Rabu, 18 Jun 2014

Cuti sekolah kali ini - Bahagian 2

Assalamu'alaikum..
kita sambung kisah semalam..
yang Day 3 baru cerita belah pagi je kan..
pas setel buat gigi palsu mak aku.. kitorang balik semula rumah adik aku.. masak dan makan tengahari plak.. rehat sambil menonton tv.. heavennya cuti.. tapi dalam hati tetap rindu dengan CK dan anak-anak.. pas asar kuar semula rumah untuk ke kedai gigi tadi.. encik apek tu nak buat test lagi sikit ke gusi mak aku sebelum proses seterusnya.. insyaAllah sebulan lagi siap.. 
pastu mak aku ajak makan cendol nak murtabak kat tepi laut Pontian.. perghhh... best ni.. aku pun parking la depan bangunan Majlis Daerah Pontian then melangkah dengan harapan yang besar nak makan murtabak Pak Hamid yang masyhur tu..
Pas semua orang duduk, aku pun order cendol dan murtabak. Baru nak memilih jenis murtabak yang ada dekat banner yang tergantung, adik yang tengah membalik-balikkan murtabak tu pun cakap,
 "Kak, amik la nombor telefon ni, pastu kak order, esok boleh dapat. Untuk hari ni dah habis."
Akak pun jawab, "Ha? Esok akak dah tak de dik, akak nak balik jauh ni" (sambil buat muka sedih).
Pastu Pakcik Hamid yang sedang menebar murtabak tu tanya aku, "Nak berapa? InsyaAllah ada lagi ni. Nak makan sini kan?"
Aku jawab, " Ya pakcik, nak satu je. Saya duduk kat situ. Terima kasih banyak".
Tak lama lepas tu, sampai la sepinggan murtabak special kat meja kitorang.. Subhanallah.. sedapnya.. harga pun RM10 je.. rasa macam Murtabak Singapore yang aku pernah cerita sebelum ni. Alhamdulillah.
Selesai makan, kami pun beredar ke rumah adik aku semula. Sambung rehat. Hahaha.. maklum la.. nama pun cuti rehat kan..
Lepas maghrib, adik aku ajak makan kacang pool. Syoknya aku dengar. Apalagi moh la kita. Kemudian kitorang berhenti kat satu kedai makan yang ada tulis "Kacang Pool, Tauhu Bakar" di Rimba Terjun, Pontian. Gembira ni nak tunggu hidangan. Sebelum tu kita order dulu.
Aku dengan gembiranya sebut, "Saya nak kacang pool". Jawapan yang diterima, "Maaf kak, dah lama kami tak buat kacang pool". Errrrrkkkkk... frust akak.. aku pun terus bisik kat adik aku, nanti aku datang semula kedai ni pastu aku nak spray kat word Kacang Pool tu supaya orang lain tak tertipu macam kami. Huhuhuhu.. Tapi alhamdulillah dapat makan soto yang marvellous.. Terubat kesedihan..

Day 4
Dua malam dah tidur kat rumah adik aku. Mak aku ajak balik Yong Peng semula. Kami bertolak seawal 9 pagi sebab nak singgah di Pasar Rabu Air Hitam. Yahooo!!!
Banyak tak agenda yang mak aku atur? Hahaha.. tapi aku pun sangat seronok sebab dapat layan mak aku.. 
Sampai kat Pasar Rabu Air Hitam, terus belek-belek apa yang ada. Nak cari la tudung macam yang aku dok pakai sekarang tapi dah tak da jual lagi.. Errrrr.. adakah itu bermakna fesyen aku sudah ketinggalan zaman? 
Tak pe la.. cari tudung sekolah untuk Tipah je la.. alhamdulillah.. dapat la 2 helai yang soft awning.. mudahan senang nak urus nanti.. dan sebelum balik kita beli dulu Putu Bambu Juriah Air Hitam.. sebungkus RM3 ada 6 batang.. sedapnya.. alhamdulillah..
Terus balik Yong Peng.. dan sebelum sampai ke rumah mak aku.. singgah beli lauk asam pedas ikan pari dan ikan kembung.. selesai menu untuk tengahari.. telefon kakak aku mintak dia masak nasi dan boleh makan bersama lauk yang aku beli.. selesai..
Petang, adik aku pun sampai dari Pontian bersama kek harijadi untuk aku.. oh! i'm very touched. Sayang semua ketat-ketat.
Malam tu kami pun buat la tahlil untuk arwah abah aku dan makan la kek harijadi aku.. sedih la pulak..
Tengah malam, dapat berita kematian makcik mak aku di Pontian. Kira pangkat tok sedara la dengan aku. So, kami decide untuk bertolak pagi-pagi dari Yong Peng. 

Day 5
Lepas subuh, siap-siap untuk balik Pontian semula. Kita singgah kedai untuk sarapan pagi dulu. Dapat makan lontong kering. Alhamdulillah. (Korang perasan tak? Asyik makan kedai je.. hehehe.. mana taknya.. agenda penuh)
Selesai urusan melawat, singgah ke rumah makcik aku dan makan-makan lagi. Dapat makan sukun goreng cicah sambal kicap. Syukurnya.
Lepas asar, kitorang bertolak semula ke Yong Peng.

Day 6
Mak aku ajak pegi Mydin Melaka. Hahahaha... jom la. Adik aku pun kata, kena bertolak awal sebab dia nak solat Jumaat dekat-dekat Mydin.. pas sarapan terus bertolak.. sarapan kat rumah kali ni - bubur nasi, sambal gerek, kentang goreng, telur masin. Marvellous.
Lebih kurang pukul 12 tengahari, kami sampai kat MITC tu.. mak aku terus nak makan nasi kandar.. lauk telur ikan.. aku dan Tipah pulak cari makanan Johor lagi.. otak-otak, tauhu bakar. Minum cendol jagung plak kali ni. Selesai, terus adik aku pegi solat dan aku ajak mak aku solat jamak siap-siap. Selesai. Layan mak aku cari barang dalam Mydin. Kiranya kalau beli 12 item, harga akan jadi murah. Nak cerita pun, aku ni kurang minat sikit benda-benda ni.. hahaha.. then balik Yong Peng semula.. rehat jap.. aku pun masak mee goreng.. sebabnya dah banyak kali makan kat luar kan.. nikmat tak terkata.. pastu minum air kopi.. perghhh.... syukur..

Day 7
Sarapan nasi berlauk. Pas zohor aku pegi melawat kawan aku bersalin kat Parit Raja. Kiranya macam mini reunion la. Lepak sampai asar, then teman sorang lagi kawan aku ke Kluang untuk ambil anak-anak dia. Sampai umah mak aku semula kul 10.30 malam. Phewww!! Sungguh aku menmanfaatkan masa yg ala-ala bujang ni.. hehe

Day 8
Sarapan pagi - nasi lemak dibungkus daun pisang. Kiranya boleh makan sampai malam la. Berehat je kat rumah sebab CK tak bagi berjalan dah. Kena fully recharge untuk memandu balik ke Pulau Pinang esok. So, kita pegi ke Econsave je la sambil cari jajan untuk bekal dalam perjalanan.

Day 9
Sarapan pagi - roti manis buatan mak aku. Sedapnya. Aku bertolak kul 9 pagi dari Yong Peng. Singgah isi minyak kat rnr Pagoh. Then berhenti lunch kat rnr Dengkil. Pastu boleh dikatakan di setiap perhentian aku berhenti. Solat di rnr Rawang. Isi minyak kat rnr Tapah. Minum petang kat RTC Simpang Pulai. Hahahaha... CK dok tanya je dah sampai maner. Alhamdulillah.. 6.30 petang aku sampai semula ke Pulau Pinang. Puas hati. Syukur sangat. Terima kasih pada CK yang memberi kebenaran aku balik ke kampung sendiri dengan Tipah dan terima kasih juga sebab tolong jaga Atif dan Atiqah. (sebenarnya weol vote sapa nak ikut sapa balik kampung.. so.. itu la keputusannya.. Atiqah yang tak reti lagi nak buat pilihan, ayah la yang tolong pilih sebab tak boleh berpisah lama dengan anak dara keciknya dan CK pun baru selesai khuruj 40 hari).

InsyaAllah ada keizinan dariNya, raya ni kita balik Johor lagi ya...
 Rindu kat semua dan makanan Johor juga.. hmmmm.. dan kembali kepada rutin harian..





Tiada ulasan:

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...