sangat sesuai untuk pelajar semester akhir (yang kami rasa.. yang pihak atasan rasa kami tak tahu.. kadang-kadang kita rasa ianya sudah sangat bagus tapi pihak atasan kata kurang bagus plak.. so sangat kurang bagus la nampaknya..)

Apa yang bermain-main di fikiranku ini.. kita terlalu sibuk memikirkan kebolehpasaran graduan ni tapi kita kurang ambil berat tentang kebolehmatian graduan tu.. maksudnya matlamat kita dihidupkan di dunia dan tanggungjawab sebagai khalifah.. berat sungguh bahu memikul ni.. Kalau kita baca keratan-keratan akhbar pasal graduan ni.. rata-rata mengatakan yang graduan kita tidak menunjukkan penampilan yang baik, kurang mahir berbahasa Inggeris, kurang bagus dari segi interpersonal dan intrapersonal dan macam-macam lagi yang mana lebih banyak menyentuh tentang sikap (attitude). Disebabkan perkara-perkara tersebut maka graduan kita tidak diambil bekerja atau dengan kata lain diri mereka tidak boleh dipasarkan (kadang-kadang sebenarnya graduan ni dah ada pasaran mereka sendiri..). Sehubungan dengan itu, kurikulum diubah supaya graduan tidak menganggur selepas tamat pengajian yang antaranya adalah dengan membudayakan keusahawanan di kalangan pelajar, pembelajaran berpusatkan pelajar dan macam-macam lagi yang menggalakkan penglibatan pelajar.

Apa yang membuat aku terfikir.. kenapa kita tak mahu membudayakan Al-Quran dan sunnah dalam kurikulum kita? InsyaAllah banyak masalah boleh selesai. Percaya dan yakinlah.

Sambung lagi nanti..

Khamis, 6 Januari 2011

Google Chrome

Aku try bersiaran menggunakan Google Chrome pulak.. selalu guna Internet Explorer je.. rasanya dia lebih ringan berbanding Mozilla Firefox (ringan macam maner? hahaha.. aku dengar orang cakap je.. jangan tanya lebih-lebih.. aku pun tak tau nak jawab nanti!)


Kalau korang nak try guna Google Chrome ni.. download je dari internet.. taip "Google Chrome".. then ikut la step yang ada.. senang macam kacang je (kacang yang tak de kulit lagi senang dimakan). Selamat mencuba!


p/s: kekeringan idea la..

Rabu, 5 Januari 2011

Hari Bersejarah Atif

Gambar di hari pertama Atif bersekolah.. see.. ada butterfly in his stomach kot ni.. muka kelat je sebab suspen.. siap tanya aku..

Atif : Ibu.. macam maner kita nak tanya nama orang?
Ibu : Atif bagi salam. Pas tu cakap la.. "Saya Atif.. boleh saya tau siapa nama awak?"
Atif : Oooooo....


yang ni biler time rehat 15 minit.. hari pertama - ketiga waktu persekolahan dari jam 2 petang hingga 4 petang je.. dan seterusnya akan bermula pukul 2 petang hingga 6 petang..


Hari kedua aku hantar then tinggalkan dia. Aku tak tunggu dah dan bagi dia duit untuk beli makanan di kantin. Habis sekolah aku pun tanya la apa yang berlaku pada hari tu..

Atif : Kenapa ibu tak tunggu Atif tadi?
Ibu : Ibu ada kelas.. so tak dapat nak tunggu Atif.. sori ya..
Atif : Atif nangis banyak tadi sebab Atif sedih ibu tak de.. semua orang ada ibu.. (hok ala.. sedihnya ibu dengar.. tapi esok-esok pun ibu memang dah tak boleh tunggu lagi)
Ibu : Ya ke? tapi ibu tak boleh dok dalam kelas dengan Atif kan?
Atif : Esok ibu tunggu tau!
Ibu : Esok pun tak boleh.. sebab ibu ada kelas petang jugak.. nanti ibu pesan kat cikgu ya..
Atif : (muka sedih tak terucap.. hehe)


Selasa, 4 Januari 2011

PENGERTIAN SIRAH

  1. Dalam Bahasa Arab perkataan sirah datang dari perkataan "sara" yang bermaksud mengembara atau dalam sebuah perjalanan.
  2. Ia adalah cerita kelahiran, peristiwa sekeliling, kehidupan dan kematiannya, watak dan sifatnya.
  3. Dari sudut istilah, sirah bermaksud "riwayat hidup nabi Muhammad S.A.W, segala gerak geri, tutur kata, perlakuan dan diam Nabi Muhammad S.A.W".
  4. Sejarah pula berasal daripada perkataan Arab iaitu "shajaratun" yang bermaksud pokok atau salah silah keturunan atau asal usul sesuatu peristiwa atau kejadian.
  5. Sejarah dari sudut istilah ialah "rekod atau catatan yang berlaku pada masa dulu".
  6. Sirah dan sejarah berbeza. Sirah sebagai satu-satunya tauladan yang utama bagi generasi kini untuk membina semula keagungan dan keunggulan Islam.


Isnin, 3 Januari 2011

Doa Sebelum Belajar

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani."

"Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."

Ahad, 2 Januari 2011

IBADAT

Pengertian Ibadat
1.  Ibadat dari segi bahasa ialah merendahkan diri, tunduk, patuh dan taat. Menurut syarak, ibadat bermaksud taat, patuh dan merendahkan diri kepada Allah S.W.T.

2.  Kepatuhan kepada Allah S.W.T hendaklah dilakukan secara berterusan setiap masa hingga ke akhir hayat.

Mengapakah manusia dijadikan?
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan Aku tidak mencipta jin dan manusia melainkan agar mereka menyembahKu."
(Surah Al-Zuriat, Ayat 56)

Pembahagian Ibadat
Dalil di atas jelas membuktikan bahawa tujuan utama Allah S.W.T mencipta manusia adalah untuk beribadat kepadanya.
Ibadat terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
1.  Ibadat khusus
2.  Ibadat umum

Ibadat Khusus
Ibadat khusus ialah ibadat yang disyariatkan untuk mengerjakannya iaitu solat, puasa di bulan Ramadhan, membayar zakat dan menunaikan haji.

Ibadat Umum
Ibadat umum pula ialah melakukan perkara yang baik atas kerelaan kita sendiri. Contohnya membantu membersihkan surau, membuang kayu di tengah jalan, membantu orang buta melintas jalan, memberi kucing makan dan sebagainya.

Syarat-syarat Ibadat
1. Amalan yang dilakukan hendaklah sesuai dengan kehendak syarak.
2. Amalan yang dilakukan hendaklah bertujuan baik.
3. Ketika melakukan kerja, hendaklah sentiasa mengikut hukum syarak dan tidak menzalimi orang lain.
4. Hendaklah tidak lalai daripada ibadat yang wajib.

Syarat-syarat Penerimaan Ibadat
1.  Beriman kepada Allah S.W.T - ibadat orang kafir tidak diterima Allah
2.  Ikhlas kerana Allah Taala - segala ibadat yang kita lakukan hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T dan bukan untuk dipuji-puji oleh orang lain.
3.  'Ittaba'u - iaitu mencontohi Rasulullah S.A.W. Rasulullah S.A.W adalah sebaik-baik manusia untuk kita contohi.


2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...