Jumaat, 29 Julai 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan



Alhamdulillah.. InsyaAllah Ramadhan bakal datang lagi untuk kita rebut kelebihan dan keberkatannya. Moga Allah terima amalan kita. Di kesempatan ini, saya memohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran kata maupun perbuatan selama kita berjumpa di alam maya ini. Amin.

KELEBIHAN RAMADHAN AL-MUBARAK

Berdasarkan himpunan hadith sahih beserta kalam yang dipetik dari Al-Quran, dapat disimpulkan bahawa di antara kelebihan Ramadhan Al-Mubarak:

1. Di dalamnya terdapat Lailatul Qadar yakni malam yang diturunkan Al-Quran.

2. Lailatul Qadar juga yang lebih baik dari seribu bulan. Inilah yang termaktub di dalam Al-Quran: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran ini pada malam Qadar. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar
(Al-Qadr: 1-5)

3. Bulan yang dibuka pintu syurga. Di dalam hadith yang lain: “Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang dinamakan ‘pintu Rayyan’, ertinya; orang yang sudah kenyang kerana minum, iaitu pintu yang hanya dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat nanti…”

4. Bulan yang ditutup pintu neraka.

5. Bulan yang syaitan-syaitan dibelenggu.


6. Bulan keampunan, berdasarkah hadith riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban, Hasan Sahih menurut Al-Albani.

7. Melaksanakan umrah di dalam bulan Ramadhan bersamaan dengan pahala mengerjakan haji, berdasarkan hadith riwayat Al-Bukhari.

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."


Wallahu'alam.


Tiada ulasan:

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...