Jumaat, 29 Julai 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan



Alhamdulillah.. InsyaAllah Ramadhan bakal datang lagi untuk kita rebut kelebihan dan keberkatannya. Moga Allah terima amalan kita. Di kesempatan ini, saya memohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran kata maupun perbuatan selama kita berjumpa di alam maya ini. Amin.

KELEBIHAN RAMADHAN AL-MUBARAK

Berdasarkan himpunan hadith sahih beserta kalam yang dipetik dari Al-Quran, dapat disimpulkan bahawa di antara kelebihan Ramadhan Al-Mubarak:

1. Di dalamnya terdapat Lailatul Qadar yakni malam yang diturunkan Al-Quran.

2. Lailatul Qadar juga yang lebih baik dari seribu bulan. Inilah yang termaktub di dalam Al-Quran: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran ini pada malam Qadar. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar”
(Al-Qadr: 1-5)

3. Bulan yang dibuka pintu syurga. Di dalam hadith yang lain: “Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang dinamakan ‘pintu Rayyan’, ertinya; orang yang sudah kenyang kerana minum, iaitu pintu yang hanya dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat nanti…”

4. Bulan yang ditutup pintu neraka.

5. Bulan yang syaitan-syaitan dibelenggu.


6. Bulan keampunan, berdasarkah hadith riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban, Hasan Sahih menurut Al-Albani.

7. Melaksanakan umrah di dalam bulan Ramadhan bersamaan dengan pahala mengerjakan haji, berdasarkan hadith riwayat Al-Bukhari.

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."


Wallahu'alam.


Khamis, 21 Julai 2011

Duit

Di suatu malam yang hening, ketika si ibu dan si anak daranya menonton televisyen sambil melipat kain. 


Tipah : Ibu.. ibu.. ibu nak tak jajan tu?


Ibu : Nak la.. nak 3.. boleh ke?


Tipah : Boleh.. nanti Tipah belikan.. tapi Tipah tak da duit..


Ibu : La.. kalau Tipah tak ada duit macam mana Tipah nak belikan ibu jajan tu?


Tipah : Nanti Tipah belikan pakai duit ibu tau!


Ibu : Pulakkkk... 

Khamis, 7 Julai 2011

Teknik Menulis Buku

Alhamdulillah.. baru-baru ini aku berkesempatan mengikuti satu bengkel penulisan yang dikendalikan oleh pihak PTS Publication di PSP aku yang indah permai ini. Pengurus operasi PTS menerangkan serba sedikit mengenai aktiviti PTS dan juga jenis-jenis buku yang mereka terbitkan. Sekiranya anda berminat untuk menulis buku dan meminta pihak PTS menerbitkannya, anda perlu menghantar cadangan dan bukannya manuskrip. Pihak PTS akan memberi maklum balas terhadap cadangan anda sebelum tindakan lanjut dibuat.


Editornya pula memberi peluang kepada kami memikirkan satu tajuk buku yang ingin kami hasilkan. Borang diedarkan yang mana tajuk buku perlu ditulis beserta sedikit isi cerita yang menggambarkan kandungan buku tersebut. Editor tersebut mengulas beberapa tajuk yang telah dihantar dan beliau turut memberi pandangan dari sisi lain pula. 


Sesi yang paling aku cukup teruja apabila dua orang jurulatih PTS merangkap penulis buku memberikan tunjuk ajar mereka cara-cara untuk menghasilkan dua tiga buah buku dalam satu masa. Pihak PTS menerbitkan buku-buku berbahasa Melayu Tinggi sahaja. Bahasa Melayu Tinggi adalah bahasa yang difahami oleh negara-negara di rantau Asia. Misi syarikat adalah untuk memandaikan bangsa dan buku yang dihasilkan mestilah mengikut syariat. Setiap penulis pula adalah bertanggungjawab ke atas tulisan yang dihasilkan. 


Teknik yang diajar oleh jurulatih tersebut ialah "KJ method" dalam menghasilkan buku yang berkualiti. Caranya ialah:
1. Ambil sekeping kertas bersaiz A4.
2. Bahagikan kepada 8 bahagian kecil (lipat kertas 8 bahagian dan digunting).
3. Pada kertas kecil yang pertama hendaklah dituliskan tajuk buku yang hendak dihasilkan (sebelum pemurnian)
4. Manakala setiap satu idea perlu ditulis di atas satu kertas kecil yang lain.
5. Setelah mendapat beberapa idea, kategorikan idea tersebut mengikut kumpulan yang sama. Satu kumpulan mewakili satu bab dalam buku yang hendak dihasilkan.
6. Seterusnya, anda boleh meneruskan penulisan anda dengan menghuraikan setiap idea yang telah diperolehi sebelum ini dengan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.
7. Anda juga boleh berkongsi dengan beberapa orang rakan dan meminta mereka menyumbangkan idea.  
8. Hantar cadangan penuh anda mengenai buku yang hendak anda tuliskan kepada pihak PTS.
9. Setelah mendapat maklumbalas yang positif, anda boleh menghantar manuskrip kepada pihak PTS untuk diedit.


Apa yang membuatkan aku bermotivasi untuk menghasilkan buku ialah hasil pendapatan yang diperolehi bukan daripada hasil jualan buku tersebut semata-mata tetapi ianya boleh bercabang kepada 24 hasil yang lain. Contohnya seperti buku tersebut mungkin diadaptasi untuk difilemkan atau diterjemahkan ke bahasa lain dan boleh menembusi pasaran antarabangsa. 


InsyaAllah. Mudahan Allah meredhai segala tindak tanduk kita. Sebelum penulisan dimulakan, solatlah dua rakaat dan mohonlah kepada Allah petunjuk dan ilham yangg mencurah. Semoga ilmu yang hendak disebarkan melalui penulisan digunapakai oleh ramai dan dimanfaatkan. 



Selamat mencuba!


Sabtu, 18 Jun 2011

Mutiara Kata

A true man doesn't promise, he commits.
A true woman doesn't demand, she thanks.

Isnin, 13 Jun 2011

Gelak Sat

Ketika waktu rehat, seorang doktor dikejutkan oleh seseorang wanita yang menangis tersedu-sedu sambil berkata "Saya tidak mau mati lagi, Doktor".

Merasa kasihan, doktor kembali ke pejabatnya dan berkata "Ada apa? Cuba ceritakan masalah awak dengan terperinci!"

Lalu dengan tersedu-sedu pesakit wanita itu berkata, "Doktor, jika saya menyentuh mana-mana bahagian tubuh saya, saya akan merasa sakit. Lihat ini doktor!" Kemudian wanita itu menyentuh bahagian dadanya dengan tangannya, lalu menjerit kesakitan, dia menyentuh pula bahagian kepalanya dengan tangannya, kemudian ia menjerit kesakitan lagi, dia terus menjerit kesakitan apabila menyentuh bahagian anggota tubuh yang lain dengan tangannya.

Lalu dengan tersenyum doktor itu berkata, "Jari tangan awak sebenarnya yang patah".






 

Jumaat, 10 Jun 2011

Assalamualaikum....

Lama betul rasanya aku berehat dari berblog atau apa-apa je yang berkaitan dengan internet. Banyak peristiwa yang dialami. Pahit manis masam masin yang mana ianya rencah kehidupan dan persediaan sebelum kita ke alam kubur dan seterusnya ke alam akhirat yang kekal. Semua itu adalah nikmat Allah yang tidak boleh kita dustakan lagi. Bulan Jun 2011 kali ni, bertambah lagi usia aku. Bermakna, masa aku adalah semakin pendek.


Terima kasih atas semua ucapan dan doa yang diberikan oleh sahabat-sahabat sekalian. Sungguh aku terharu dan rasa disayangi. Muah! Mudah-mudahan aku dan kalian sentiasa di bawah redha Allah. InsyaAllah.

Jadikan kami Ya Allah, hamba yang sentiasa mengingati dan mensyukuri akan segala nikmatMu.

Jadikan kami dan keturunan kami hambaMu yang taat dan sentiasa mendirikan solat.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk syurgaMu tetapi kami tidak tahan akan azab nerakaMu.

Oleh itu Ya Allah, kurniakan kami taubat dan  sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa-dosa besar.


2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...