Selasa, 17 Jun 2014

Cuti sekolah kali ini - Bahagian 1

Salam Sahabat..
Sekejap je dah di pertengahan Jun.. sudah lebih pertengahan tahun.. cepat sungguh masa berlalu..
Cuti sekolah yang 19 hari pun dah tamat.. bermula rutin hidup yang biasa.. ayuh la kita..

Apa aktiviti korang masa cuti sekolah baru ni? Aku amik cuti 8 hari untuk menghabiskan masa bersama keluarga.. atas persetujuan bersama.. CK balik kampungnya (Kelantan) bersama Atif dan Atiqah manakala aku balik ke Johor bersama Atifah. 

Alhamdulillah.. kesemua pihak berpuashati (aku rasa la).. hahaha.. sebabnya aku dapat berikan sepenuh tumpuan pada mak aku dan CK dapat layan mak dan ayahnya dengan tip top. 

Day 1
Aku bertolak dari Pulau Pinang jam 10 pagi, 1Jun yang lepas. Singgah Shah Alam. Jumpa kawan lama.. lama dah rupanya aku berkawan dengan Z.. dari Form 1 lagi hinggalah sekarang.. Alhamdulillah.. Allah limpahkan Z dengan rezeki yang mewah sampai ternganga si Tipah.. hahaha.. terus berangan jadi Puteri Elsa.. Kawan aku jamu makan tengahari - pecal ayam, sambal jawa, urap pegaga, nasi putih, air teh o dan air suam... sedapnya hingga bertambah-tambah makan.. maklum la.. sampai je terus basuh tangan dan makan.. tak sempat berpeluh pun.. Gosip sikit then dalam pukul 6.30 petang ambil mak aku kat INTEKMA.. sebelah kawasan je dengan rumah kawan aku kemudian teruskan perjalanan ke Johor..
Lebih kurang pukul 7.40 petang aku berhenti kat rnr Seremban, solat jamak dan pasang niat nak makan malam. Punya la ramai orang, memang langsung tak de tempat nak duduk. Kesian kat mak aku, aku beratur beli KFC then makan dalam kereta. Selesai. Sambung perjalanan ke Johor dan alhamdulillah selamat sampai di rumah mak aku jam 11.30 malam. Bersih-bersihkan badan dan tidur. Esok dan seterusnya banyak lagi agenda yang mak aku dah aturkan untuk aku. Apa-apa pun kita enjoy!

Day 2
Pagi-pagi dah plan dengan mak aku nak sarapan kat luar. Aku kan rindukan makanan Johor. Kurang-kurang dah terubat rindu sikit bila dapat makan masakan kawan aku semalam kan. So, hari ni nak cari lontong pulak. Mak aku pun setuju dan lepas sarapan terus la kita ke Pontian, melawat saudara mara yang ada di sana. Tak dapat lontong, aku makan asam pedas ikan pari. Sedap sangat. Syukur.
Teruskan perjalanan ke Pontian dan sampai rumah makcik aku terus mintak nak baring-baring.. hahaha.. maklum la dah kenyang dan masih letih lagi kesan perjalanan 13 jam semalam. Tidur sekejap, solat jamak dan makan lagi... rezeki jangan ditolak. Rindu zaman aku masa kecik-kecik dulu selalu main dengan makcik aku tu sampai benjol-benjol kepala aku.. he
Lepas kenyang, mintak diri untuk ke rumah makcik sulung aku pulak.. pakcik aku dah sangat uzur.. dah tak boleh bangun.. dok bayangkan pulak macam maner aku tua nanti.. Ya Allah..
Then gerak ke rumah adik aku untuk makan malam dan menginap di rumah beliau. Adik aku belanja makan sate yang tersedap di Pontian.. korang nak tau kat maner? Kat Lorong Merdeka, Pontian Besar. Try la.. memang sedap. Secucuk 70sen tapi sangat sedap. Allah bagi sedap. Makan ABC, nasi goreng, air buah.. semua dikongsi.. hahaha.. 

Day 3
Lepas sarapan, pegi kedai barangan plastik. Aku nak beli bekas plastik untuk simpan barang yang jarang digunakan tapi masih lagi berguna. Barangan plastik tu keluaran NCI (aku rasa macam dah mahal.. ke aku yang sebenarnya tak banyak duit nak beli?... hahaha..) Kemudian bawak mak aku pegi buat gigi palsu yang diikat dengan aluminium. Kos dalam RM1,600. Tokey tu kata, lepas GST jadi RM1,800. Errrrrr... apakah maksud GST tu sebenarnya? 
Nanti kita sambung lagi..







Tiada ulasan:

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...