Jumaat, 30 Mei 2014

Bagaimana boleh mampu jika kita tidak usaha menuju ke arah mampu?

Cerita ni aku salin dari facebook.. mohon baca dan hayati..


SEMOGA CERITA INI MEMBERI KESEDARAN PD KITA.

SUATU HARI SEDANG SAYA MEMBERSIHKAN HALAMAN, LALU SEORANG PENJUAL LAKSA BERAS, MENAIKI MOTOSIKAL MENGELILINGI KAMPUNG.

OLEH KERANA MATAHARI TELAH MAKIN MERENDAH SELEPAS ASAR, SAYA PUN BERHENTI REHAT.

APABILA NAMPAK PENJUAL LAKSA BERAS LALU, SAYA PUN MEMANGGIL UNTUK MERASA LAKSA BERASNYA.

SETELAH MEMESAN DAN MEMBAYAR HARGA BAGI 5 BUNGKUS LAKSA BERAS, SAYA MELIHAT PENJUAL ITU MEMBAHAGIKAN DUIT YANG SAYA BAYAR KEPADA 3 TEMPAT.

DUIT ITU DI BAHAGI 3, 1/3 KE DALAM DOMPET, 1/3 KE DALAM LACI DUIT DAN 1/3 KE DALAM BEKAS SEPERTI TABUNG.

MELIHAT KEADAAN ITU, MENJADIKAN SAYA TERUJA INGIN TAHU KENAPA DUIT-DUIT ITU DIASINGKAN.

MAKA TERUS SAYA BERTANYA, “PAK CIK KENAPA PAKCIK ASING-ASINGKAN DUIT TERSEBUT?”

PAKCIK ITU PUN MENJAWAB, DUIT YANG MASUK DOMPET DIGUNAKAN UNTUK PERBELANJAAN PERNIAGAAN DAN KELUARGA, DUIT YANG MASUK TABUNG UNTUK SIMPANAN PENYEMPURNAAN AGAMA DAN DUIT YANG MASUK LACI UNTUK INFAK.

"DALAM SETIAP REZEKI YANG KITA PEROLEHI, ADA HAK ORANG LAIN JUGA

WALAUPUN SIKIT, KITA WAJAR BERBAGI SAMA.

SAYA MENGILIRKAN WANG ITU ANTARA BEBERAPA SURAU DAN MASJID.

ATAU UNTUK RUMAH ANAK YATIM JUGA.

SELAMA LEBIH 20 TAHUN SAYA BERNIAGA LAKSA BERAS, DARI BERBASIKAL, SEKARANG SUDAH BERMOTORSIKAL, SETIAP TAHUN SAYA DAPAT MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN WALAU PUN CUMA 1 EKOR KAMBING YANG SEDERHANA BESAR.

ALHAMDULLILAH, SARANAN AGAMA, WALAUPUN SUNAT, IA DAPAT DILAKUKAN.

SETIAP HARI SAYA MULA BERNIAGA DARI PUKUL 11.00 PAGI.

APABILA TIBA DIMANA-MANA KAMPUNG, MENJELANG WAKTU SOLAT SAMADA ZOHOR ATAU ASAR, SAYA AKAN BERHENTI UNTUK SOLAT BERJEMAAH DI MANA –MANA MASJID/SURAU KAMPUNG BERKENAAN.

SAYA TIDAK AKAN LUPA MEMASUKKAN SEDIKIT HASIL JUALAN LAKSA BERAS INI KE TABUNG MASJID/SURAU WALAUPUN SEDIKIT.

WALAUPUN CUMA MENJUAL LAKSA BERAS, SAYA TETAP DAPAT MENGERJAKAN SOLAT DI AWAL WAKTU SECARA BERJEMAAH .

DAPAT MENGINFAK WANG HASIL JUALAN LAKSA BERAS UNTUK DIKONGSI DENGAN ORANG LAIN.

SAYA SUKA BERNIAGA MENGELILINGI KAMPUNG DAN BERHENTI SOLAT DI MANA-MANA SURAU ATAU MASJID YANG DITEMUI MENJELANG WAKTU SOLAT.

SAYA PERNAH DENGAR TUAN GURU KATA, NANTI DI MAHKAMAH AKHIRAT, BUMI DAN HARI AKAN MENJADI SAKSI.

MAKA NANTI BUMI AKAN BERKATA, SI POLAN PERNAH SOLAT DI SINI, DISINI, DI SINI.

HARI ISNIN SIPOLAN SOLAT DI MASJID INI, HARI SELASA SI POLAN SOLAT DI SURAU INI.

DAN SETERUSNYA...

SAYA TIDAK KAYA, TIDAK PUNYA HARTA YANG BANYAK UNTUK MELAKSANAKAN WAKAF, NAMUN SAYA TETAP BERSEDEKAH IKUT REZEKI YANG ALLAH BERIKAN KEPADA SAYA SETIAP HARI.

DUIT DALAM TABUNG PULA SEBAGAI SIMPANAN UNTUK MENYEMPURNAKAN RUKUN ISLAM.

ISLAM TERDIRI DARI 5 RUKUN, MENGERJAKAN HAJI ADALAH RUKUN KE 5.

ADAKAH SOLAT ITU SEMPURNA JIKA RUKUNNYA TIDAK SEMPURNA?

SAYA MERASAKAN ISLAM SAYA TIDAK AKAN SEMPURNA JIKA RUKUNNYA SAYA TIDAK SEMPURNAKAN.

OLEH ITU SAYA MAHU BERUSAHA MENYEMPURNAKAN RUKUN ISLAM KE 5 IAITU MENGERJAKAN HAJI.

JIKA TIDAK MENABUNG, BAGAIMANA MUNGKIN SAYA DAPAT MENGERJAKAN HAJI KERANA IA MEMERLUKAN BIAYA YANG BESAR?"

TERPEGUN SAYA DENGAN JAWAPAN YANG DIBERIKAN OLEH SEORANG PENJUAL LAKSA BERAS INI.

SEORANG PENJUAL LAKSA BERAS, MEMPUNYAI MISI DAN VISI YANG JELAS SEBAGAI SEORANG ISLAM.

“PAKCIK, BUKANKAH MENGERJAKAN HAJI BAGI YANG MAMPU SAJA, JIKA TIDAK MAMPU KITA TIDAK DITUNTUT UNTUK MENGERJAKANNYA.”

“BAGAIMANA BOLEH MAMPU JIKA KITA TIDAK USAHA MENUJU KE ARAH MAMPU?

JIKA TIDAK MENABUNG, BAGAIMANA MUNGKIN AKAN MAMPU MENGERJAKAN HAJI SUATU HARI NANTI?

MAMPU ITU KITA SENDIRI YANG TENTUKAN.

ADAKAH SELAMANYA KAMU MAHU HIDUP MISKIN JIKA KAMU TIDAK USAHA MENJADI KAYA DENGAN MENABUNG SEDIKIT-SEDIKIT MENGUMPUL MODAL BAGI MELUASKAN PERNIAGAAN?”

MASYAALLAH, BEGITU JELAS SEKALI FIKIRANNYA TENTANG MAKSUD MAMPU.

TERSENTAP HINGGA HUJUNG HATI BILA MEMBANDING DIRI INI DENGAN PAKCIK YANG HANYA MENJUAL LAKSA BERAS BERMOTOSIKAL MENGELILINGI KAMPUNG.

MUKA SAYA BAGAI DITAMPAR-TAMPAR KERANA BERILMU TETAPI TIDAK BERAMAL.

SIAPA YANG SANGKA DAN AMBIL PEDULI AKAN KEJERNIHAN FIKIRAN PAKCIK DALAM MELAKSANAKAN SYARIAT AGAMA ISLAM INI???

KISAH INI SAYA ABADIKAN BAGI MENGINGATKAN KEPADA KITA TENTANG SATU CONTOH DAN TAULADAN YANG BAIK YANG WAJAR KITA JADIKAN PEDOMAN...


#SHARE KEPADA RAKAN-RAKAN UNTUK DI FIKIR-FIKIR KAN


Alhamdulilllah.. moga cerita di atas dapat kita jadikan motivasi kita dalam mempersiapkan diri ke alam akhirat.

Sekarang nak kongsi dengan korang kisah benar aku pula..

Pada suatu hari, aku bawa mak aku pergi berurut dengan seorang makcik. Dalam masa tu, aku dan mak aku pun bersembang-sembang dengan makcik tu. Kebetulan makcik tu baru balik dari menunaikan haji di Mekah. Makcik tu pesan dengan mak aku, duit simpanan dalam Tabung Haji jangan sesekali bagi anak pinjam sebab nanti susah diorang nak bayar balik. Makcik kumpul duit hasil mengurut untuk pergi ke Mekah. Pesan makcik tu buat aku tersentak. Aku yang kerja makan gaji pun tak usaha macam makcik tu. Aku pun azam dalam hati dengan tekan nafsu untuk beli rumah, beli kereta besar, beli pinggan mangkuk dan benda-benda mahal maupun melancung ke luar negara. Sebab aku yakin bila aku dah terikat dengan bayaran bulanan yang besar mesti aku tak mampu nak menyimpan. Alhamdulillah, bila kita sudah azam dan doa, Allah akan mudahkan urusan kita ke arah cita-cita kita. Tahun 2004 aku dapat keluarkan semua duit dalam KWSP dan aku pun terus ajak CK daftar haji. 5 tahun kemudian, Allah jemput kami jadi tetamuNya. Selepas balik haji, barulah aku beli sebuah rumah kecil untuk keperluan keluarga dan pinggan mangkuk (jangan gelakkan aku ya.. he). Jadinya, bukan semua yang dapat menunaikan haji itu adalah orang yang kaya.. Moralnya.. kita sendiri yang kena berusaha untuk melayakkan diri kita sebagai 'ORANG YANG MAMPU'.

Wallahu'alam.





Rabu, 21 Mei 2014

'S'

Assalamu'alaikum!!
Moga semua sihat sejahtera dan ditingkatkan iman serta diberi kefahaman agama.. InsyaAllah..

Rasa cam lama tak jengah blog sendiri.. macam-macam aktiviti sekarang ni.. aku rasa macam aku sangat sibuk.. jadi lebih kepada perasan sibuk.. he.. CK tengah khuruj 40 hari.. makanya memang la sibuk.. tak sempat nak fikirkan rindu dendam sebab sibuk dengan kanak-kanak riang aku, kerja rumah, kerja ofis, kerja berwhatssap, kerja berwechat, kerja berline, kerja, kerja, kerja, kerja. Oh! Kata kunci kali ini adalah 'kerja'.

Sekarang ni, seawal pukul 5 pagi aku dah bangun dan tidur semula pukul 10.30 malam.. jadual penuh.. 
Dekat rumah dah rangka apa yang nak setelkan kat ofis dan kat ofis rangka pulak apa nak buat kat rumah. Aku cabar diri sendiri nampaknya. Doa dan doa mohon kekuatan dari Allah. Alhamdulillah, kurang komplen di mulut maupun dalam hati (errrrr... tapi nak gak cerita dengan korang.. CK tinggal 8 hari je lagi sebenarnya.. tu yang aku rasa semakin bersemangat... hahaha)

Ok.. tadikan cam perasan sibuk.. bila balik rumah je kena selesaikan keperluan kanak-kanak sekalian.. selalunya memang aku masak satu lauk je.. all in one.. sayur, buah dan ayam/daging/ikan dijodohkan dalam satu kuali.. hahaha..

Aku nak kongsi dengan korang satu resipi mudah.. sedap, senang dan segera (3S). Sesuai untuk minum petang ataupun bekal sarapan pagi anak-anak ke sekolah. Terima kasih kepada yang berkongsi idea ni.

Tengok gambar bawah. Biarlah gambar yang berbicara ya. Isi/intinya korang boleh ikut macam karipap atau sandwich atau ikut suka hati la.





Amacam? Nampak mudah je kan? Boleh terus beli roti ni.. hahaha.. intinya korang boleh guna telur hancur.. siap!

Akhir kata, S yang terakhir ialah 'Santap'.





2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...