Editornya pula memberi peluang kepada kami memikirkan satu tajuk buku yang ingin kami hasilkan. Borang diedarkan yang mana tajuk buku perlu ditulis beserta sedikit isi cerita yang menggambarkan kandungan buku tersebut. Editor tersebut mengulas beberapa tajuk yang telah dihantar dan beliau turut memberi pandangan dari sisi lain pula.
Sesi yang paling aku cukup teruja apabila dua orang jurulatih PTS merangkap penulis buku memberikan tunjuk ajar mereka cara-cara untuk menghasilkan dua tiga buah buku dalam satu masa. Pihak PTS menerbitkan buku-buku berbahasa Melayu Tinggi sahaja. Bahasa Melayu Tinggi adalah bahasa yang difahami oleh negara-negara di rantau Asia. Misi syarikat adalah untuk memandaikan bangsa dan buku yang dihasilkan mestilah mengikut syariat. Setiap penulis pula adalah bertanggungjawab ke atas tulisan yang dihasilkan.
Teknik yang diajar oleh jurulatih tersebut ialah "KJ method" dalam menghasilkan buku yang berkualiti. Caranya ialah:
1. Ambil sekeping kertas bersaiz A4.
2. Bahagikan kepada 8 bahagian kecil (lipat kertas 8 bahagian dan digunting).
3. Pada kertas kecil yang pertama hendaklah dituliskan tajuk buku yang hendak dihasilkan (sebelum pemurnian)
4. Manakala setiap satu idea perlu ditulis di atas satu kertas kecil yang lain.
5. Setelah mendapat beberapa idea, kategorikan idea tersebut mengikut kumpulan yang sama. Satu kumpulan mewakili satu bab dalam buku yang hendak dihasilkan.
6. Seterusnya, anda boleh meneruskan penulisan anda dengan menghuraikan setiap idea yang telah diperolehi sebelum ini dengan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.
7. Anda juga boleh berkongsi dengan beberapa orang rakan dan meminta mereka menyumbangkan idea.
8. Hantar cadangan penuh anda mengenai buku yang hendak anda tuliskan kepada pihak PTS.
9. Setelah mendapat maklumbalas yang positif, anda boleh menghantar manuskrip kepada pihak PTS untuk diedit.
Apa yang membuatkan aku bermotivasi untuk menghasilkan buku ialah hasil pendapatan yang diperolehi bukan daripada hasil jualan buku tersebut semata-mata tetapi ianya boleh bercabang kepada 24 hasil yang lain. Contohnya seperti buku tersebut mungkin diadaptasi untuk difilemkan atau diterjemahkan ke bahasa lain dan boleh menembusi pasaran antarabangsa.
InsyaAllah. Mudahan Allah meredhai segala tindak tanduk kita. Sebelum penulisan dimulakan, solatlah dua rakaat dan mohonlah kepada Allah petunjuk dan ilham yangg mencurah. Semoga ilmu yang hendak disebarkan melalui penulisan digunapakai oleh ramai dan dimanfaatkan.
Selamat mencuba!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan