p/s: sumber utama gambar tak dapat dikenalpasti.. tapi yang pastinya.. ini salah satu inovasi dan kreativiti.
Selasa, 6 September 2011
Something Is Better Than Nothing
p/s: sumber utama gambar tak dapat dikenalpasti.. tapi yang pastinya.. ini salah satu inovasi dan kreativiti.
Isnin, 5 September 2011
Salam Aidil Fitri 1432H
Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan. Moga lebaran kali ini memberi makna yang cukup membekas di hati kalian. Di pihak aku pula, Syawal kali ini diraikan di Kelantan dan rutin berhari raya diubah. Apa pun, aku tetap gembira kerana masih berpeluang untuk meraikannya walaupun persiapan adalah sangat sederhana. Di kesempatan ini, aku memohon ampun dan maaf atas kekhilafan perkataan maupun perbuatan.
Andai ada jarum yang patah
Jangan disimpan di dalam peti
Andai ada silap dan salah
Jangan disimpan di dalam hati
Buai laju-laju
Sampai cucur atap
Cantiknya hang punya baju
Harap buangkan rasa sentap
Aidil Fitri hari mulia
Semua insan bergembira
Bermaafan perbuatan mulia
Semua insan akan gembira
Go!
Isnin, 22 Ogos 2011
TIDAK!
Kadang-kadang kita perlu mengatakan "TIDAK" andai tidak mampu untuk melunasi tugasan yang di luar bidang kemahiran kita.
Sebagai contoh, aku diminta untuk menggubal soalan sebanyak 2 set (1 set = 25 soalan objektif + 3 soalan esei) bagi kursus yang tidak pernah aku ajari. Sebelum mengatakan "TIDAK", aku mohon sungguh-sungguh petunjuk Allah agar diberi kekuatan dan kelapangan fikiran serta curahan idea bagi menghasilkan soalan-soalan yang menepati sukatan pelajaran. Setelah berhempas pulas, hanya satu set sahaja berjaya disiapkan dan aku memohon maaf kerana tidak mampu untuk menyiapkan satu set lagi.
Maaf ya Puan KP dan Puan Penyelaras Peperiksaan..
Ahad, 14 Ogos 2011
Dalam pada itu juga, aku berkesempatan meninjau-ninjau status kawan-kawan di Facebook. Aku tumpang seronok apabila melihat mereka dapat menyediakan sendiri juadah berbuka puasa sepenuh meja untuk keluarga, mula menjahit sarung kusyen, baju, langsir, membuat biskut dan berbagai persiapan untuk hari raya. Status aku pulak? Aku masih lagi di fasa yang mengemas di sini berserak di sana, mengemas di sana berserak di sini. Cuma hari ini aku berpeluang membuat muffin coklat untuk keluarga dan untuk membalas bekas jiran tetangga. Persiapan hari raya aku ala kadar saja. Biasanya aku membeli sebelum berpuasa kerana aku kurang gemar berbelanja dalam keadaan bersesak dengan orang ramai. Sebab tu la sampai sekarang ini aku tak berpeluang ke "Jom Heboh". Hehehe..
So.. raya anda sekalian macam maner kali ni? Aku pulak raya kali ni bakal melakar sejarah dalam hidup aku yang mana tidak pulang berhari raya di Johor.. uwwwwaaaaaaaa!!!! Sebabnya bonda aku ingin menunaikan umrah bermula pada penghujung Ramadhan hingga la hari raya nanti. Maka kami adik beradik berpakat untuk berkumpul 2 hari sebelum tarikh penerbangan bonda kami. Selepas itu masing-masing bergerak ke rumah mertua masing-masing.
Moga Allah kurniakan bonda kami kesihatan yang baik dan kekuatan untuk beribadah serta dipelihara dalam semua keadaan. Aku dah mula merasa rindu dengan bondaku. Teringin nak menjejakkan kaki lagi ke Tanah Suci. Aku azam nak bawa anak-anak sekali untuk ke sana. InsyaAllah.
Wassalam.
Khamis, 4 Ogos 2011
Amanah Allah
Selasa, 2 Ogos 2011
Adorable Babies
Dan ini pulak adalah my beloved babies.. interframe sikit..
Sabtu, 30 Julai 2011
Mari Berpuasa
Niat Berbuka Puasa
Perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika berpuasa
2019 dah?
Assalamu'alaikum semua!! dah 2019 dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku 😂 entri terakhir pasal...
-
Alhamdulillah... masih boleh dibuka lagi blog ni... masih boleh ingat lagi 'password'nya.. sebelum ni lama tak update tapi masih g...
-
Dalam Bahasa Arab perkataan sirah datang dari perkataan " sara" yang bermaksud mengembara atau dalam sebuah perjalanan. Ia ada...








