Jumaat, 20 Julai 2012

Ramadhan Kareem

Sempena kedatangan bulan Ramadhan tahun ini, mari kita berkongsi sedikit ilmu supaya kita serta semua muslimin dan muslimat dapat mengerjakan Rukun Islam Yang Ketiga dengan sempurna. InsyaAllah.

Definisi Puasa
Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

Syarat Wajib Puasa
1.Beragama Islam.
2.Baligh ataupun sampai umur.
3.Berakal sempurna.
4.Berkuasa mengerjakannya.

Syarat Sah Puasa
1.Islam.
2.Mumaiyiz,yakni mengerti perbezaan yang baik dengan yang buruk.
3.Suci dari darah Haid dan Nifas.
4.Puasa hanya pada hari-hari yang dibenarkan sahaja.

Rukun puasa
Rukun puasa ada dua, iaitu:
1. Berniat pada malam harinya
2. Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari

Sunat puasa
Perkara-perkara berikut disunatkan ketika berpuasa:
1. Makan sahur serta melambatkannya
2. Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
3. Menjamu orang-orang berbuka puasa
4. Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan.

Perkara Yang Membatalkan Puasa.
1.Berniat membatalkan puasa. Berniat untuk berbuka atau membatalkan puasa dengan sengaja dan bersungguh-sungguh boleh membatalkan puasa sekalipun ia tidak makan atau minum atau tidak melakukan sesuatu yang boleh membatalkan puasa.
2.Makan atau minum dengan sengaja.
3.Muntah dengan sengaja.Muntah dengan sengaja bererti muntah di atas perbuatan sendiri, bukan kerana mabuk dan sebagainya.
4.Bersetubuh.
5.Keluar mani dengan sengaja.
6.Keluar darah Haid atau Nifas.
7.Gila,jika gila itu datanya di siang hari maka batal puasanya.
8.Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan secara sengaja ke dalam hidung, telinga dubur dengan sengaja boleh membatalkan puasa.

Orang Yang Diharuskan Berbuka Puasa.
1.Orang yang sakit, sekiranya berpuasa akan menambahkan kesakitan mereka.
2.Musafir. Orang yang sedang dalam perjalanan jauh yang membabitkan jarak 2 marhalah atau 80.64 km atau 52 batu (1 batu = 1.55km). Ukuran muktamad adalah 91 km.
3.Orang yang uzur, orang tua yang lemah, orang-orang yang lemah kerana penyakit yang tidak ada harapan untuk sembuh atau kerana semula jadinya lemah.
4.Orang perempuan yang hamil.
5.Ibu yang menyusukan anak.
6.Wanita yang datang haid dan nifas.
7.Orang yang pitam sepanjang hari.
8.Orang gila.

Perkara Yang Disunatkan Bagi Orang Yang Berpuasa.
1.Bersahur walaupun sedikit makanan atau minuman pada waktu akhir malam.
2.Menyegerakan berbuka setelah yakin matahari telah terbenam.
3.Berdoa sewaktu berbuka dan maksud doa "Wahai Tuhanku! Kerana Engkau aku berpuasa
dan dengan rezeki Engkau aku berbuka, dahaga hilang dan urat-urat telah menyedut
makanan, mudah-mudahan Allah menetapkan ganjaranNya"
4.Berbuka dengan buah kurma atau manisan.
5.Memberi makanan atau minuman untuk orang berbuka puasa.
6.Memperbanyakkan amalan kebajikan dan sedekah.
7.Memperbanyakkan membaca Al-Quran dan selawat ke atas Nabi tidak kira siang atau malam.
8.Menjauhkan diri daripada percakapan-percakapan yang tidak berguna dan buruk.
9.Menyucikan diri (Mandi Junub) bagi orang yang berhadas besar sebelum naik fajar.
10.Bersembahyang sunat Terawih.

Perkara Yang Makruh Bagi Orang Yang Berpuasa.
1.Berbekam.
2.Memamah sesuatu yang tidak boleh hancur.
3.Menyedut air yang berlebihan ketika berwuduk.
4.Mengucup isteri.
5.Masih dalam keadaan berjunub semasa sudah masuk waktu subuh.
6.Memberus gigi atau berkumur-kumur selepas tergelincir matahari.

Lafaz Niat Puasa Ramadhan
Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.




Lafaz setiap malam. Niat ringkas :
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz lengkap :
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

* Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:
Niatnya : Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, Menurut Imam Malik, yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus. Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haid, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya :

“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Waktu berniat
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

• Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.

• Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:

“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Berbuka Puasa
Setelah masuk waktu Maghrib iaitu terbenamnya matahari, maka cukuplah tempoh berpuasa untuk hari tersebut. Disunatkan berbuka dengan manisan seperti kurma dan kemudiannya tunaikanlah solat Maghrib.

Niat berbuka puasa



Tingkatan Puasa
Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam bukunya Ihya al-'Ulumuddin telah membahagikan puasa itu kepada 3 tingkatan:

1.Puasanya orang awam (shaum al-'umum): menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.
2.Puasanya orang khusus (shaum al-khusus): turut berpuasa dari panca indera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa.
3.Puasanya orang istimewa, super khusus (shaum al-khawasi al-khawas): turut berpuasa 'hati nurani', iaitu tidak memikirkan sangat soal keduniaan

Pembahagian di atas memberikan umat Islam ruang untuk berfikir dan menelaah tingkat manakah mereka berada.

Kerugian meninggalkan puasa Ramadhan
Pahala puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan saja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad S.A.W:

Maksudnya:
“Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.”
(Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

InsyaAllah, sama-sama kita amalkan dan sebarkan.
Moga ada manfaatnya.




Tiada ulasan:

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...