Singgah Jap

Rabu, 3 Mac 2010

Perjalanan ke Tanah Suci - Bahagian 10

Episod kali ni masih kat Arafah.. masa kat Arafah ni.. kita digalakkan berzikir, membaca Al-Quran, solat sunat dan sebagainya.. malam tu tido dalam khemah agak sejuk dan lena.. hehe.. so far aku ni tido kat maner-maner pun ok.. dan lagi dapat la berkenalan dengan jemaah dari bilik-bilik lain.. selalunya aku dan roomate aku dok berkawan sesama sendiri dan jejaka bilik sebelah weol tu je..

Esoknya.. masuk je waktu zohor.. bermulalah waktu wukuf yang mana kita hendaklah berdoa bersungguh-sungguh dan mohon keampunan pada Allah.. Allah buka langit waktu tu dan InsyaAllah ia adalah waktu yang paling mustajab berdoa.. sebelum tu khutbah Arafah akan dibaca oleh imam.. solat zohor dan asar pun dikerjakan secara jamak tamam.. sepatah kata Ustaz Cecep.. Allah bagi anugerah keampunan pada jemaah haji pada waktu ni.. Amin.. (berwuquf tu memadai hanya berada di Arafah dalam sebarang keadaan - berdiri, duduk, berjalan, berlari atau tidur tetapi adalah lebih baik membanyakkan ibadat khasnya doa wuquf di Arafah)

Di Arafah, Muzdalifah dan Mina kita dibolehkan sembahyang jamak secara tamam (cukup rakaat).. disebabkan kesukaran untuk mendapatkan air dan perlu berkongsi dengan jemaah yang ramai.. sebab tu mengerjakan haji nih memerlukan darjah kesabaran yang sangat tinggi.. dan balasan yang Allah beri pun tak terkata manisnya..

suasana khemah jemaah lelaki.. semua pakat berdoa..

CK sempat posing gak kat tepi khemah

ramai gak jemaah yang panjat bukit dan berkhemah kat situ..

ramai berdoa di bawah langit terbuka..


hehe.. aku pun tak terkecuali.. sebelah tu salah sorang dari roomate aku.. Makcik Siti Zubidah a.k.a Ruqaiyah Noq (nama gelaran di kampungnya)..

Mudahan Allah terima doa dan taubat kami... Amin..

p/s: tak abis lagi tau.. wuquf di Arafah adalah rukun haji..


2 ulasan:

soleh solehah berkata...

Salam kak nurul..
lama tak tinggal komen nih...maklumlah prasaan malas dan lembab semacam je kebelakangan nih..he he..eh jgn lah salah anggap..tak berbadan 2 cam kak nurul tuh..he he..pekabor? camna peknan? cam auni dulu tak? bila baca post yg nih..n tgk gambar k nurul n cikgu rasa nak join je..doa utk kami ye..

ahliacikgukhairul berkata...

hehe.. baru nak teka kot berbadan 2 ke.. mesti letih tp seronok urus anak2 kan.. peknan umur dah banyak ni cepat letih.. tak brp ukur shopping complex sgt.. hehe.. jimat sikit.. InsyaAllah.. sampai gak ijat n hubby ke saner.. Allah akan mudahkan semuanya..

Related Posts with Thumbnails