Khamis, 22 Oktober 2009

Tetamu Allah

Alhamdulillah... Allah dah jemput kami (aku dan CK) jadi tetamuNya... InsyaAllah kul 4.00pg nanti kami kuar rumah dan menuju ke Kompleks Tabung Haji di Bayan Lepas.. pihak Tabung Haji minta kami berada di sana sekitar 5.30 pg.. dan InsyaAllah kami dijangka berlepas ke Madinah pukul 11pg nanti..

Mohon ampun dan maaf pada semua pembaca andai ada kekhilafan perbuatan maupun perkataan atau pandangan juga cerita2 kami yg tidak menyenangkan.. Doakan kami selamat pergi dan kembali.. dan dapat menunaikan ibadah haji dengan sempurna serta diterima Allah..

Saat dan ketika ini debaran di dada semakin kuat.. macam2 terlintas di fikiran.. perasaan bercampur baur.. gembira + sedih + teruja + suspens + macam2 la pendek kata.. mmg Allah je yg Maha Mengetahui..

"Ya Allah! Engkaulah teman dalam perjalanan dan Engkaulah penjaga keselamatan kaum keluarga, harta benda, anak cucu dan sahabat handai.
Ya Allah! Peliharalah kami dan mereka dari keburukan dunia dan kerosakannya.
Ya Allah! Sesungguhnya kami bermohon kebaikan dan taqwa dalam perjalanan ini dan juga amalan-amalan yang Engkau redhai.
Ya Allah! Kami bermohon supaya didekatkan dan dimudahkan perjalanan kami dan kurniakanlah kami di sepanjang perjalanan ini keselamatan tubuh badan, agama dan harta benda, sampaikanlah maksud kami mengerjakan Haji dan mengunjungi Maqam Nabi-Mu, Muhammad S.A.W.

Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada segala mara bahaya di dalam perjalanan dan perkara-perkara yang mendukacitakan, jauhi buruk pandangan pada kaum keluarga, harta benda, anak cucu dan sahabat handai kami.

Ya Allah! Letakkanlah kami dan mereka sekalian di dalam peliharaanMu, janganlah Engkau lucutkan nikmatMu dari kami dan mereka, janganlah Engkau mengubahkan kesihatan yang ada pada kami dan pada mereka wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."


Justeru itu.. kami dikehendaki memperbanyakkan bacaan talbiah.. yg maksudnya:

"HambaMu datang menyahut panggilanMu, Ya Allah!
HambaMu datang menyahut panggilanMu
HambaMu datang menyahut panggilanMu
Tuhan yang tidak ada sekutu bagiMu
HambaMu datang menyahut panggilanMu
Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaanMu,
tiada sekutu bagiMu"


InsyaAllah kami dijangka sampai ke tanah air pd pg 7Disember2009..


p/s: Nampaknya blog ni akan direhatkan sehingga awal Disember nanti.. tata... titi.. tutu..

Rabu, 21 Oktober 2009

Kelebihan (Fadhail) Air Zamzam

Zamzam mempunyai keberkatan, kelebihan dan keistimewaan yang banyak, yang tidak terdapat pada air-air lain. Berikut dinyatakan beberapa ciri keistimewaannya sebagaimana yang tersebut dalam hadis-hadis Nabi S.A.W. Antaranya:

1. Merupakan air yang terbaik di atas muka bumi dan boleh menyembuhkan penyakit (dengan izin Allah S.W.T).

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

"Sebaik-baik air yang ada di muka bumi ialah air zamzam. Terdapat di dalamnya zat makanan (orang yang meminumnya akan berasa kenyang seperti memakan makanan) dan penyembuh daripada penyakit."


2. Zamzam diberkati dan mengenyangkan peminumnya.

Abu Zar (Jundub bin Junadah) al-Ghifari r.a telah menceritakan mengenai kedatangannya ke Makkah sehingga bertemu Rasulullah S.A.W dan seterusnya memeluk Islam. Menurut beliau, setelah bertemu dengan Rasulullah S.A.W. Baginda bertanya kepadanya: "Sejak bila kamu berada di sini?" Jawabnya:"Semenjak 30 hari yang lalu.". Rasulullah bertanya lagi:"Siapa yang memberi kamu makanan?" Jawab Abu Zar:"Saya tidak mempunyai makanan dan saya hanya meminum air zamzam sahaja. Tetapi saya merasa semakin gemuk dan tidak pernah berasa lapar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Sesungguhnya air zamzam merupakan air yang diberkati. Sesungguhnya ia mengandungi zat makanan (orang yang meminumnya akan merasa kenyang seperti memakan makanan)."


3. Zamzam menyempurnakan hasrat peminumnya (dengan izin Allah)

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Air zamzam itu untuk sebarang tujuan (niat) orang yang meminumnya (dengan izin Allah)."





Dipetik dari buku "Makkah al-Mukarramah" hasil tulisan Dr. Abdul Basit bin Abdul Rahman.

Rabu, 14 Oktober 2009

BACA UTK SUKA2 SAJA YA...

CERITA 1

Seorang pemuda membawa teman wanitanya ke sebuah restoran Itali yang sangat terkenal. Dia sendiri pun belum pernah masuk sebelum ini.. tapi demi kemachoan dan mahu mengambil hati teman wanitanya.. dia memberanikan diri untuk makan di restoran itu...

Setelah mereka duduk dan memakan anggur yang disajikan.. si lelaki mengambil menu dengan keadaan penuh terkawal... Kerana bingung melihat nama-nama aneh masakan Itali.. dia memilih sembarangan. ..

"Waiter.. bawakan kami makanan Giuseppe Spomdalucci untuk 2 orang" kata lelaki tadi..

"Maaf.. encik" jawab waiter tersebut... "Itu nama pemilik restoran ini"..



CERITA 2

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid" kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya Abah.

"Lailatuqadar" kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Berapa lama engkau tak ke masjid?" Abah tanya aku dgn nada yang tinggi.

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah.." sambung Abah lagi.

hehehehe...



CERITA 3

Aku kan abang....



Suatu hari Azman dan isterinya pulang dari kerja seperti biasa...
Tapi ada sesuatu yang luar biasa berlaku pada hari itu.
Cuaca panas menjadi lebih panas buat azman kerana tersekat di dalam trafic jam
Azman " Ish!, geram betul aku. Jalan tidak pernah sesesak ini, kenape pula sesak hari ni"
Isteri " Sabarlah abang, mungkin kerja-kerja pembaikan jalan sedang
dijalankan, tak pun ada kemalangan ke".
Dengan perasaan marah Azman berkata " Sabar!, Sabar!,Sabar! , itu
ajelah yang awak tau".
Kenderaan dihadapan masih tidak bergerak. Malah orang ramai makin ramai berkumpul.
Azman " Ini tak boleh jadi nie. Aku mesti buat sesuatu"
Azman keluar dari keretanya dan berjalan menuju ke arah orang ramai dan bertanya apa yang berlaku.
"Ada accident la encik" kata sorg mat rempit.
Lalu Azman pun menjerit " Tepi, tepi. Aku abang dia!. Tepiiiii,Akuuuu abanggggggg diaaaaaaaaaaaaa!"


Orang ramai yang berkumpul mula bergerak memberi laluan sambil berpandang sesama sendiri dengan penuh persoalan.
Dalam hati Azman berbangga dan berkata "menjadi juga idea aku ni"
Tetapi apabila menghampiri kawasan berkenaan alangkah terkejutnya Azman dan matanya bulat bagai nak terkeluar apabila dia melihat keadaan adiknya yang kemalangan itu..................
.........................................
.................................
....................................
.....................................
.......................................
.............................................

.............................................
...............................................
.................................................
.....................................................
....................................................
....................................................
sambil menutup muka dengan tapak tangannya. Dalam hati dia berkata... Oh! malu semalu malunya aku kerana adikku adalah

seekor monyet!!!!!! !



CERITA 4

Marriage Life Before and After !!

Before marriage.
Darling here.. Darling there...
After marriage.
Baling here... Baling there..

Before marriage.
I die for you. . .
After marriage.
"You die, up to you. "
Lagi lama married.
You die I help you!

Before marriage.
You go anywhere. . I follow you.
After marriage. .
You go anywhere. . Up to you .
Lagi lama married.
You go anywhere better get lost!!

Before wedding
You are my heart, you are my love"
After wedding
"you get on my nerves. "

Before wedding
"you are sweet and kind just like Cinderella"
After wedding
"you are worse than godzila"

Before wedding
Roses are red, violets are blue. Like it or not, I'm stuck with you
After wedding
Roses are dead, I am blue. You get on my head, I will sue you

Before wedding
Every makan he brings you to Shangri-La
After wedding
You want to go, he says you wait-la

Before wedding
She looks like Anita Sarawak
After wedding
Don't know whether katak or biawak


pssstt: Mudahan rumahtangga tak jadi mcm ni ya.. InsyaAllah makin lama makin sayang dan jd contoh pd anak2 pulak... kena banyak doa sbb kita ni mmg lemah iman... Aminn..

Selasa, 13 Oktober 2009

Audit Pemantauan



Alhamdulillah... pas tangguh dr bulan Julai hari tu.. akhirnya audit dibuat gak pada 27 dan 28 Ogos.. dan nampaknya PSP memang sangat layak dianugerahkan Sijil ISO.. hehehe..

Tahniah buat warga PSP.. apa pun usaha dan kejayaan kita.. hanya Allah la penentu segala..

Selasa, 6 Oktober 2009

KHAIRUL ATIF BIN KHAIRUL THALLEH

Makin dekat tarikh 23okt2009, makin sayu rasa hati.. semua harta yg bernyawa maupun tidak terpaksa ditinggalkan di tanah air.. demi memenuhi undangan Allah Taala sebagai tetamuNya.. Aku mohon Ya Allah! Jemputlah kami sebagai tetamuMu.. dan kini kami menyahut jemputanMu Ya Allah!..

"Atif dan Atifah.. pandai2 la bawa diri ya.. ibu dan ayah nak pegi sembahyang jauh.. InsyaAllah.. nanti biler ibu dan ayah balik.. kiter main sama2 ya.."

Ya Allah! Hanya Engkau la pemelihara seluruh alam semesta.. Mohon kekuatan dariMu Ya Allah.. peliharalah keluarga kami dan perelokkanlah akhlak anak2 kami..

Atif ready bergambar.. Atifah dok sibuk tengok kolam renang..

Atif masa 2 taun lebih.. lepak2 atas pentas shopping complex..


Ayah tolong pakaikan 'sport shoes' baru kt Atif..

Atif 6 bulan.. baru pas mandi.. sama tak macam Atifah masa baby?

baru nak merangkak.. rindunya ibu time tu..


sangat suka serakkan umah..


10 bulan.. baru nak nak berjalan2 jatuh..


11 bulan.. sangat suka mandi kolam..

Mudahan Atif dan Atifah jadi anak yg soleh dan solehah ya.. InsyaAllah ibu dan ayah pegi tak lama.. ada rezeki.. kita pegi pulak sama2... baik2 duduk dgn Atuk, Ayah Dili, Cik Yati, Mak Long dan lain2.. pandai2 jaga diri.. doakan juga ibu dan ayah..

Babai.. ibu sayang Atif dan Atifah..

Khamis, 1 Oktober 2009

Celup-celup kt Padang Broom P.Pinang

Assalamualaikum.. saja nak stori citer lama yg aku n kengkawan makan celup2 kt Pdg Broom, Penang.. kejadian berlaku bulan Oktober lepas.. time tu ada meeting kt Sandy Paradise Beach.. then ptg2 weol amik kesempatan bawak kawan dr Kota Bharu makan kt situ.. n sebenarnya aku yg dah bertaun dok Penang br 1st time sampai.. hahaha.. layan...

aku, Danizah, Oya n Juli (PKB).. tukang amik gambonya K.Nori.. hehehe


kena celup dulu sebelum makan.. kiranya mcm steamboat la kan.. kena celup/rebus sendiri..


sos yg disediakan utk dimkn bersama2 dgn bahan celupan td..


siap makan dah.. so nak bayar kena ikut jumlah batang lidi.. tu sbg bukti yg kitorg makan brp banyak.. kiranya sebatang = RM1..

best n sedap.. next time boley p lg..

tq to Oya n Danizah.. diorg yg belanja kali nih..

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...