Isnin, 30 Disember 2013

Susunatur baju kanak-kanak


Cuti sekolah dah nak ke penghujungnya.. macam-macam aktiviti jugak la dapat dibuat walaupun tak banyak tapi amat menggembirakan hati aku.. hehehe.. terutamanya aktiviti mengemas kain baju kanak-kanak.. buat susun atur yang memudahkan semua pihak.. mudah dicari dan kurang semak samunnya.. idea asal aku dari gambar ni...


kemudian kawan aku cadangkan satu blog pulak.. http://susunatursioca.blogspot.com/.. kat sini macam-macam benda boleh disusunatur.. korang boleh try surf.. boleh dapat banyak idea.. dan kawan aku  dah aplikasikan.. apalagi... terus la aku teruja... hasilnya..

t-shirt Atif



baju-baju Atifah



seluar-seluar Atiqah



Alhamdulillah.. aku asingkan untuk seluar, t-shirt, baju tidur dan tuala pada setiap laci bagi setiap anak.. guna laci plastik bertingkat tu pun ok.. umur laci Atif dah nak masuk 10 tahun.. Alhamdulillah..

Next mission.. baju-baju ibu ayah plak..



Sabtu, 7 Disember 2013

Doa Penyembuh


Semua penyakit ada penawarnya kecuali mati. Oleh itu kita digalakkan agar berusaha untuk mencari penawar kepada sakit yang kita hidapi. Walau bagaimanapun, semua itu adalah usaha dan kesannya adalah atas izin Allah jua.

Contoh mudah: Orang kata amalkan habbatussauda untuk elak penyakit asma, kolesterol dan sebagainya. Oleh itu, apabila kita nak makan habbatussauda tu, bagus la kita amalkan baca 5 Bismillah supaya terputus keyakinan kita terhadap ubat dan kita masih yakin dengan kuasa Allah.


Alhamdulillah aku dapat ilmu ni masa pergi taklim tempoh hari. Mudahan apa yang kita baca dapat kita amalkan dan sampaikan kepada yang lain.




2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...