Singgah Jap

Ahad, 1 Jun 2014

Hadis hari ini

Assalamu'alaikum

Sedikit perkongsian hari ni.. peringatan untuk aku juga.. aku baru dengar hadis ni petang tadi dan buat aku terfikir akan diriku sendiri yang banyak dosa ni. 
Ampunilah kami Ya! Allah.

Sayyidina Mu'az bin Jabal r.u berkata Rasulullah SAW bersabda, 
"Sesiapa yang mengaibkan saudaranya (yang Islam) dengan mana-mana dosa yang telah saudaranya itu bertaubat maka dia pasti akan terlibat dengan dosa itu sebelum dia meninggal dunia." (Tirmizi)

Moralnya di sini, apabila saudara kita sedang berusaha untuk berhijrah kepada lebih baik, janganlah kita memperlekehkannya. Ala.. dulu dia tu teruk.. bla.. bla.. bla.. sebabnya.. ditakuti kita pula akan buat dosa seperti saudara kita sebelumnya.. ataupun ada kesilapan yang kawan kita buat, kita hebahkan pada yang lain.. (tapi kalau dia sendiri yang hebahkan.. yang tu kes lain kot).. Na'uzubillah..

InshaaAllah.. apa yang kita baca akan kita cuba amalkan dan sampaikan pada yang lain..
  
Wallahu'alam





Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails