Rabu, 26 Februari 2014

Gigi dan Masak

Di suatu hari yang hening..

Tipah : Ibu, betullah macam ayah cakap kat ibu hari tu. Kalau kita baling gigi kita yang dah tercabut kat atas bumbung rumah, nanti kita pandai masak. Tipahkan pandai masak, ibu pun pandai masak, ayah lagi pandai masak, atuk, nenek, atif, adik sampai sepupu-sepupu Tipah pun pandai masak.

Ibu : Errrr.... kakak pandai masak apa? Ibu macam tak pernah tengok kakak masak.

Tipah : Ha ah la.. Tipah pandai masak apa eh? Hari tu ayah baling gigi Tipah atas bumbung ke ayah tanam kat tanah?

Ibu : Ibu rasa cam ayah tanam la gigi kakak tu..

Tipah : (Terdiam sambil fikir apa ntah.. hahaha)

Ibu : (Gelak sakan dalam hati dan tak sabar nak cerita kat CK... hahahahahahahahha... macam-macam la)




Isnin, 10 Februari 2014

Salam Muslim

Alhamdulillah. Baru ni aku berkesempatan menonton rancangan "Salam Muslim" di  saluran 106, Astro Oasis. Sangat menyentuh hati dan kalbuku yang menganggap diri adalah Muslim sedari lahir ini. Betullah, bila Allah sayang pada hambaNya, Allah akan beri kefahaman pada agama dan kemanisan iman. 

Ok, dalam Salam Muslim tu, ada 4 orang saudara kita yang ditemuramah. Mereka adalah rakyat Britain berkulit putih. Lebih kurang 11% umat Islam di Britain adalah berkulit putih. Penghayatan mereka terhadap agama dan pengamalannya memang sangat mengagumkan. Masing-masing memperingatkan kita supaya berdakwah ikut cara Rasulullah S.A.W. 

Salah seorang dari mereka ada menyebut "Kalau anda cintakan Allah dan Rasul, kenapa tidak ajak orang lain untuk turut sama cintakan Allah dan Rasul. Macam kita makan sedap, haruslah dikongsi bersama orang lain. Dan sekarang Rasulullah SAW dah wafat, maka kita perlu meneruskan apa yang Baginda buat. Ikut Sunnah". 

Betul la, aku pun terfikir.. bila kita makan kat satu-satu kedai tu sedap, biasanya kita akan cadangkan pada kenalan kita kan.. gitulah tamsilannya. Beliau juga turut mengatakan yang sememangnya Islam tidak menggalakkan jenayah kerana bila diperhalusi setiap makhluk ada haknya yang perlu ditunaikan.

Seorang lagi menggunakan 'Speaker Corner' di London sebagai medan dakwahnya. Beliau membaca kitab Bible supaya beliau dapat tahu tentang pemahaman penganut Kristian mengenai Jesus. Di Speaker Corner, ramai yang boleh menyuarakan pendapat mereka secara terbuka tanpa ancaman. Beliau mengambil peluang bercerita tentang Nabi Isa yang dikenali sebagai Jesus oleh penganut Kristian dan turut menceritakan tentang Nabi Muhammad SAW iaitu nabi selepas Isa. Beliau juga menceritakan pengalaman beliau bersolat kali pertama yang mana beliau merasakan seperti dapat berhubung terus dengan Allah SWT. Masya Allah! Nikmatnya..

Seorang lagi saudara kita yang ditemuramah ialah bekas peragawati dunia. Alhamdulillah, beliau terus berhijab dan memperbaiki solat serta bacaan Al-Qurannya. Beliau buang kehidupan sosial beliau dan kini beliau tidak rasa ketinggalan jika tidak mengikuti aktiviti sosial. Kita di Malaysia yang aman untuk mengamalkan Islam pun kurang nampak situasi ini. Moga Allah beri keampunan kepada kita semua.

Akhir sekali, seorang aktivis Islam turut menegur tentang ramainya umat Islam yang lebih seronok bercerita tentang hebatnya Islam berbanding menunjukkan akhlak dalam Islam. Betul la.. mereka nampak dari sisi manisnya Islam dan yakin dengan janji Allah. 

Jom audit diri kita.. (audit dalaman institusi dijadualkan berlangsung pada 4-11 Mac2014.. audit dalaman diri perlu dibuat sentiasa.. oh!)




2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...