
Selasa, 24 Februari 2015
Isnin, 16 Februari 2015
Pulangnya Seorang Murabbi
Aku percaya ramai yang masih bersedih dengan pemergian abadi Tuan Guru Nik Aziz.. namun Allah lebih menyayangi beliau.. moga Allah menempatkan beliau di kalangan orang-orang beriman.
Aku kagum dengan cara beliau menjalani kehidupan. Tidak terkesan dengan pangkat dan kedudukan. Moga ianya menjadi ikutan kita. Pengakhiran beliau dalam khusnul khotimah, bagaimana pula dengan kita?
Bila kita telah mengucapkan dua kalimah syahadah :
yang bermaksud :
Aku bersaksi sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah
dan Aku bersaksi sesungguhnya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah
itu menunjukkan kita hendaklah membuang kebesaran makhluk dalam hati dan memasukkan hanya kebesaran Allah dalam hati kita. Hanya Allah yang berkuasa, makhluk tiada upaya. Kita juga hendaklah menjadikan cara kehidupan Nabi Muhammad SAW sebagai cara kehidupan kita kerana sesungguhnya cara kehidupan Rasululullah yang membawa kejayaan dunia akhirat.
Moga akhir kalam kita nanti juga adalah dua kalimah syahadah.
Macam maner? Jom usaha ke arah itu..
Macam maner? Jom usaha ke arah itu..
Selasa, 20 Januari 2015
Pemberitahuan - Hadiah untuk insan yang mulia
Assalamu'alaikum semua
Moga kita semua sentiasa di bawah redha Allah dan diberi kekuatan untuk istiqamah dalam mengerjakan kebaikan. Amin
2015 dah masuk hari ke 20. Cepat masa berputar. Umur meningkat. Ajal mendekat.
Alhamdulillah, masih ada pembaca rupanya blog picisanku ini. Moga ianya memberi manfaat kepada semua. Di kesempatan ini, aku ingin maklumkan satu perkara. Saudara Meor dan Ridzuan sudah tidak menjual lagi buku "Hadiah untuk insan yang mulia". Boleh rujuk entri aku sebelum ni.
Andai kata sahabat sekalian ingin memiliki buku tersebut, mungkin boleh cuba cari di markas Sri Petaling. InsyaAllah.
Selasa, 23 Disember 2014
Aktiviti di kala hujan renyai @ Bubblelab
Alhamdulillah.. cuaca kat Penang masih dalam keadaan yang tidak membahayakan. Moga hujan yang turun memberi manfaat kepada semua makhluk.. Sentiasa kita amalkan doa ini dan moga saudara kita di Kelantan, Terengganu dan Pahang dipelihara dari musibah banjir. yang berterusan.

Penang masih sentiasa disimbahi dengan hujan renyai yang tak berhenti.. oleh itu.. matahari pun cam segan nak keluar.. baju di ampaian sudah dua hari tak kering.. moh le kita pegi keringkan.. tiga hari berturut aku jadi pelanggan Bubblelab ni.. self-service laundry.. 24hours operation..
Inilah aktiviti dalaman kami di kala hujan :
mak budak ni dok terbongkok-bongkok lipat kain kat hujung sudut tu sementara tunggu satu batch kain dalam dryer.. yang si anak kecil berlari sana-sini atas arahan kakaknya.. dah macam playground la plak..
Soalan penutup.. apa cara anda dalam menangani masalah kain baju yang tak kering ni?
Jawapan penutup... kalau dah hari-hari pergi keringkan kain kat kedai dobi, cam dah boleh beli mesin pengering untuk kegunaan di rumah.. (sendiri tanya sendiri jawab)
p/s: rajin plak aku update blog time hujan-hujan ni.. pasni boleh citer pasal Bubblelab..
Isnin, 22 Disember 2014
Nasi Briyani Kambing
Seperti yang dijanjikan.. aku nak kongsi cara mudah masak Nasi Briyani Kambing..
Bahan-bahannya :
1. 500 gram kambing perap Hatinie's Kitchen - korang boleh beli dengan ejen yang berdekatan.. perapan dia memang sedap dan produk keluaran Muslim.. tak pun korang perap la ikut resepi yang korang suka yang mana kambing perap tu pun sesuai untuk dibakar. Rupanya macam kat bawah.. aku amik dari blog hatiniekitchenledangmuar.blogspot.com. Ada macam-macam produk lagi. Korang boleh cuba usha. Kalau korang kat Penang boleh order dengan kawan aku. Kitorang shopping barang basah pun dalam opis je sekarang.. cepat, mudah, sedap.

siap ada sos lada hitam.. yang tu aku guna kalau nak buat kambing bakar.. memang sedap tau.. banyak kegunaan sos tu.. nanti-nanti la citer..
2. 1 peket Rempah Nasi Briyani cap Iman (senang dapat kat Agro Bazar - produk keluaran muslim gak ni)
3. 3 pot kecik beras yang dah dibasuh dan ditoskan
4. Dua sudu minyak sapi (tak de pun tak pe)
5. Segenggam kismis
6. 4 pot kecik air
7. Periuk Noxxa
8. Tenaga elektrik.. hehe
Cara nak masak :
1. Masukkan kambing perap dan tekan fungsi "High Pressure" selama 6 minit.
2. Pastu.. bukak periuk dan masukkan minyak sapi.. Guna fungsi "Stir Fry" plak.. Daging tadi masih belum empuk sangat tapi dah kuar airnya.
3. Masukkan rempah briyani Iman (perlu dicampur kedua-dua peket kecik rempah dalam peket tu dan kacau dengan sedikit air sebelum ditumis).
4. Masukkan beras yang dah dibasuh tadi. Kacau rata.
5. Masukkan kismis. Kacau rata.
6. Masukkan 4 pot kecik air (sama saiz pot beras tadi tu). Kacau rata.
7. Tutup periuk dan tekan fungsi "High Pressure" untuk tempoh 8 minit.
8. Boleh la buat kerja lain pulak.. buat jelantah ke.. jangan kacau.. hehe
9. Cukup masa.. tunggu sampai periuk boleh dibuka.. kemudian boleh la dikacau semula
10. Siap dihidang
Rupa paras lebih kurang macam ni.. ni pun gambar ehsan pakcik google.. sila percaya dan selamat mencuba!
p/s : boleh gak kalau korang tumis dulu rempah tu dengan minyak sapi.. guna fungsi 'Stir Fry'.. masukkan kambing perap.. beras.. air.. kismis.. kacau.. kemudian tutup dan tekan fungsi "high pressure" 12 minit.. pun jadi jugak..
boleh cuba kedua-dua kaedah.. tapi aku lebih suka kaedah yang pertama selepas aku cuba kaedah yang kedua..
kenapa?
hanya pengalamian yang boleh beri jawapan.. hehe
Sabtu, 20 Disember 2014
Periuk Bertekanan Tinggi - Noxxa
Salam semua.. sekarang ni Malaysia tengah bertarung dengan pasukan Thailand.. aku tunggu keputusan je la nanti.. kalah menang adat pertandingan.. semua kena terima dengan hati terbuka.. kena 'sporting'.. sapa tak nak menang kan? dan sapa yang nak kalah kan? tapi salah satu pasukan mesti mengalaminya.. sama ada kalah atau menang.. doa aku moga kita semua diberi hidayah Allah.. dapat masuk syurga tanpa hisab.. tak mo berkecik-kecik hati pasal bola.. jom citer pasal periuk lagi best.. hehe..
Nak kongsi dengan korang satu benda yang dah lama di pasaran.. kena beli kat Amway tapi brand Noxxa.. nak cerita pasal periuk bertekanan tinggi.. high pressure cooker..
Sebenarnya aku dah pakai hampir setahun dan Alhamdulillah banyak memudahkan kerja harian aku dalam menyediakan hidangan untuk seisi keluarga dan tetamu.. baru berani nak kongsi kat sini lepas dah buat macam-macam masakan.
Aku memang ingin sangat memiliki satu periuk tekanan tinggi.. sebabnya nak bagi cepat sikit masak sup tulang.. kalu korang ada terbaca entri aku sebelum ni pasal masak sup tulang mesti korang pun bersetuju dengan keputusan aku membeli sebuah periuk tekanan tinggi.
Antara ciri utama yang aku beratkan haruslah :
1. Bertekanan tinggi
2. Menggunakan elektrik sebab senang nak bawak berjalan (cewah!)
3. Aku senang nak kendalikan sebab aku ni penakut
4. Senang nak bersihkan
Pastu aku pun survey periuk yang ikut keperluan (bukan kehendak ok) aku tu kat Langkawi.. yang ikut ciri pertama memang banyak tapi tak satu pun ikut ciri kedua. Maka semuanya ditolak.
Pencarian masih diteruskan sehinggalah kawan aku buat demo pasal periuk ni.. Aku terpikat kerana dia memenuhi kesemua ciri yang aku perlukan dan ada ciri bonus lagi.. Apa lagi.. terus la beli secara ansuran selama 3 bulan.. hehehe..
Ni la rupa paras periuk tekanan tinggi Noxxa tu.. ehsan dari pakcik google..
Ciri bonus yang ada kat periuk ni..
1. Steam (kukus)
2. Stir fry (goreng)
3. Reheat/Warm (panaskan semula)
4. Slow cook
5. Low Pressure
6. High Pressure - ciri utama yang aku cari
Alhamdulillah.. Allah kabulkan doa aku..
Langkah seterusnya.. aku cuba masak nasi.. 8 pot kecik.. cuma 8 minit saja.. hehe.. syukur.. tetamu nak tambah nasi pun tak terputus suap.. selain dari masak sup tulang yang mengambil masa 45minit berbanding 1jam setengah sebelum ni, aku dah cuba masak Nasi Beriyani Kambing.. mak aku tengok aku masak guna periuk tu terus terletus ayat dia "hmmmm... kalau gaya macam ni.. orang buta pun boleh masak.."
Apa pendapat korang dari ayat mak aku tu? Kih kih kih..
Entri selepas ni.. cara memasak Nasi Beriyani Kambing dalam tempoh setengah jam saja..
Tungguuu!!!
Jumaat, 19 Disember 2014
Allah Sebaik-baik Perencana
Salam Jumaat
Hari ni dah 19Disember.. 2014 hampir ke penghujungnya..
Minggu depan students cuti seminggu.. sejak Rabu lagi diorang cam dah tak de mood nak belajar.. Aishhh... pastu berjangkit kat aku plak.. konklusi minggu ini..
"Setiap kejadian ada alasan. Bukan kebetulan. Allah sebaik-baik perencana. Cepat atau lambat akan dapat dirasa hikmahnya. Sabar dan solat serta yakin pada Pencipta. InsyaAllah."
Langgan:
Catatan (Atom)
2019 dah?
Assalamu'alaikum semua!! dah 2019 dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku 😂 entri terakhir pasal...
-
Alhamdulillah... masih boleh dibuka lagi blog ni... masih boleh ingat lagi 'password'nya.. sebelum ni lama tak update tapi masih g...
-
Dalam Bahasa Arab perkataan sirah datang dari perkataan " sara" yang bermaksud mengembara atau dalam sebuah perjalanan. Ia ada...
