Ahad, 8 Julai 2012

Tahniah!


Belum terlambat kot aku nak ucap tahniah pada pasukan Spain dan juga Kelantan kerana menjadi juara bola sepak tahun ini. Aku sebenarnya tidak berminat langsung dengan bola tapi macam terambil tahu juga la sebab aku kan serumah dengan peminat bola yang tak berapa tegar. Rasanya kebanyakan orang lelaki berminat dengan permainan bola sepak sama ada secara serius atau tidak. Bila ada yang kata, "Berbaloi tengok Spain main." "Pemain Kelantan pandai menggunakan ruang dan peluang, tu yang Perak kena teruk sampai 6-0". Aku cuba juga jengah-jengah tengok tapi cam hairan kenapa la sebiji bola yang direbut-rebut. Hahaha. Maklum la kan. Dah kata tak minat makanya penghayatan pun tiada apatah lagi pengamatan. Satu lagi, ada pendapat peribadi mengatakan bahawa hubungan kekeluargaan dapat dieratkan apabila sekeluarga pergi ke stadium menyaksikan perlawanan bola sepak. Hmmm.. itu kalau mereka menyokong kumpulan yang sama. Andai kata sebaliknya, tak ke bergaduh pulak anak beranak. Siap berpawang-pawang lagi. Penyokong kumpulan Spain siap menggunakan 'voodoo' untuk memastikan Spain menang. Haha.. Macam tu juga dengan parti politik. Perbezaan pandangan dan ideologi menyebabkan tiada penyatuan hati. (Lain la parti tupperware, ramai yang suka.. he).

Sebenarnya, berpegang teguh kepada satu agama iaitu Islam, itulah penyelesaiannya.
Mari istighfar.

Wallahualam..




Tiada ulasan:

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...