Sabtu, 15 Januari 2011

Persengketaan 2 beradik


Atif : Tipah! Kenapa kacau Atif? Tipah ingat Tipah tu baik ke?
Tipah : Memang lah.. Tipah baik. Ibu baik. Ayah baik. Baby pun baik. 
Ibu : (ibu ko memang baik.. hehehe..)

Jumaat, 14 Januari 2011

Macam-macam

Sejak Atif dah sekolah secara rasmi ni.. aku rajin la check beg sekolah dia dan selalu tanya apa yang berlaku di sekolah pada hari tu. Macam-macam peristiwa yang kita tak sangka yang kita rasa dia makin besar rupanya (bunyi peristiwa tu cam kes besar je.. haha).

Hari Ketiga persekolahan
Atif: Ibu, hari ni Atif nangis sikit je. Ha.. Atif suruh kawan Atif bayaq 2 kupang kat Atif sebab dia nak nama Atif (sticker nama).. ni duitnya.
Ibu: Ha? kan sticker tu nama Atif bukannya nama kawan tu!
Atif: Habis tu dia dah nak. Atif pun kata bayaq 2 kupang pas tu dia pun bagi.
Ibu: Esok pulangkan semula duit kawan tu. Lain la kalau Atif buatkan nama dia.
Atif: Ye la..

Hari Keempat Persekolahan
Atif: Ibu, ni kawan Atif bagi pinjam pen dia.
Ibu: Besok mesti pulangkan tau. Nanti kalau ibu dia tanya mana pen dia, macam maner? Kesian dia.
Atif: Tapi kawan Atif tu bagi pinjam..
Ibu: Besok mesti pulangkan.
Atif: Ok la.. Atif pinjam satu hari je..

Hari Kelima Persekolahan
Ibu: Berapa baki duit sekolah Atif?
Atif: Tak da baki
Ibu: Atif beli apa? Kan ibu bagi tiga ringgit tadi.
Atif: Atif beli aiskrim dua kali. Satu aiskrim seringgit. Yang seringgit lagi hilang.
Ibu: Atif letak mana?
Atif: Cuba ibu tengok poket baju dan sekolah Atif. Atif dah cari tadi tapi tak de jugak.
Ibu:  Jaga duit elok-elok. Lain kali duit lebih tu masuk dalam tabung.

Hmmmm... setiap hari ada je peristiwa yang berlaku yang mana aku rasa makin mematangkan Atif.

"Aku mohon padaMu Ya Allah. Peliharalah anak-anakku dan seluruh umat. Tenangkan hati dan fikiran mereka. Terangkan hati mereka. Fasihkanlah lidah mereka membaca Al-Quran. Amin."


Khamis, 13 Januari 2011

Kenangan Terindah

Alhamdulillah.. kawan-kawan juga adalah anugerah dan amanah Allah kepada kita.. kita akan lebih rapat dan faham mereka selepas kita bermusafir bersama. Moga dapat berkumpul lagi seperti ini:


Dari kiri: Hajjah Danizah (sangat pemurah dengan ilmu dan tengah sambung belajar ke peringkat PhD.. tunggu giliran aku pula ya..), aku si tuan tanah dan Hajjah Azizah @ Achique (selalu menghulurkan bantuan dan ilmu).


Rabu, 12 Januari 2011

Minda Kelas Pertama

Aku terpanggil nak menulis pasal minda kelas pertama ni apabila kebolehpasaran graduan menjadi agenda utama di tempat aku sekarang.  Hmmmm.. sikap seseorang adalah melambangkan mindanya.. jadinya kalau kita nak memasarkan graduan.. minda mereka perlulah di kelas pertama.

Minda kelas pertama ni adalah merujuk kepada elemen-elemen positif yang merangkumi sikap terhadap diri sendiri, tugas yang diamanahkan, masyarakat sekitar dan lain-lain. Jadinya.. sikap positif adalah perkara utama. Minda kelas ketiga pula merujuk kepada elemen-elemen negatif.

Bila aku surf pasal minda kelas pertama ni..  aku sangat sokong bila ada cadangan bahawa pembentukan minda ni perlulah merujuk kepada Al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W. kerana ia mempunyai segala formula terbaik untuk ummah. Setiap perbuatan perlu dimulakan dengan niat yang betul dan ikhlas. Tidak perlu menunjuk-nunjuk kerana Allah lebih tahu isi di dalam hati kita. Oleh itu, dalam pembentukan minda kelas pertama ianya perlu mendapat perhatian semua pihak terutama ibu bapa kerana ibu bapa yang banyak mempengaruhi pembentukan peribadi anak-anak.

Malangnya, masyarakat kita diajar untuk tidak menghargai dan mensyukuri apa yang ada pada diri sendiri. Contohnya: Iklan pemutih wajah. Orang lelaki tidak memandang kepada perempuan berkulit gelap dan akan terpesona dengan perempuan yang berkulit putih tanpa menilai hati budi mereka. Maka, orang perempuan akan berlumba-lumba untuk memutihkan kulit mereka dengan harapan akan menarik minat kaum lelaki tanpa menghiraukan kesan dan akibat dari pemutihan tersebut walaupun sudah banyak kes yang dilaporkan. (Dulu-dulu aku rasa macam nak saman je penerbit iklan tu.. hehe).

Cerita tahyul dan seram turut ditayangkan secara berleluasa hingga rakyat lebih takutkan hantu berbanding Allah. Kebanyakan cerita tahyul dan seram tersebut banyak yang boleh memesongkan akidah dan sangat tidak sesuai untuk tontonan anak-anak pelapis muda. Dialog yang diperdengarkan banyak menidakkan kekuasaan Allah yang mana seolah-olah makhluk lebih berkuasa dan tiada tuhan yang mengatur alam ini. Contoh: "Dengan kuasa yang ada pada beta, .........". Para pengusaha filem dan drama pun berpuas hati dengan sambutan yang diberikan yang mana memberi suntikan semangat untuk mereka menghasilkan lebih banyak karya berbentuk tahyul dan seram. Itukah agenda pembentukan minda pertama?

Anak-anak permata hati diasuh dan diajar meningkatkan keyakinan diri dan keberanian dengan mengadakan konsert besar-besaran. Inilah anak-anak pewaris bangsa dan penyelamat negara. Betul ke? 

Banyak majlis penganugerahan berprestij (??) yang menampilkan pesertanya dengan pakaian yang menjolok dan mencucuk mata. Semuanya seperti sudah diterima sebagai kebiasaan dan tidak bersalahan. Kita tidak boleh bersuara untuk menentang kononnya kita kolot dan tidak moden. Adakah moden itu perlu walaupun masih tidak bertamadun (seperti di zaman batu)?

Kesimpulannya, kanak-kanak sekarang banyak didedahkan dengan sikap-sikap minda kelas ketiga tetapi diminta untuk berfikiran minda kelas pertama. Marilah sama-sama kita fikir risaukan dan berdoa. Doa adalah senjata orang mukmin.   

Dunia sudah sangat hampir ke penghujungnya. Tauke facebook pun dah surrender. Sudah tak hirau kekayaan yang ada kerana jiwanya tidak tenang. Apa pula tindakan kita? Yakinlah bahawa rezeki kita adalah dari Allah dan bukan dari makhluk.


Nota: Macam mana pula dengan minda kelas kedua?

Selasa, 11 Januari 2011

Sebuah mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut

Rasulullah S.A.W, dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. isterinya Sayidatina Fathimah r.ha, iaitu puteri Rasulullah S.A.W, menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah S.A.W kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abubakar r.a. berkata, "Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, "Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Utsman r.a. berkata, "Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

'Ali r.a. berkata, "Ttamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha.berkata, "Seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah S.A.W bersabda, "Seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata, "Menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, " SyurgaKu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurgaKu itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurgaKu adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Isnin, 10 Januari 2011

Moga Makcik Ruqaiyah cepat sembuh..

Petang semalam aku dan CK sempat melawat Makcik Ruqaiyah yang telah dimasukkan ke ICU, Hospital Kepala Batas kerana tekanan darahnya yang tinggi. Alhamdulillah, masa aku pegi melawat makcik di ICU, beliau nampak segar dan boleh berbual ramah dengan kami cuma tekanan darahnya masih tinggi. Makcik Ruqaiyah adalah rakan sebilik aku semasa di Tanah Suci Mekah tahun lepas. Beliau ke tanah suci bersama anak lelakinya Syam dan kami dapat berjumpa lagi di hospital semalam selepas setahun lebih tidak bersua walaupun masih berhubung kerana Syam bertugas di Port Dickson. Sempat menjamah bihun goreng masakan Kak Sue yang mana kami berkumpul di rumah beliau sebelum bergerak ke hospital. Terima kasih Kak Sue dan Abang Fauzi. Nanti-nanti kita kumpul lagi ya. Kak Sal pula tak sempat bersama kerana beliau hendak segera pulang manakala Kak Ain dan suami berada jauh dari tempat kejadian.

Mudahan makcik cepat sembuh dan dapat pulang ke rumah.

Ahad, 9 Januari 2011

Facebook akan tamat pada 15March2011?

Dengar-dengarnya pengurus Facebook, Mark Zuckerberg sudah tidak sanggup hendak menguruskan laman sosial tersebut kerana tekanan tinggi yang dihadapinya. Beliau menyarankan agar pengguna Facebook keluar bersosial secara realiti dan bukan di alam maya. Beliau juga merasakan yang kehidupan beliau menjadi huru-hara kerana menguruskan laman tersebut dan berhajat untuk menamatkannya. Oleh itu, bermula 15 Mac nanti, para pengguna laman Facebook tidak dapat menggunakannya lagi.

Sama-sama la kita tunggu kebenarannya dan bersedia dengan ketiadaannya. Tiada yang kekal di dunia yang sementara ini.


2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...