
Mohon ampun dan maaf pada semua pembaca andai ada kekhilafan perbuatan maupun perkataan atau pandangan juga cerita2 kami yg tidak menyenangkan.. Doakan kami selamat pergi dan kembali.. dan dapat menunaikan ibadah haji dengan sempurna serta diterima Allah..
Saat dan ketika ini debaran di dada semakin kuat.. macam2 terlintas di fikiran.. perasaan bercampur baur.. gembira + sedih + teruja + suspens + macam2 la pendek kata.. mmg Allah je yg Maha Mengetahui..
"Ya Allah! Engkaulah teman dalam perjalanan dan Engkaulah penjaga keselamatan kaum keluarga, harta benda, anak cucu dan sahabat handai.
Ya Allah! Peliharalah kami dan mereka dari keburukan dunia dan kerosakannya.
Ya Allah! Sesungguhnya kami bermohon kebaikan dan taqwa dalam perjalanan ini dan juga amalan-amalan yang Engkau redhai.
Ya Allah! Kami bermohon supaya didekatkan dan dimudahkan perjalanan kami dan kurniakanlah kami di sepanjang perjalanan ini keselamatan tubuh badan, agama dan harta benda, sampaikanlah maksud kami mengerjakan Haji dan mengunjungi Maqam Nabi-Mu, Muhammad S.A.W.
Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada segala mara bahaya di dalam perjalanan dan perkara-perkara yang mendukacitakan, jauhi buruk pandangan pada kaum keluarga, harta benda, anak cucu dan sahabat handai kami.
Ya Allah! Letakkanlah kami dan mereka sekalian di dalam peliharaanMu, janganlah Engkau lucutkan nikmatMu dari kami dan mereka, janganlah Engkau mengubahkan kesihatan yang ada pada kami dan pada mereka wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."
Justeru itu.. kami dikehendaki memperbanyakkan bacaan talbiah.. yg maksudnya:
"HambaMu datang menyahut panggilanMu, Ya Allah!
HambaMu datang menyahut panggilanMu
HambaMu datang menyahut panggilanMu
Tuhan yang tidak ada sekutu bagiMu
HambaMu datang menyahut panggilanMu
Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaanMu,
tiada sekutu bagiMu"
InsyaAllah kami dijangka sampai ke tanah air pd pg 7Disember2009..
p/s: Nampaknya blog ni akan direhatkan sehingga awal Disember nanti.. tata... titi.. tutu..
4 ulasan:
Saya doakan agar selamat pergi dan balik. Moga dpt spt yg dihajati. Kalau boleh, buatlah entry waktu di sana.. boleh gak jadi penguat semangat saya di PD ni. Wah..dijangka balik 7 Disember ek.. hehe..oleh2 jgn lupa, sebab ari tu adalah...(takkan dah lupa...)
Selamat pergi selamat kembali yo
Selamat mengerjakan haji sis....mudah-mudahan segala amal ibadat diterima Allah... Mudah-mudahan juga mendapat haji yang mabrur...Insyaallah...
tima kasey byk semua atas doa kalian.. Alhamdulillah selamat dah semuanya.. satu lg.. x dpt nak buat entry dr Tanah Suci sbb kt sana tak de cyber cafe.. try gak eyeing2 + asking2.. hehe.. penah pinjam skali pihak Tabung Haji punyer internet tp banyak web kita tak boley access dr arab saudi.. filter dia tebal kot..
Catat Ulasan