Sabtu, 19 Januari 2013

Istimewa Diam

Hmmm.. buat masa ni nak kemaskini blog cuma boleh sembang-sembang je.. nak masukkan gambar tak boleh la pulak.. bila semangat membara nak kongsi ilmu tapi terbatas dek teknologi maka terus merudum perasaan itu.. tetapi kita masih ada pilihan yang lain..
Kita manusia biasa yang tiada daya upaya..
Hanya Allah Maha Berkuasa dan sentiasa la mohon pertolongan dengan Allah. In shaa Allah.
Hari ni kita cuba kongsi beberapa hadis.

Hadrat Mu'az RA telah berkata,
 " Ya Rasulullah, silalah berikan kepadaku sebarang nasihat.""
Maka Baginda Rasulullah SAW bersabda,
 "Beribadatlah kepada Allah dengan perasaan seolah-olah engkau melihatNya dan anggaplah diri kamu sendiri di kalangan mereka yang telah mati. Jika sengkau hendak, aku boleh beritahu satu perkara yang dengannya kau akan dapat kesemua ini."
Selepas bersabda demikian Baginda SAW telah menunjukkan kepada lidahnya sendiri yang berkat.

Telah diriwayatkan daripada Hadrat Sulaiman Alaihissalam bahawa jika berkata-kata adalah perak, maka hal diam adalah emas.

Hadrat Baraa RA berkata bahawa salah seorang Badwi telah mendatangi Baginda SAW lalu berkata,
"Wahai Pesuruh Allah! Ajarkanlah kepada saya sebarang amalan yang akan membawa saya ke dalam syurga."
Baginda SAW menjawab,
"Berilah makanan kepada orang yang lapar; berilah air kepada orang yang dahaga; suruhlah manusia kepada kebaikan dan cegahlah mereka daripada kejahatan; jika tidak boleh berbuat demikian, maka tahanlah lidahmu daripada berkata-kata kecuali kebaikan."

Baginda Rasulullah SAW bersabda, "Jagalah percakapanmu daripada perkataan kecuali yang baik; dengannya kamu akan mendapat kemenangan di atas syaitan."

Daripada beberapa hadis di atas, dapatlah kita faham bahawa masalah lidah ini adalah masalah yang besar sekali. Tetapi kita sangat lalai daripadanya dan kita mengucap apa sahaja yang kita suka sedangkan dua malaikat yang menjaga sebelah kanan dan kiri dari sisi Allah sentiasa hadir dan mencatit tiap-tiap perkara sama ada baik atau buruk.

Moga apa yang kita dengar/baca kita cuba amalkan dan sampaikan kepada yang lain pula.

Wallahualam..

Sumber: Kitab Fadhilat Sedekah (Kelebihan Sedekah) Jilid 1 & 2, Maulana Zakariya Rah.



Tiada ulasan:

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...