Rabu, 27 Jun 2012

Perkongsian Ilmu :


Jangan Hidupkan Penghawa Dingin Sebaik Menaiki Kereta



Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser iaitu carcinogen yang dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta.

Di samping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih-lebihan secara tidak sedar.


Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila.

p/s: Sumber diperolehi daripada emel yang disebarkan. Moga ada manfaatnya. Wallahu'alam.



Selasa, 26 Jun 2012

Cara Cepat Khatam Al-Quran Dalam Sebulan

Aku mahu berkongsi dengan kalian bagaimana kita boleh khatam Al-Quran dalam masa sebulan. InsyaAllah sama-sama kita amalkan.

Al-Quran mengandungi lebih kurang 600 muka surat yang mana kalau kita bahagi kepada 30 hari, bermakna 20 muka surat perlu dibaca sehari. Kita rasa macam susah nak baca 20 muka surat sehari kan? Kita agihkan pula kepada 5 waktu solat sehari semalam. Makanya, setiap waktu solat kita perlu baca 4 muka surat sahaja. Mudahkan? InsyaAllah.

Ilustrasinya begini:
                                  600 muka surat   =  20 muka surat sehari
                                   30 hari

oleh itu :                     20 muka surat sehari   =  4 muka surat/waktu solat
                                   5 waktu solat sehari

Bagi orang perempuan pula, ada tempoh-tempoh 'bercuti' daripada solat dan membaca Al-Quran. Kita cuba gandakan/gantikan pada waktu Maghrib atau selepas Isyak ataupun selepas waktu solat yang agak lapang (atau selepas tahajjud sementara menanti Subuh). (ikutlah atau yang mana.. he)

InsyaAllah. Kita azam sama-sama. Mohon pada Allah supaya beri kita kekuatan untuk beribadah dan merasai kemanisan iman. Amin.

Nabi SAW bersabda :
"Bacalah Al-Quran. Sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat sebagai pemberi syafa'at kepada para pembacanya."
(Riwayat Al-Bukhari)




Isnin, 25 Jun 2012

Air Suam


Mau cari air suam dalam bekas macam ni?
Ada kat satu kedai makan kat Astaka Perda.. dan aku minat dengan slogan kedai dia.. "Rasa Hotel Harga Warung".





Jumaat, 22 Jun 2012

Masalah

Lokasi - Ruang tamu sebuah rumah di pinggir kampung
Situasi - 2 orang kanak-kanak sedang melukis bersama sambil meniarap.

Tipah : Hangpa tau dak masalah tu apa?
Munif : Masalah tu.. bila ada yang tak kena kan?
Tipah : Masalah tu.. tak dengar cakap..

(Dialog diulang siaran oleh Tipah yang sering didengar dari Ayah.. "Tipah tau tak apa masalah Tipah? Tipah tak dengar cakap" - dialog asal.. he)




Ahad, 17 Jun 2012

Perkongsian Ilmu

Hmmm.. apa kita nak cerita hari ni? Resolusi (azam) masa nak terjun ke dunia blog ni nak buat entri yang bermanfaat untuk semua di samping mengasah bakat menulis. Ada juga rasa macam nak jadikan blog sebagai diari peribadi tapi tak la jadi peribadi bila ianya dapat dibaca oleh semua. He.

Sambung semula.. tadi Atiqah terbangun dari tidurnya dan aku telah menidurkannya semula. (Itu antara cabaran dalam berblog.) Alhamdulillah. Bila dibaca ayat-ayat suci Al-Quran di kepalanya, maka terus la terlena semula. Bak kata Hamka Kereta Mayat, kita kena memanilupasikan syaitan. Macam maner? Buatlah perkara yang syaitan tak suka. Contoh mudah, bila kita tak boleh tidur malam, kita bacalah Al-Quran atau kitab "Fadhilat Amal", "Fadhilat Sedekah" ke atau bacaan yang boleh meningkatkan iman kita. Jadinya bila syaitan tak suka tengok kita buat perkara baik, maka syaitan akan mencelakkan mata kita supaya kita mengantuk. Lebih kurang macam tu la maksudnya. (Aku dah habis baca buku Saudara Hamka - Permata Yang Hilang Kini Dijumpai. Memang bagus untuk santapan umum. Cara penyampaian juga santai walaupun kadang-kadang bahasanya sedikit kasar tapi aku rasa lebih mudah sampai mesej yang tersirat. Anda boleh beli secara online dan lepas 2-3 hari insyaAllah akan sampai la ke tangan anda tanpa perlu ke kedai buku - tapi mungkin kena pergi ke pejabat pos andai waktu serahan anda tidak berada di alamat yang diberi. He.)


Azam nak kongsi ilmu bermanfaatkan? Terutama yang boleh meningkatkan iman. InsyaAllah. Jom kita baca sikit hadis buat panduan kita.

Diriwayatkan daripada Hazrat Mu'az bin Jabal Radiallahuanhu katanya,
"Rasulullah S.A.W telah mewasiatkan kepada saya mengenai sepuluh perkara:
1. Jangan menyekutukan Allah S.W.T dengan sesuatu apa pun walaupun kamu akan dibunuh atau dibakar.
2. Jangan kamu menderhakai kedua ibu bapa kamu, meskipun mereka menyuruh kamu berpisah dengan isteri dan harta-harta kamu.
3. Janganlah kamu meninggalkan solat fardhu dengan sengaja kerana sesungguhnya sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja maka dia terlepas daripada tanggungjawab Allah S.W.T.
4. Jangan sekali-kali minum arak kerana perbuatan ini adalah punca maksiat.
5. Jauhilah diri kamu daripada perbuatan maksiat, kerana perbuatan ini akan menyebabkan kemurkaan Allah S.W.T.
6. Jangan lari dari medan pertempuran, walaupun semua rakan kamu telah terbunuh.
7. Jangan berpindah dari tempat berlakunya kematian akibat wabak yang sedang merebak seperti taun dan sebagainya.
8. Belanjalah untuk keluarga kamu mengikut kemampuan kamu.
9. Jangan kamu mengelak daripada merotani anak-anak sebagai amaran supaya mereka berakhlak baik dan
10. Takutkan anak-anak kamu kepada Allah S.W.T."
(Hadith riwayat Imam Ahmad dan Tabrani)

Maksud "Jangan kamu mengelak daripada merotani..." adalah jika anak-anak tidak dirotan, mereka akan melakukan sesuatu mengikut sesuka hati mereka tanpa mengetahui mana yang elok dan mana yang buruk. Rotan sekadar yang dibenarkan - di bawah tapak kaki. Rasulullah S.A.W. juga menyarankan ibu bapa supaya menyuruh anak-anak yang berumur 7 tahun mendirikan solat dan merotani anak-anak yang berumur sepuluh tahun jika masih tidak mahu solat. Kiranya latihan solat dan tahu waktu solat diberi selama 3 tahun. Selepas itu, insyaAllah ianya akan jadi kebiasaan kepada anak-anak. Ibu bapa harus jadi model kepada anak-anak iaitu turut menjaga solat. :)

Anda boleh rujuk buku "Fadhilat Amal" yang disusun oleh Raisul Muhaddithin Allama Muhammad Zakariyya Rahmatullahi'alaih, dan diterjemah dan diterbitkan oleh pihak Era Ilmu Sdn. Bhd. (Cuba cari di kedai-kedai buku Islamik..)


Bagus sebenarnya baca buku-buku macam ini. InsyaAllah ianya dapat meningkatkan keghairahan kita untuk beramal. Juga bagus kita pergi ke majlis taklim. Banyak persoalan di jiwa kita akan terjawab waktu tu (he.. macam terkena batang hidung sendiri je).

Selamat membaca dan apabila sudah ada ilmu maka kita amalkan dan sebarkan. InsyaAllah. 




Rabu, 13 Jun 2012

Selasa, 12 Jun 2012

Amalan Untuk Murah Rezeki



p/s : Yang di bawah ni pulak adalah rezeki di hari ulang tahun aku.. Alhamdulillah.. kiranya sebagai pengubat tensi aku.. He

Cadar dari rakan-rakan opis.. terima kasih kawan-kawan..



hadiah dari CK.. terus pakai sebab kasut sebelum ni sudah tercabut tapaknya..



hadiah masa jamuan bulanan opis.. sedap dan comel..


hadiah dari Adiebah.. tq dear..






Isnin, 11 Jun 2012

Tensi

Lama aku tak menulis. Sebenarnya banyak yang nak dikongsi, tapi kadang-kadang rasa macam tak sesuai untuk dimasukkan dalam blog, kadang-kadang rasa takut jadi isu sensitif, kadang-kadang rasa diri macam tak cukup ilmu nak berhujah dan macam-macam rasa lagi. Bila sudah banyak sangat kadang-kadang rasa, terus aku tak tau nak tulis apa. He.

Kali ni aku nak berkongsi satu sketsa yang berlaku kepada aku baru-baru ni. Sama-sama kita hayati.

Soalan:
"Kak, kenapa saya kena ajar lagi subjek Company Law tu? Saya rasa sangat tensi la sebab saya kurang mahir subjek tu dan tak tau nak pelbagaikan pedagogi. Bukan ke saya dah bagitau pihak jadual waktu supaya jangan beri saya subjek tu..keee.. diorang memang saja nak pedajal saya? Yang saya pelik tu.. diorang kata.. pensyarah lebih berbanding dengan subjek yang ditawarkan.. Bila saya kata lagi mintak tukar dengan subjek lain.. diorang kata.. Awak cari la pensyarah ganti untuk Company Law tu.. Pulakkkk.. siapa saya yang nak cari ganti? Tak boleh ke buat 'team-teaching'? Kurang-kurang boleh la berkongsi tensi tu.. Apa pandangan akak?"

Cadangan Penyelesaian:
"Adik, tak bagus bersangka buruk. Berdosa kita tau. Diorang tu menjalankan tugas diorang. Cuba kalau kita yang berada di tempat diorang tu, tak tau macam mana pulak yang kita buat. Cuba berfikiran positif dan jangan berfikiran negatif. Kita anggap orang nak pedajal kita tetapi sebenarnya musuh kita adalah diri kita sendiri. Adik lapangkan dada. Terima dengan hati yang terbuka. InsyaAllah. Mengadu pada Allah. Allah akan bagi ilham. Kadang-kadang apa yang kita tak suka itulah yang baik bagi kita. Mana tau lepas ni adik nak bukak syarikat, adik dah tau undang-undangnya. Anggap je tu semua sebagai ilmu baru untuk kita dan moga dapat dimanfaatkan oleh kita dan juga pelajar kita."

Itulah soalan dan jawapan yang berlegar-legar dalam diri aku sendiri. Moga Allah mengampuni dosa-dosaku dan mereka juga. Amin.

Oleh itu, mari kita baca Surah Alam Nasyrah. Moga Allah beri kemudahan kepada kita. InsyaAllah.


bismillah calligraphy 1

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ 
Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?

وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ       
dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu?

الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ
yang memberatkan punggungmu?

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
dan kami tinggikan sebutan namamu

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan
 
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَب 
maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu uruusan),
kerjakanlah dengan sunguh-sungguh urusan yang lain

وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
dan hanya Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.


2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...