Rabu, 21 Oktober 2009

Kelebihan (Fadhail) Air Zamzam

Zamzam mempunyai keberkatan, kelebihan dan keistimewaan yang banyak, yang tidak terdapat pada air-air lain. Berikut dinyatakan beberapa ciri keistimewaannya sebagaimana yang tersebut dalam hadis-hadis Nabi S.A.W. Antaranya:

1. Merupakan air yang terbaik di atas muka bumi dan boleh menyembuhkan penyakit (dengan izin Allah S.W.T).

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

"Sebaik-baik air yang ada di muka bumi ialah air zamzam. Terdapat di dalamnya zat makanan (orang yang meminumnya akan berasa kenyang seperti memakan makanan) dan penyembuh daripada penyakit."


2. Zamzam diberkati dan mengenyangkan peminumnya.

Abu Zar (Jundub bin Junadah) al-Ghifari r.a telah menceritakan mengenai kedatangannya ke Makkah sehingga bertemu Rasulullah S.A.W dan seterusnya memeluk Islam. Menurut beliau, setelah bertemu dengan Rasulullah S.A.W. Baginda bertanya kepadanya: "Sejak bila kamu berada di sini?" Jawabnya:"Semenjak 30 hari yang lalu.". Rasulullah bertanya lagi:"Siapa yang memberi kamu makanan?" Jawab Abu Zar:"Saya tidak mempunyai makanan dan saya hanya meminum air zamzam sahaja. Tetapi saya merasa semakin gemuk dan tidak pernah berasa lapar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Sesungguhnya air zamzam merupakan air yang diberkati. Sesungguhnya ia mengandungi zat makanan (orang yang meminumnya akan merasa kenyang seperti memakan makanan)."


3. Zamzam menyempurnakan hasrat peminumnya (dengan izin Allah)

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Air zamzam itu untuk sebarang tujuan (niat) orang yang meminumnya (dengan izin Allah)."





Dipetik dari buku "Makkah al-Mukarramah" hasil tulisan Dr. Abdul Basit bin Abdul Rahman.

Tiada ulasan:

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...