Jumaat, 8 Ogos 2014

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.. Maaf zahir batin

Salam sahabat.. 
Selamat Hari Raya tau.. walaupun dah banyak hari ni..
Macam maner puasa korang? Rasa macam cepat sangat berakhir Ramadhan kan.. Moga Allah izinkan kita jumpa lagi Ramadhan pada tahun hadapan..

Macam yang aku cerita hari tu.. tahun ni giliran Kelantan dulu.. makanya petang Khamis lepas habis waktu ofis kitorang pun zasssss la pulang ke Kelantan... mintak cuti sekolah sehari untuk anak-anak.. niat asal adalah untuk tidak terlibat dengan jem.. Alhamdulillah Allah izinkan..

Raya kali ni meriah di kedua-dua tempat iaitu Kelantan dan Johor sebab adik beradik kitorang semua ada.. Syukurnya.. Moga semua ahli keluarga rasa seronok untuk berkumpul sekali sekala.. Penat tu jangan cakap la kan.. aku tak keluar dapur tau.. tapi sangat berbaloi sebab setahun sekali je berkumpul ramai-ramai macam tu.. tu pun belum tentu lagi... pastinya yang gembira mestilah ibu bapa kitakan..

Aku stay kat Kelantan sampai raya kedua then kami bergerak ke Johor.. (cuba korang kira berapa hari aku kat Kelantan : dari Khamis hingga Selasa = 5 hari). Dari Kelantan kitorang ikut Terengganu dan masuk ke Lebuhraya Pantai Timur... exit kat Paka dan berhenti rehat kat Masjid Padang Kubu, Kemaman, Terengganu. Aku suka suasana masjid tu.. banyak kemudahan disediakan. Macam tempat rehat dan rawat kat lebuhraya tu.. Masjid tu sediakan banyak wakaf, kitorang makan la bekal kitorang. Siap boleh basuh pinggan, mandi manda dan solat jemaah.. Sangat berpuas hati.. Syukur. Korang tak percaya? Cubalah pergi.. Tahniah pada penduduk kampung tu la.. Aku tak sempat nak ambil gambar tapi memang dah dua kali aku singgah.. pada aku masjid tu sangat mesra rakyat dan alam.. patut dicontohi oleh kariah masjid lain dan kita sebagai tetamu pun perlu turut sama menjaga kebersihan serta menyumbang dana untuk pihak berkenaan mengekalkan suasana bersih dan damai yang sedia ada.

Haaaa.. ni gambar masjid tu.. aku mintak jasa baik encik google.. wakaf dan tandas dibina berasingan dengan bangunan masjid (tiada dalam gambar).

Masjid Padang Kubu

Nanti sambung lagi la eh.. 




Tiada ulasan:

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...