Singgah Jap

Selasa, 19 Februari 2013

Undi

Perang bendera sudah bermula. Jiran aku pun dah menaikkan bendera pilihan parti mereka. Aku senyum je sebabnya aku bukan pengundi untuk negeri Pulau Pinang. Pilihan di tangan masing-masing. Kalau tengok tv dan baca surat khabar arus perdana, haruslah sudah tahu parti mana yang patut dipilih oleh rakyat kerana parti lain tidak mampu untuk menepati janji kepada rakyat. Itu menurut tv dan surat khabar. Cerita di sebaliknya kita tak tahu. In shaa Allah aku akan balik ke Johor untuk mengundi dan nampaknya CK terpaksa la mengorbankan undinya di Kelantan (aku suka mengundi ikut calon bukan ikut parti.. tapi.. parti yang menang yang akan menerajui negara.. macam maner tu? Kalau undi 'parti tupperware' ok tak?) . Apa pun, aku doakan agar Kelantan terus kekal diterajui oleh PAS. Kenapa? Sebabnya aku rasa seronok bila berada di Kelantan. Kebanyakan perniagaan diusahakan dan dimiliki oleh orang Melayu. Bengkel servis kereta pun banyak milik orang Melayu tetapi kalau di Pulau Pinang seperti "kau jangan mimpilah di siang maupun malam hari".

Maaf ya.. itu pandangan peribadi aku. Aku tengok rakyat Kelantan pun gembira dengan apa yang mereka ada. Kalau kat rumah pak mentua aku tak perlu bayar bil air sebab air mereka diperolehi daripada perigi. Cuma bayar bil elektrik untuk guna pam air. Haha. Bila elektrik terputus baru tak de air paip sebab tak boleh pam air. Itupun sangat jarang berlaku. Airnya pun bersih je.. tak la kotor seperti digembar gemburkan. Alhamdulillah.

Satu lagi.. bila tiba musim perayaan atau cuti yang agak panjang.. Kelantan akan sesak kerana diserbu oleh rakyatnya yang ingin pulang ke kampung halaman dan juga warga luar yang teruja membeli-belah di Rantau Panjang, Pengkalan Kubur, Wakaf Che Yeh dan lain-lain lagi (termasuk la aku... hahahaha.. kadang-kadang saja nak berjalan walaupun tak de misi nak membeli barang pun.. beli beras pulut pun ok.). Makanan di Kelantan pun banyak yang unik dan sedap. Kira boleh jadi igauan la. Kiranya kalau aku balik kampung CK, tak payah kalut nak buat sarapan pagi sebab kami akan beli nasi berlauk, nasi kerabu, laksa, laksam dan macam-macam lagi. So, tak perlu pening nak pikir nak buat sarapan apa ya.. (tu yang bestnya kawin dengan orang Kelantan.. makanya kepada si gadis yang pernah kata orang Kelantan macam pelik dan mohon dijauhkan jodohnya dengan orang Kelantan.. sila la tarik balik kata-kata anda. Rugi woo!)

Ok la.. cakap banyak pun tak guna.. Undi anda rahsia.




Rabu, 13 Februari 2013

Bahang

Macam-macam bahang yang dirasakan sekarang.. bahang pilihanraya.. bahang kedatangan MQA ke PSP.. bahang kepanasan di Pulau Pinang dan yang paling memberi kesan adalah apabila bahang ketika memandu kereta disebabkan alat penghawa dinginnya rosak. Oh! Dugaan di kala cuti yang mana aku tak berapa boleh bercuti kerana anak-anaknya bersekolah. Kedai banyak tutup pulak tu.. Makanya perlu la ditunda untuk membaiki si penghawa dingin yang rosak itu. Aku kira hari ini sudah hari ke4 Tahun Baru Cina tapi kedai-kedai di Pulau Pinang masih banyak yang tutup. Pusat Servis Toyota pun masih tutup! Berani ko ya... he..

Bila fikir semula, dah sampai masa kot rosaknya penghawa dingin tu bila usia kereta dah mencapai 5 tahun walaupun aku tak pernah gagal menghantar servis ikut jadualnya. Bila muhasabah diri, aku kurang bersedekah kot bulan ni walaupun dapat imbuhan. Tu yang Allah duga dengan ujian yang sedikit ni. Astaghfirullah.

Tadi sambil-sambil nak menanda kuiz pelajar (baru nak menanda ok.. belum ditanda lagi), aku sempat berjalan secara maya dari blog ke blog. Al-Fatihah buat Saudara Jejai yang sudah kembali ke rahmatullah semalam. Moga Allah menempatkan beliau di samping roh orang-orang yang beriman. Moga penulisan beliau dapat memberi ilmu yang manfaat kepada kita yang mana pahalanya dapat dibawa bersama ke alam barzakh. Amin. Melalui blog beliau juga aku dapat membaca luahan hati seorang ibu tunggal yang sedang bertarung dengan penyakitnya. Dalam masa mendapat rawatan di hospital, anak yang bongsu turut menemaninya. Oh! Besarnya dugaan Allah untuk beliau tetapi beliau tetap tabah. Dan masih belum terlambat untuk kita sama-sama membantu beliau.

Penutup bicara, Selamat Ulang Tahunnya buat bondaku Rahana Ahmad dan anakanda Auni Atifah yang berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu 1 Februari. Moga keduanya sentiasa di bawah peliharaan dan redha Allah. Amin.







p/s: up semua entry walau tak kena tajuk.. ngeee..


Isnin, 4 Februari 2013

Aurat


Assalamu'alaikum sahabat..

Aku rasa terpanggil untuk menulis kali ini apabila seorang rakan mempertikaikan pemakaian purdah yang katanya seperti 'ninja' dan bertanya adakah ia menjadi kesalahan dalam etika berpakaian ke kuliah. Oh! Pada aku yang lemah iman ni, pemakaian purdah itu adalah satu mujahadah. Apa dia mujahadah?

"Mujahadah bererti bersungguh hati melaksanakan ibadah dan teguh dengan amal sholeh, sesuai dengan apa yang telah diperintahkan Allah SWT yang sekaligus menjadi amanat serta tujuan diciptakannya manusia. Mujahadah juga menunjukkan ketaatan seorang hamba kepada Allah, sebagai wujud keimanan dan ketaqwaan kepadaNya".

Sebenarnya apa yang patut lebih kita risaukan adalah sahabat kita yang masih belum menutup aurat ataupun masih belum menutupnya dengan sempurna. Allah hu Akbar! Moga Allah beri hidayah pada kita semua hambaNya.

Baru-baru ni aku terbaca satu kolum dalam sebuah akhbar arus perdana yang mana si penulis memegang kata-kata dari seorang ustaz "Bertudung itu tidak wajib tetapi yang wajib adalah menutup aurat". Beliau juga marah kepada mereka yang bertudung tetapi masih 'bermulut longkang'. Mengaku diri beliau tidak pandai dalam agama tetapi tidak pula jahil. Menganggap berbaju kurung itu sebagai sudah beragama Islam.

Hmmmm.. macam mana perempuan hendak menutup aurat tanpa memakai tudung/hijab? Makanan pun perlukan tudung saji untuk mengelakkan daripada dihinggapi lalat. Apatah lagi kita manusia yang telah diperintahkan supaya taat kepada Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T :


Surah An-Nur, Ayat 31.

Maksudnya :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

Asbabun Nuzul ayat 31 (sebab ayat ini diturunkan) : Hadrhrami meriwayatkan bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan seorang wanita yang mengenakan dua buah gelang kaki. Ketika berjalan di depan sekelompok orang, ia menhentakkan kakinya dengan maksud agar dua gelang kakinya berbunyi. (Hadis riwayat Ibnu Jarir)

Moga kita sama-sama dapat mengajak semua ke arah kebaikan dan menjauhi kemungkaran iaitu ammar makruf nahi mungkar dan bukannya ammar makruf ammar mungkar atau nahi maaruf nahi mungkar.

Wallahu'alam.







Related Posts with Thumbnails