Khamis, 13 Jun 2019

2019 dah?


Assalamu'alaikum semua!!

dah 2019 
dah raya pun kita
satu entri pun tak da
jem teruk idea aku
 πŸ˜‚

entri terakhir pasal persediaan belajar
sekarang dah habis pereksa
dah nak start semester baru 
adussss!!
😝

awal-awal menulis di blog
 macam-macam benda nak ditulis
sampai naik migrain nak fikirkan tajuk entri
😁

bila semakin menginjak usia
banyak perkara yang aku boleh abaikan
jarang nak kecik hati dah
jaga dan baja apa yang ada
😎

sekejap lagi nak 2020
teringat lagi zaman aku belajar dulu
kena hafal 9 cabaran menjelang 2020
tak sangka
pencetus idea tu kembali menjadi pemimpin
sapa nak sangka kan?
😏

Datuk Lee Chong Wei umum nak bersara
banyak jasa beliau
namun setiap yang bermula pasti akan berakhir
yang hidup akan mati
tiada yang kekal
begitu juga dengan idea aku
dah beku kembali..
πŸ˜‘

 di kesempatan ini
aku nak ucapkan
🌺🌻🌼

"Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir Batin"

Moga Allah menerima segala amalan kita dan mudahan kita menjadi hamba Allah yang lebih baik dari semalam
Ammiinnnn

p/s : moga esok ada idea yang lebih bernas lagi πŸ˜‰

 





Khamis, 29 November 2018

Phewww!!! (Tips Persediaan Belajar)


Alhamdulillah... masih boleh dibuka lagi blog ni... masih boleh ingat lagi 'password'nya.. sebelum ni lama tak update tapi masih gak aku datang bertandang bertanya khabar.. ni dah lama tak bertandang, nyaris lupa alamat rumah sendiri... hahaha

Bila mana aku tiada idea nak menulis itu bermakna aku kurang membaca sebabnya tak ada intipati nak disembangkan.. istilah sekarang 'nak dibawangkan'.. aku pun tak pasti bawang apa.. bawang putih ke, bawang merah ke, bawang holland ke? kalau CK dia guna semua bawang tu,, ikut jenis masakan la.. kalau nak masak daging goreng sedap guna bawang holland + capsicum.. tapi boleh je bawang yang lain, ikut apa yang ada la.. tak de bawang pun ok.. cepat sikit siap masak sebab tak de aktiviti membawang.. 😁

Hari ni hingga Isnin depan aku cuti.. selain untuk berehat di rumah bersama anak-anak, nak mengemas rumah extra sikit.. kemudian nak ber'get away' dalam Malaysia.. macam-macam rancangannya.. mudahan menjadi dan menjadi-jadi la hendaknya πŸ˜€πŸ˜€

Alhamdulillah, markah pelajar pun dah siap diproses.. depa boleh tengok atas talian nanti.. 1/12/2018 keputusan rasmi akan dipaparkan.. hampa berdebaq, kami lega sebab dah settle kerja.. maksudnya situasi yang sama tetapi perasaan berbeza... gituuuu.. 

Minggu depan semester baru akan bermula.. oh! Perasaanku bercampur baur.. rasa letih tak hilang lagi.. bila ingatkan balik.. dulu aku yang tergedik-gedik nak kerja ni, terus terubat keletihanku.. 😍

Oleh kerana semester baru dah nak mula, hampa kena ready peralatan belajar termasuk la buku teks.. antaranya buku 'Business Mathematics'.. ni yang terkini.. Edisi ke3



Apa? Macam mana nak dapatkan? Kalau anda di Politeknik Seberang Perai, boleh order direct dengan aku.. tak pun boleh dapatkan di kedai-kedai buku yang berhampiran dengan anda.. InsyaAllah ada

Apa lagi, dah tau tips dari aku, cepat la bertindak.. πŸ˜†
Errrr... calculator pun kena ada juga ya πŸ˜‰

Senang cerita, meh aku senaraikan apa yang perlu ada kalau anda nak masuk kelas Business Mathematics aku :

1. Tunjukkan kesediaan anda untuk belajar - senyum, relax, sediakan telinga, tutup mulut, pandang ke arah pensyarah
2. Letakkan alat tulis di atas meja - calculator, buku tulis @ beberapa helai kertas kajang, pen
3. Letakkan buku teks seperti gambar di atas tuuuu di atas meja anda
4. Course outline - yang ni boleh dicetak dari CIDOS ya 
5. Dengar dengan tawajuh & sila respons sekiranya diminta berbuat demikian πŸ˜ƒ

Cuba apply tips di atas di semua kelas (tapi buku tu yang berubah ikut subjek 😊)..  insyaAllah akan mendapat berkat belajar kerana dapat redha dari guru.. Cubalah!










Isnin, 16 April 2018

Salam Isnin


Salam Isnin semua..
Tak da 'Monday Blues'.. πŸ˜‰
Kita 'enjoy!'

Hahaha... enjoy la sangat.. apa pun syukur alhamdulillah.
Ada banyak lagi buku jawapan nak ditanda ni.. kita berehat sebentar kerana memberi laluan kepada iklan ✋

Apa iklannya?
.
.
.
.
.

 Idea oh Idea! Silalah berbuat baik dengan saya πŸ˜‡
.
.
Kita sembang lain kali la πŸ’†



Jumaat, 6 April 2018

Sembang Kencang - Teruk dan buruk

Tempat : Di dalam kereta sewaktu perjalanan pulang dari sekolah ke rumah.

Tarikh : 5 April 2018

Masa : Lebih kurang 6.00 petang

Pelakon : Ibu, Tipah & Tiqah

*********************************************************************************

Ibu : Assalamualaikum kakak dan adikk...

Tipah & Tiqah : Waalaikumsalam ibu (hampir serentak)

Tiqah : Ibuu.. Tiqah sedih hari ni.. tadi Tiqah kena marah dengan cikgu sebab Tiqah tak tauuu...

Ibu : Tiqah tak tau apa? tak tau baca ke?

Tiqah : Tiqahkan dah reti baca.. tadi tu Tiqah tak faham makna yang Tiqah baca tu.. Bila cikgu tanya, Tiqah pun jawab la, "Saya tak tau".

Ibu : Ok, nanti ibu nak tengok apa dia yang Tiqah tak faham tu..

Tiqah : Pagi tadi pulak masa kat madrasah baru (transit), Tiqah sedih sebab kawan-kawan main cikgu-cikgu tapi tak bagi Tiqah main sekali.. Tiqah pun nangis senyap-senyap sampai keluar air mata.. Cikgu tanya kenapa Tiqah menangis? Tiqah pun lap air mata Tiqah sampai bersih.. Cikgu pun kata nanti nak kena orang yang buat Tiqah tu..

Ibu : Hmmm.. kesian Tiqah..

Tiqah : Tu la.. hari ni adalah hari yang teruk..

Ibu : Terukkk?

Tiqah : Ya la, pagi Tiqah menangis sebab kawan tak nak bagi main sekali, petang Tiqah sedih kena marah dengan cikgu. πŸ˜­πŸ˜”

Ibu : InsyaAllah semua akan ok. Kena rajin belajar dan banyak baca supaya apa yang dibaca tu Tiqah boleh paham.

Tiqah : Ibu, kadang-kadang Tiqah mimpi buruk..

Ibu : Mimpi buruk? 😨

Tiqah : Tiqah jadi askar, pakai kasut, tudung, stokin, senapang.. pastu naik van nak tembak zombie..

Ibu : Macam maner rupa zombie tu?

Tiqah : Macam-macam, berdarah-darah tapi dah mati.

Ibu : Kalau dah mati, kenapa nak tembak lagi?

Tiqah : yang mati tu orang lain, belum jadi zombie.. kena tembak-tembak banyak kali.. yang mati Kakak Tipah dengan Hakim... tinggal Tiqah dengan Aqil je.. pastu naik kereta laju-laju sebab banyak zombie kejar.. zombie tu kecik je.. kanak-kanak.. pastu ada raksasa besar.. Tiqah tembak banyak kali sampai mati.. .. pastu bawak Kakak Tipah dan Hakim pergi hospital.. tapi Tiqah takut kalau doktor pun dah jadi zombie.. tapi tak jadi sebab doktor ada pistol.. Tiqah cakap terima kasih kat doktor sebab bagi ubat supaya Tiqah ok lepas kena gigit dengan zombie besar.. darah meleleh.. pastu Tiqah pun bukak mata.. Ibu suruh mandi..

Tipah : Seramnya kakak dengar 😱😰😰

Ibu : πŸ˜›



Nota :

1.Terhibur mak ko sambil terbayangkan rupa zombie.


2. Adaptasi cerita 'Train to Busan' gaknya.



3. Kalau diasah bakatnya, boleh jadi pelapis Harith Iskandar ni.

4. Terkedu Kakak Tipah kerana wataknya ditamatkan awal πŸ˜‚





Ahad, 1 April 2018

Essential Oils Diffuser

Assalamualaikum

Jumpa lagi.. Alhamdulillah..
Semalam Mac, hari ni dah April.. sekejap lagi habis dah tahun 2018.. gitu la seterusnya.. 

Kalau korang perasan, ada aku bgtau yang sekarang aku dah terjebak dengan essential oil @ minyak pati kan? Kiranya aku dah jadi 'orang minyak' yang kaler kulit tak berubah tetapi warna botol minyak tu je yang ada macam-macam kaler.. πŸ˜†

Bila dah beli sebotol atau sejenis, jadi teringin nak beli jenis yang lain plak.. bila dah banyak jenis, kita nak jadikan dia sejenis, kena la campur-campurkan minyaknya.. omputih kata kita 'blend'.. korang jangan susah hati la kalau tak de 'blender'.. yang penting ada minyak dan bekas.. settle

Essential oils ni boleh diminum, dihidu, disapu dan diudarakan.. macam-macam cara.. ikut suka korang dan ikut la nak buat macam mana gaya sekalipun.. cuma jangan ikut hati nanti mati, jangan ikut rasa nanti binasa.. terikut-ikut yang baik tu bagus.. dan korang akan jadi ikutan ramai (idola).. gitewwwwwya

Sambung semula... fokus..

Aku suka juga 'udarakan'.. masukkan dalam alatnya (diffuser).. letak air + beberapa titik eo yang korang nak.. 'on'kan suis.. maka baunya pun semerbak la.. best sangat.. Sekarang nikan musim batuk dan selsema bersekali demam.. makanya aku suka nak 'diffuse' minyak yang boleh membunuh bakteria supaya tidak berjangkit seisi rumah dan juga untuk melegakan batuk dan selsema tu.. InsyaAllah.. next entry kita sembang pasal minyaknya.. kali ni nak sembang pasal alat dulu..

Ada macam-macam diffuser.. korang tanya abang long Google.. insyaAllah macam-macam rupa ada.. antara yang aku suka adalah Gentle Mist Diffuser.. ianya ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.. guna tiga bateri saiz AAA.. tak perlu wayar-wayar bagai..

Korang tengok kat sini :


Ada juga jenis lain.. best juga.. ikut la kesesuaian korang.. 

Nanti-nanti aku tepek gambar ya..

Tara ting ke ting!


Sabtu, 31 Mac 2018

Happy anniversary to us!


Alhamdulillah.. Allah beri kekuatan untuk menulis kali ni.. lamanya ko dibiarkan tergantung sepi wahai blogku! Sebelum mula menulis tadi, aku baca entri yang lama.. rasa terharu πŸ˜… sangat sebab blog ni dah nak masuk Darjah Empat tapi masih dok tang tuuuuu jugak.. Namun, biar terlambat jangan terus berkubur..

Dahsyat intro.. tak masuk dengan tajuk.. sebabnya nak pikir tajuk pun naik migrain.. kena asah balik bakat menulis.. mungkin kena tukar batu asah yang lebih moden dan memudahkan.. apa pun syukur.. tak terhitung nikmat Allah pada kita semua.. dan aku pun terkejut kerana tahun yang ke 15 ulang tahun perkahwinan kami, CK yang ingatkan aku dulu! Perghhhhh... mungkin kejadian seperti ini berlaku setiap 15 tahun.. hahaha.. apa pun syukur..😊

Selalunya kami sambut dengan makan malam di luar.. tak yah hias-hias atau surprise bagai.. seronok juga.. so kurang sakit jantung sebab tak da insiden 'tanjat gegirl'.. hahaha.. bila CK ingat tu yang aku agak terperanjat.. awal-awal kahwin macam nak merajuk sebab birthday aku pun CK tak ingat.. lama-lama aku ok dah.. tak kecik hati dah.. jaga je saiz hati seperti sedia kala.. alhamdulillah πŸ’—

Perkahwinan ni pada aku macam satu subjek yang mana kita kena belajar untuk bertoleransi dengan perbezaan pendapat dan budaya, menghargai persamaan minat maupun ideologi, berkongsi rasa, rahsia, tanggungjawab, suka, duka, masam, masin, manis dan macam-macam lagi 😎.. mudahan kami diizinkan Allah untuk dapat mengharungi hari tua bersama (sekarang pun dah tua juga sebenarnya cuma belum pencen lagi kira belum tua sangat la kannn?). Anak-anak semakin membesar, begitu juga dengan saiz badan kami yang mana menunjukkan bahawa 'we are enjoying each other very much'! Korang kena faham sendiri la ya apa yang tersurat dan tersirat.. sekarang budak Darjah 1 pun dah belajar apa maksud yang tersurat atau tersirat dalam pantun 4 kerat.. kalau korang tak tau.. kerat je kuku bila tiba hari Isnin, Khamis atau Jumaat.

Atif dah 14 tahun dah tahun ni, Atifah pulak 11 tahun dan Atiqah nak masuk 8 tahun.. korang kira la ya.. masa aku stat blog ni.. Atiqah tu tak da dalam senarai lagi.. itu bermakna blog aku dah lebih 8 tahun.. ok, ni subjek Matematik plak.. contoh soalan KBAT 😍

Esok dah stat musim peperiksaan untuk Sesi Disember 2017..jadi anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala? Ada nampak mummy happy? Apapun didoakan semua yang terlibat akan berjaya dan berjalan lancar.. InsyaAllah πŸ’ͺ

Nanti kita sembang lagi ya! Idea oh idea.. sila berbuat baik dengan saya ya.. 

Tara ting ke ting!






Khamis, 2 November 2017

Cabaran

Assalamu'alaikum..

Dah masuk bulan November dah kita.
Maksudnya, dah nak habis pun tahun 2017.
Semakin dekat dah dengan tahun 2020.. apatah lagi dengan kematian πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“ 

Dulu-dulu, rasa macam lama lagi je 2020 ni.. masa tu keluar soalan dalam subjek 'Public Sector Accounting' pasal Wawasan 2020.. aku kena hafal la kan 9 cabaran yang perlu dilaksanakan untuk mencapai wawasan tu.. kalau tak, tak lulus la aku subjek tu.. antara yang aku ingat adalah untuk menswastakan banyak syarikat milik kerajaan atas tujuan untuk mengurangkan tanggungan kerajaan.. lebih kurang begitulah maksudnya.. 

Namun sekarang usah ditanya lagi pasal cabaran-cabaran tu.. dan jangan sesekali mencabar aku untuk menghafalnya.. walaupun aku mungkin rasa tercabar namun aku biarkan sahaja cabaran itu berlalu begitu saja.. Semuanya atas faktor-faktor penuaan yang semakin ketara..  😎

Sebenarnya bukan apa.. sekarang ni aku sedang berhadapan dengan cabaran membesarkan anak-anak di zaman yang serba mencabar ini.. zaman pasak mungkar.. 
Cabaran ni bukan ada 9 saja.. banyak dan pelbagai.. disedari mahupun tidak.. juga berbeza mengikut anak..

Namun yang perlu kita ingat.. walaupun zaman kita dan anak kita sangat jauh berbeza cabarannya.. namun cara pendekatan dan penyelesaiannya tetap sama.. solat, Al-Quran & Sunnah. Kita kena banyakkan berdoa untuk keluarga & ummat. InsyaAllah. Doa itu juga akan berbalik pada kita. 

Mengaku sajalah kita adalah hamba Allah yang tiada daya upaya supaya kita dapat hindarkan diri dari sifat ujub, riak, takabbur, bongkak dan lain-lain sifat mazmumah. 

Peringatan untuk aku juga πŸ˜…





Selasa, 24 Oktober 2017

Grapefruit -Young Living Essential Oils


Aku dah terjebak!!!
Boleh dimakan, disapu di badan & dihidu (guna diffuser atau secara terus)!
Macam-macam ada!!
Ini salah satunya... Grapefruit!!
jom semak..

😊😊






macam best kan? memang best.. cuba la!




Selasa, 17 Oktober 2017

Peristiwa Hari Ini 171017


Assalamualaikum semua
Salam Selasa sempena esok kita bercuti
Rasa janggal juga nak menulis sebab lama terhenti
Janji nak sambung cerita hari raya AidilFitri namun janji dicapati
raya Aidil Adha sudah pun berlalu namun cerita masih belum basi.. hihi
Aku perlukan motivasi 
untuk terus berkongsi
dengan kamu apa yang boleh dikongsi

Oleh itu, kita cerita la peristiwa yang masih segar di hati
yang baru selesai saja petang tadi

Hari ini aku mendapat ilmu baru.. hohoho.. betul la.. bila kita belajar rupanya banyak benda yang kita tak tahu walaupun ianya di depan mata..
Aku dah kenal dengan Microsoft Word ni sejak tahun 1996 lagi.. namun rupanya aku masih di takuk 5% yang guna manual tuuuu... namun aku percaya ianya masih belum terlambat untuk aku terus meneroka Ms Word.. aku malu dengan diriku sendiri.. 

Secara ringkasnya, hari ni aku belajar 'Ms Word for Thesis Writing'.. teruja dan sangat bermanfaat.. InsyaAllah akan terus digunapakai supaya tidak lupa dan melekat di ingatan.. (sebelum ni menulis untuk buku teks aku masih gunakan cara yang 'old school' tu.. huhu)

Penceramah jemputan adalah dari UiTm Pulau Pinang, Encik Saifulnizam bin Abu Bakar.. sangat tinggi ilmunya.. Anda boleh undang beliau ke tempat anda sekiranya ingin belajar lebih mendalam lagi mengenai Ms Word.

Jangan jadi seperti aku, jadi katak di bawah tempurung.
Selepas kursus tadi, baru rasa yang sekarang ni duduk dalam tempurung kaca.. hehehe.. 'upgrade' sikit tempurung tu..



Boleh teka kot penceramah yang mana satu kan?

 



Khamis, 13 Julai 2017

Syawal 1438 Bahagian 1


Assalamualaikum semua
Selamat Hari Raya, maaf zahir batin..
Moga Allah menerima amalan kita dan supaya pengakhiran kita dengan khusnul khotimah.. InsyaAllah

Apa cerita raya anda?
Alhamdulillah.. tahun ni giliran beraya di Johor dulu dan pada raya ketiga kami bergerak ke Kelantan pula. Syukur sebab berpeluang untuk berkhidmat dengan ibu bapa juga berjumpa dengan sanak saudara. Harga minyak pun turun banyak maka boleh la kita meronda lebih jauh. Hihi

Kita cerita raya la dulu.. lama tak sembang dalam ni.. rasa macam semacam la pulak.. hahaha.. sungguh pun lama tidak meluah rasa di sini.. blog ni tetap di hati aku.. banyak benda nak dikongsi tapi bila aku pegang keyboard, idea terus beku.. nampak sangat tak berbakat nak jadi 'keyboard warrior'.. hahaha

Persiapan raya aku dah buat awal iaitu sebelum puasa.. tempah baju anak-anak seawal bulan 2 lagi, baju raya aku pakai baju kerja yang boleh match kaler dengan baju anak-anak.. azam tak mo beli kuih tapi tak mo buat juga.. macam maner tu? Macam maner nak ada kuih raya kalau macam tu? Tetapi azam tak mo buat je yang dapat dicapai manakala azam tak mo beli kuih telah bertukar kepada kurangkan kuantiti belian namun tetap dibeli.. hahaha

Rumah pulak.. aku masih kekalkan konsep yang sama setiap hari.. tiada berbeza raya ataupun tidak.. bagi kemas dan lapang macam biasa.. tiada hiasan lampu lip lap di waktu malam.. senang cerita memang tak da beza la..

Pagi-pagi Khamis 22/6/2017 tu, ambil Atif kat madrasah.. basuh segala kain baju kotor Atif.. kita tunggu kering dulu.. kemas sikit-sikit.. lepas zohor kami pun bertolak balik ke Johor.. singgah buka puasa kat rumah adik CK.. then dalam pukul 10 malam teruskan perjalanan ke Johor.. alhamdulillah sampai rumah mak aku pukul 1 pagi.

Sambung nanti..


p/s: Hari ni cukup 9 tahun abah aku meninggal.. Al-Fatihah untuk abah.





Khamis, 5 Januari 2017

Atiqah di tahun 2017




Hari pertama ke sekolah.. Tahun ni dah masuk Darjah 1.. 
how time flies..
Dalam blog ni, gambar sewaktu berusia 4 bulan.. tahun ni dah 7 tahun..
Alhamdulillah
Moga Atiqah sentiasa di bawah redha Allah selalu, 
dilapangkan dada dalam menerima ilmu, 
dapat memberi manfaat pada semua,
dipelihara dari sebarang musibah,
cemerlang dan berbahagia dunia akhirat.
Ammiinn.


Rabu, 14 Disember 2016

BERBAHAGIALAH BAGI ANDA YANG SELALU RAJIN SOLAT DHUHA


Pertama : 
Orang yang solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah. "Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha nescaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”(HR. Turmudzi)

Kedua :
Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah. "Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.” (HR. Hakim).

Ketiga : 
Orang yang menunaikan solat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah. "Barangsiapa yang solat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai. Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah.
Barangsiapa yang mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu.
Barangsiapa mengerjakannya lapan rakaat, maka Allah tulis dia sebagai orang yang taat.
dan barangsiapa yang mengerjakannya dua belas rakaat, maka Allah akan membangun sebuah rumah di syurga untuknya.”(HR. At-Thabrani).

Keempat : 
Orang yang istiqamah melaksanakan solat Dhuha kelak ia akan masuk syurga menerusi pintu khusus Dhuha yang disediakan oleh Allah. "Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru, ‘Di manakah orang-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.” (HR. At-Thabrani).

Kelima : 
Allah mencukupkan rezekinya. "Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, nescaya Aku (Allah) akan mencukupimu di akhir harimu.”(HR. Abu Darda`).

Keenam :
Orang yang mengerjakan solat Dhuha ia telah mengeluarkan sedekah. “Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab tiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat solat Dhuha.” (HR Muslim).

Ya Allah mudahkanlah kami untuk selalu mengamalkan solat dhuha.

JOM KITA PAKAT2 SOLAT DHUHA

Moga Allah menerima solat dhuha & memaqbulkan doa kita serta istiqamah dalam beramal..
Aamiin.




Khamis, 1 Disember 2016

Contoh amal tanpa ilmu!


Assalamualaikum..

Hari ni tergodek-godek blog aku yang terbiar sepi.
Kemaskan sikit sawang yang ada.
Edit settings.
Baru ku tahu kenapa signature tak keluar hari tu.. hahahahaha.. itulah kesan bila ingin berblog tetapi kurang ilmu dalam teknologi.. dah tak bertanya.. maka sesat la ko di dalam hutan belantara. 

Ok.. sekarang sudah kembali ke pangkal jalan.. 
Hasil godekan berjaya.
Moralnya, bacalah apa yang telah dipaparkan di depan mata.
Bukan asyik klik 'ignore' je.
hahahahaha... padan muka aku.

Minggu ni dah bermula semester baru... 
Baru je habis semester, dah mula semester baru.
Mari kita berlapang dada.
Curahkan ilmu.
Sebabnya, dulu aku juga yang sibuk cari kerja.
Syukur banyak, Allah akan tambah lagi nikmat. InsyaAllah.


Calculator dah habis bateri. 
Hmmmm... nak beli bateri saja ke atau kita beli calculator yang baru?
 Ini contoh soalan kemahiran berfikir aras sederhana.
Sila buat pilihan anda beserta alasan.

Jumpa lagi!







Bahaya Vape





Selasa, 16 Ogos 2016

Lamanya...


Lama dah tak bukak blog (sekarang banyak bukak buku teks anak dan mak)
Lama dah tak baca blog (sibuk kengkonon baca artikel)
Lama dah tak menulis di blog (perasan sibuk)
Lama dah tak kopek ikan bilis (macam gambar di bawah - selalu beli yang dah siap bersiang ja)
Lama dah tak gunting lada (guna cili giling ja)
Maksudnya...
aku dah jadi orang yang makin lama (anak pun dah makin membesar)
dan tak lama dah nak tinggalkan dunia
Matlamat kita adalah akhirat..
Bersediakah kita?



gambar lama (2011) dan terkini (Julai 2016)


nota kaki : Lama dah juga blog ni beroperasi walaupun tenggelam timbul, signature pun tak boleh appear dah.. huhuhuhuhu


Asyhabul Kahfi


Selasa, 12 Julai 2016

Rabu, 4 Mei 2016

Kisah rumah tangga





Hmmmmm... dulu aku pun sependapat dengan ayat-ayat kat atas tu..
Aku hairan dan berkata dalam hatiku; "Kenapa la mereka tak sempat kemas rumah?". "Kenapa la dia suruh suami dia basuh berak anak?"

Sekarang ni aku pulak hairan "Macam mana mereka boleh kemas rumah dengan anak yang ramai dan mereka juga bekerja". Persepsi aku turut berubah apabila kita sudah berada dalam kasut mereka.

Awal-awal kahwin aku memang rasa nak jadi isteri yang boleh settle semua kerja rumah tanpa bantuan suami dan juga pembantu rumah.. biar suami gembira dan bangga ada isteri macam aku... kikiki... itu dulu..

Sekarang rasa macam tak cukup kaki tangan nak settle kerja rumah (Astaghfirullahal'azim).. langsung tak rasa bersalah kalau CK tolong vakum rumah... hahahaha.... sangat berterima kasih dan bersyukur kerana memahami.. 

Kalau aku basuh dan jemur kain.. CK tolong angkat dari ampaian.. sebabnya aku pernah merengek mintak dryer tetapi telah ditolak 200%.. kalau musim hujan.. aku basuh baju kat rumah dan pergi 'dry' kat kedai dobi.. kurang stress.. balik boleh terus lipat dan tak nampak kain baju yang tak kering... tu baru bab kain baju..

Image result for rumah tangga

Bab anak-anak, CK tak berapa nak reti sangat. Aku ok je sebab banyak hal lain CK dah tolong. Bila anak dah besar sikit, CK berani la bawak jalan tanpa aku.. ronda-ronda naik motor. 

Tang sampah sarap plak.. CK akan tolong pungut sampah dari semua tong-tong sampah yang ada dan tolong buang ke tong sampah besar di hujung kampung.. dan aku tolong ganti plastik sampah dalam tong sampah..

Bab masak-memasak, CK memang lebih handal.. makanya urusan makan minum banyak yang CK tolong settle.. aku tolong kemas dapur.. CK yang akan ke pasar untuk beli barang dapur dan aku tolong siang dan simpan dalam peti ais. Aku mengaku memang tak pandai membeli barang dapur sebab mungkin telah dimanjakan oleh CK tapi............ aku pandai membeli di pasaraya... hihi.. itu kenyataan yang dibuat oleh CK.. pada aku ok la kan.. ada gak pandainya.. 

Tolak ansur tu penting. Saling mengimbangi dan melengkapi. InsyaAllah kita tidak rasa terbeban atau terbelenggu dengan perkahwinan. Orang lelaki kena sediakan juga telinga untuk dengar cerita isteri masing-masing. Dunia orang perempuan selepas berkahwin adalah banyak bertumpu kepada keluarga. 

Moral daripada kenyataan saudari di atas tu, kalau anda rasa ok dengan perjalanan rumah tangga anda, teruskan. Setiap pasangan berbeza perjalanannya. Yang penting anda dan pasangan bersetuju dengan kaedah yang digunakan dalam melayari rumahtangga. Oleh itu, tak perlu la hairan kenapa isterinya begitu, suaminya begini. (Peringatan untuk aku juga.)

Sekian, moga bahagia milik kalian hingga ke Jannah Allah. Aammiinn. 






2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  πŸ˜‚ entri terakhir pasal...