Sabtu, 5 September 2015

Tahniah!

Assalamu'alaikum dan Salam Sabtu semua..
Selamat Datang dan Tahniah kepada semua graduan dan ibu bapa graduan bersempena Konvokesyen PSP Kali ke 15..
Syukur alhamdulillah.. kalian berjaya menamatkan pengajian di PSP. Moga ilmu yang diperolehi akan dimanfaatkan sebaiknya. InsyaAllah.







Dunia sudah semakin ke hadapan. Satu aplikasi khas untuk Konvokesyen PSP 2015 telah dibangunkan. Aplikasi di bawah boleh dimuat turun ke telefon bimbit kalian melalui Google Play yang bertajuk
"Konvokesyen PSP 2015".
Graduan juga boleh menyemak nama secara pantas melalui carian pada sistem berdasarkan item kursus dan sesi dengan mudah.




Untuk makluman kalian, sistem aplikasi ini dibangunkan sepenuhnya oleh beberapa pensyarah dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi selama lebih kurang 2 bulan. Tahniah!

Sekali lagi, tahniah semua!







Jumaat, 7 Ogos 2015

Ku Putih!


Di suatu petang, di dalam kereta dan dalam perjalanan pulang ke rumah.

Ibu : Assalamu'alaikum Tiqah! 

Tiqah : Wa'alaikumsalam ibu..

Ibu : Tiqah, ibu rindu la dengan Tiqah hari ni.. Ku Putih Ku Putih, barulah putih!

Tiqah : Tiqah pun rindu kat ibu. Ibu nyanyi salah la.

Ibu : Ha? Abis tu macam maner?

Tiqah : Ku putih, kau putih, sama-sama putih.. mana boleh ibu sorang je putih.. kena bagi orang lain jugak..

Ibu : Hehehe... betul tu.. 


Image result for bunga putih





Rabu, 29 Julai 2015

Selamat Hari Raya!

Image result for selamat hari raya wallpaper

Salam Aidil Fitri.. bagaimana dengan hari raya kalian? Moga baik-baik saja dan dapat menggembirakan banyak pihak selain diri sendiri.. hehehe...

Alhamdulillah.. untuk tahun ni, giliran aku beraya di Johor dulu dan raya ke3 kami bergerak ke Kelantan.. syukur sebab terselamat daripada kesesakan lalu lintas semasa dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Johor dan dari Johor ke Kelantan... namun kami terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang agak melampau semasa di Kelantan... huhuhuhu... perjalanan biasa hanya mengambil masa 20 minit telah berlanjutan ke 2 setengah jam.. namun tetap bersyukur kerana semuanya baik-baik saja.. 

Aku pun pelik.. kenapa keras kejung betul jari jemari aku sekarang ni walaupun dapat komputer baru.. idea macam mencurah-curah tapi terus membeku bila jari berada di atas papan kekunci.. tak boleh jadi 'pahlawan papan kekunci' le kalau macam ni.. hihi

Raya aku kali ni masih dikekalkan perkara yang sedia ada.. macam kabinet, langsir, perabut dan susun atur.. cuma buang habuk yang ada dan kemaskan mana yang patut.. pinggan mangkuk pun tiada pertambahan.. (deep ni!).. ye la.. cubit peha kanan, peha kiri pun terasa juga terutama buat warga Johor macam aku.. walau jauh merantau di Pulau Pinang.. masih tebal dengan bahasa ibundanya.. hihi.. kabinet tu kadang-kadang kami panggil 'gobok'... hmmmmmm... 

Raya kali ni aku berpeluang berkumpul bersama sanak-saudara kedua-dua belah pihak.. anak-anak la yang paling gembira sebab dapat jumpa sepupu sepapat.. cam aku dapat jumpa mak dan pak sedara.. sepupu sepapat dah susah nak jumpa.. masing-masing bergilir beraya di rumah mertua.. rindunya zaman kanak-kanak kan.. rindu atuk dan yayi.. rindu semua.. rindu.. rindu.. itu maknanya aku dah semakin tua.. 

Bila dah berkumpul tu.. kami pun saling bertanya khabar masing-masing.. tanya khabar semua ahli keluarga ikut kumpulan masing-masing.. baru dapat tahu ada yang sakit - patah kaki, mengandung luar rahim, ada serpihan tulang dalam daging.. oh! macam-macam ujian yang Allah datangkan.. tabahlah semua.. dan moga segera sembuh..

Ketika bersembang, banyak adab yang kita kena jaga sebenarnya termasuk la topik perbualan. Politik memang kami tak sentuh langsung sebab tak mau bermasam muka.. nak jumpa bukan senang.. oleh itu jangan rosakkan suasana aman..  

Moral dari cerita aku, balik la ke kampung jika berkemampuan.. terutama bila ibu bapa masih ada.. gembirakan mereka.. tak semestinya pada hari raya saja. Aku tengok mak bapak kita seronok bila tengok anak-anak berkumpul, saling bertanya khabar dan sepakat. Itulah nikmat sebenarnya yang memang tak boleh diganti dengan wang ringgit. 

Penutup bicara, pemerhatian aku pada hari raya kali ni, rasa belas kasihan pada ibu bapa semakin menipis di kalangan anak-anak.  Renung-renungkan. 





Rabu, 3 Jun 2015

Sembang Anak Beranak

Bayang-bayang
Tipah : Ibu, masa atuk abah meninggal, ibu menangis kan?
Ibu : Ya.. ibu sangat sedih masa tu.. tak boleh tahan..
Tipah : Masa ibu tengah termenung-menung sedih tu, mesti ada bayang-bayang atuk abah kat belakang ibu..
Ibu : Bukan bayang-bayang atuk abah, ibu yang terbayang-bayang atuk abah macam ada je dekat ibu..
Tipah : Ooooo


Tiba-tiba
Tiqah : Ibu, tadikan kawan Tiqah baju dia ada satu je..
Ibu : Ooooo... dia tak bawak baju lebih ke?
Tiqah : Ha ah... tapi tiba-tiba ada dua.. pastu tiba-tiba jadi frozen..
Ibu : ????


Baca 
Sebelum peperiksaan
Ibu : Kakak, macam mana la nak jawab soalan periksa kalau tak baca buku ni..
Tipah : Nanti Tipah baca la soalan periksa yang cikgu bagi tu sebelum jawab
Ibu : Hmmmm

Selepas peperiksaan
Ibu : Kakak, macam mana kakak jawab soalan dengan tak baca buku? 
Tipah : Ibu, Tipah baca seeeemuaaaaa soalan yang cikgu bagi pastu Tipah pun jawab la..
Ibu : Grrrrr..


Hadiah
Tipah : Ibu, mesti ibu banyak dapat hadiahkan hari ni?
Ibu : Eh! Kenapa pulak?
Tipah : Hari ni kan hari untuk ibu, Hari Guru.. mesti ada anak murid ibu yang ibu marah tu bagi hadiah kat ibu..
Ibu : Ibu marah dia takkan dia nak bagi hadiah kat ibu..
Tipah : Ye la.. kan marah tu sebab ibu sayang kat diorang.. mesti la diorang suka ada orang sayang..
Ibu : Hehehehe


Image result for gelak




2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...