Ahad, 26 April 2015

Siapa penegur terbaik anda?

Salam sayang beribu-ribu sayang..
Moga Allah beri hidayah kepada kita semua..
Satukan hati seluruh ummat..
Percaya dan yakin hanya pada janji Allah saja..

Peringatan untuk diri sendiri, keluarga dan semua.
Moga Allah beri kita kekuatan untuk terus beramal dan berakhlak mulia.
Amin..

Hari ni saja nak sembang pasal 'penegur'..
Kadang-kadang kita sangat akrab dengan seseorang tetapi kita tak berani nak tegur akan kekhilafan kawan kita tu. Sebab apa? Mungkin sebab kita rasa kita bukan penegur yang baik sebab sang kawan sudah bersuami dan beliau mempunyai sahabat susah senang bersama dan jika ditegur oleh si suami, mungkin beliau akan mendengar dengan hati yang lapang.

Itu pandangan aku. Mungkin sesuai untuk aku tetapi belum tentu sesuai untuk kalian. Dan itu juga yang dimaklumkan oleh CK kepada aku. Sejak berkahwin, memang CK la kawan rapat aku yang serapat-rapatnya dan penegur aku yang terbaik. Penegur yang terbaik yang dimaksudkan ialah kita tidak berdendam dengan beliau apabila beliau menegur kita dengan cara yang berhemah dan kita ambil positif dari teguran tersebut.

Pendek cerita.. pernah berlaku kepada aku, seorang sahabat yang agak sibuk dengan kerjanya hinggakan beberapa pelajar mengadu kepada aku dan minta untuk aku mengajar semula beberapa topik yang mereka tidak faham di dalam kelas sahabat tadi. Aku ok je. Kebetulan pelajar tersebut di bawah penasihatan akademik aku. Sampai satu ketika, apabila sahabat tadi dicerap pengajarannya dan pelajar memberi komen yang pada aku sangat keterlaluan. Laporan tadi sudah sampai ke pihak pengurusan. Aku merasa kasihan dengan sahabat tadi kerana pelajar sedang marah dengan beliau. Aku pujuk pelajar berkenaan dan beritahu pada mereka, "Sebenarnya, semua ini rezeki awak. Kadang-kadang Allah beri kita ujian dalam pelbagai bentuk untuk kita belajar cara mengatasinya. Sekarang anda semua di institusi pengajian tinggi yang mana pengajaran berpusatkan pelajar, Usaha perlu lebih di pihak awak. Banyak cara untuk belajar dan bukannya dengan bergantung kepada penerangan pensyarah". Ok.. cukup setakat tu dan aku pesan dengan pelajar agar tidak dipanjangkan hal ini.

Aku sembang dengan CK seorang tentang perkara ni dan menyatakan aku kasihan dengan si sahabat. Tak mahu ada tindakan yang boleh menjejaskan kerjaya beliau. Aku pun bukan la bagus. Aku mengaku tak cukup kekuatan untuk bersembang sendiri dengan beliau. Namun aku sentiasa mendoakan agar si sahabat tau apa yang berlaku dan berbuat sesuatu untuk memperbetulkan keadaan. Rupanya CK mengambil inisiatif dengan memberitahu suami si sahabat agar memberitahu isterinya tentang perkara tersebut di atas. Aku terlompat ngeri bila CK bagitau aku yang dia dah bagitau si suami sebab pada CK suami adalah penegur terbaik buat si isteri. Dengan lain maksud, isteri mesti la taat dan dengar nasihat suami. Oh!

Dan... si suami tadi sudah menegur si isteri. Namun si isteri telah mencanang kepada rakan-rakan dengan menuduh bahawa ianya disebarkan ke jabatan lain hingga sampai ke pengetahuan suaminya. Aku senyap je la.. mungkin beliau tak boleh terima dan aku tak sebarkan pada sesiapa pun, Aku buat kerana Allah Taala sebab aku sayang si sahabat tadi. Walaupun si sahabat menempelak dengan mengatakan 'ada orang perasan bagus' dan sebagainya. Aku gembira bila si sahabat lebih berjaya sekarang kerana beliau memang layak menerimanya.


Buat masa sekarang, aku mengambil pendekatan dengan menyibukkan diri dengan kerja hakiki di pejabat. Sebarang desas desus, aku biarkan saja. Allah tau niat sebenar aku.

Penutup cerita, soalan aku untuk kalian.. "Siapa penegur terbaik kalian? Suami? Ibu? Bapa? Adik beradik? Sahabat karib?"


Moralnya : Mari kita refleksi diri kita. Kadang-kadang kita rasa terguris dan sebenarnya kita ada mengguris perasaan rakan tanpa kita sedar. Ada juga yang dibuat dengan sedar dan sengaja supaya si rakan juga rasa sakitnya tuh di sini. hihi... terpulang kepada kalian.. 

Wallahu'alam







Tiada ulasan:

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...