Isnin, 1 Mac 2010

CEMBURU

Tajuk kita hari ni adalah cemburu.. best gak kalu dikupas sikit.. maklum la.. bila melibatkan hati dan perasaan.. hanya yang mengalaminya saja yang tahu.. jenuh la orang keliling bagi nasihat.. tapi umpama "mencurah air ke daun plastik" je..


Rasanya semua orang berhak cemburukan? Terutama pada pasangan kita maupun orang yang kita sayang.. Kadang-kadang ianya perlu dizahirkan.. kalau kita simpan saja rasa tu.. tau-tau sampai hilang rasa sayang.. dan kita terus angkat kaki tinggalkan kesayangan kita tuh.. sebabnya? Apa guna kita nak cemburu lagi kalau si pasangan tidak faham akan perasaan kita.. tak ambik 'action' dengan perasaan kita.. masih rasa perbuatan dan sikapnya saja yang betul..


"Kalau aku tak cintakan kau.. aku tak kawin dengan kau la..".. mungkin ni contoh luahan rasa si suami yang memang susah nak bagitau perasaannya pada si isteri..


"Kalau aku nak dia.. aku tak bawak la kau datang sekali dengan aku".. hmmm.. ni plak mungkin contoh dialog si suami yang bawa isterinya bersama ke satu majlis tapi dok sibuk borak dengan perempuan lain sampai si isteri panggil pun tak dengar.. (pada si suami mungkin sibuk berbincang.. ye la.. kononnya nak bincang dengan sapa lagi.. si isteri mungkin tak paham masalah yang dihadapi kan?)

Si isteri plak mungkin boleh bertahan pada awalnya dan cuba bagi "hints" beberapa kali.. tapi sang suami tak sensitif dengan persekitaran.. dan mungkin sebelum nih si isteri tak pernah menunjukkan rasa cemburu yang ketara.. makanya biler angin sudah penuh satu badan.. dan time tu syaitan pun mencucuk seluruh anggota tubuh.. maka terjadilah pertengkaran dan si isteri pun bertindak meninggalkan suaminya di majlis tuh..
Yang peliknya.. si suami tu tak cuba pun nak pujuk si isteri.. boleh suruh isteri balik dulu.. then sampai rumah sambung lagi marah.. haha.. biler masa si isteri nak luahkan perasaannya? Yang bestnya tu... ada suami tuduh isteri berhati busuk sebab cemburu.. haha.. Ada tak si suami terpikir akan keadaan si isteri.. mungkin dia mengandung @ datang bulan @ baru nak datang bulan yang menyebabkan keadaan si isteri lebih sensitif dari normal? Kena banyak zikir dan baca quran nih.. untuk para isteri ubat hati sendiri..



Macam-macam suasana rumahtangga kan.. Sketsa di atas adalah salah satu asam garam kehidupan.. Mudahan Allah merahmati rumahtangga kita semua..

"Ya Allah!
Kau satukanlah hatiku dan hati suamiku
Titipkanlah kemesraan di antara kami
Agar kebahagiaan itu abadi"
Amin..




9 ulasan:

Ziarah76 berkata...

hemmmm... cemburu tanda sayang

adarnadzmie berkata...

Cemburu ada tempatnya..

Ahliacikgukhairul berkata...

ziarah76: betul tu.. sebenarnya nak bgtau yg kita syg kt dia (in a way)..

normi: hehe.. rasanya kalau ikut cerita kt atas tu mcm dah bertempat kot ah..

Unknown berkata...

cemburu ker tensen sebab dia tak layan kita tu??Emmmm..senyum sket

Umma-ali berkata...

Salam,
1st time kot i komen blog ni...
org tua, eh salah, org lama-haa sopan sikit kan...- lagilah cpt cemburu, maklumlah usia makin senja, uban makin tambah...dia lah, i lum...tapi bila kita komen,katanya uban kalau kat tepi tu mcm tokoh korporat...ehmhh!tersedak cik abang ben minum kopi tu!!!
Teringat kisah Saad(kalau tak silap) seorg sahabi yg sgt cemburu, tak boleh tgok isteri dia keluar rumah...satu hari dia pulang, nampak isteri dia di luar, apalagi...menyinga lah dia,pak arab memang kuat cemburu...Nampak pulak ada seorang lelaki di dalam rumah!!!Bayangkan kemarahannya!!! Pedang pun dikeluarkan, entah siapa yg syahid ni...org ramai meluru mententeramkan dia, rupa2nya ada ular masuk rumah, isterinya keluar, org lelaki tu masuk nak bunuh ular...tapi pantang kalau sudah terhunus pedang, mesti ada yg mati!!!Dia pun meluru masuk ke dalam rumah dan pancung ular tadi, hmphhh... suspense thriller punya story...
Sahabat2 lain hairan dgn sifat cemburu Saad, lalu Nabi saw bersabda kurang lebih, kamu hairan dgn cemburunya Saad? Ketahuilah aku lebih cemburu dari Saad, dan Allah swt lebih cemburu dari aku...
Well, actually u know sifat cemburu adalah sifat mulia, sifat Allah, sifat Nabi, sifat sahabat...
Cuma jgn sampai syaiton menipu kita, bykkan istighfar dan ta'awuz dari syaiton durjana...
Panjang pulak ya, tapi ada byk lagi nak saya taip ni...antaranya apabila salah seorg ahli keluarga kita buat satu perkara jahat spt anak pompuan kita pakai pakaian seksi, anak lelaki kita bw balik anakdara orang, maka para malaikat akan berkata 'ghir!ghir!' = 'cemburulah!cemburulah!' selama 40 hari selagi kita tak ambil apa2 tindakan nahi mungkar itu... selepas 40h jika masih tak buat apa2 maka Allah akan tutup hati kita langsung tak nampak apa itu kebaikan, apa itu kejahatan... nauzubillah... Patutlah ramai yg tak dapat hidayat...remaja kita berkeliaran ikut hawa nafsu sebab makbapak tak cemburu lagi... makbapak pun hati gelap je...Ya Allah bukalah pintu hidayat buat kami yg serba lemah ini...aamiin..

Ahliacikgukhairul berkata...

habeida: hmm.. mungkin tensen gak kot sekali si isteri dlm citer nih..

umma-ali: tima kasey komen akak..cemburu memang perlu ada pd semua org.. takut gak Allah tutup pintu hati kita andai hilang rasa cemburu tu.. Nauzubillah

Unknown berkata...

salam..akak nie suami cikgu khairul politek ke???

Ahliacikgukhairul berkata...

anak pendang sekeluarga: salam.. akak ialah isteri kepada cikgu khairul thalleh politeknik seberang perai.. kenal kot..

Unknown berkata...

ye,sya kenai suami kakak,sebab sy student politeknik kulim...hu3

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...