Khamis, 20 September 2012

Dahsyatnya Doa Ibu



Aku sedang menghampiri ayat-ayat terakhir dalam buku ni. Buku ni bagus untuk panduan para ibu dan juga anak. Semua orang adalah anak kepada ibu bapa kecuali Nabi Adam, Hawa dan juga Nabi Isa yang tidak mempunyai ayah.

Kata-kata yang keluar dari ibu adalah doa. Oleh itu, para ibu perlu berkata yang baik-baik kepada anak-anaknya. Ibu juga perlu mendoakan semua anaknya tanpa membezakan mereka. InsyaAllah, doa dan kasih ibu membawa ke syurga dan juga mengiringi anak sepanjang masa.

Anak juga wajib berbuat baik kepada ibu bapanya. Redha Allah adalah terletak kepada redha ibu bapa.

Oleh itu, apa tunggu lagi!




Rabu, 19 September 2012

Homestay di Pasir Gudang, Johor

Anda ingin menghadiri konvokesyen yang tersayang di Politeknik Ibrahim Sultan? Atau ingin melancong ke dalam negara sendiri seperti di Johor? Ingin penginapan yang berbaloi sebanding dengan ahli rombongan yang ramai? Boleh cuba di sini.. budget homestay.




Selasa, 18 September 2012

Haji mabrur

Doa buat semua jemaah haji 1433,

"Moga dipermudahkan Allah segala urusan dan dikurniakan haji yang mabrur. InsyaAllah."

 


Moga ada rezeki kita pula untuk ke sana. InsyaAllah.


Rabu, 12 September 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Hmmmm... rindunya dengan blog sendiri.. maklum la.. bila ada idea nak dikongsi.. masalah teknikal pula menjengah diri. Itu la kelemahan kita yang ketara. Hari Raya pun dah hampir ke penghujungnya.. aku minta maaf zahir batin atas segala  lontaran pandangan sama ada yang selari atau melawan arus. Moga ada manfaatnya. Mudahan Allah memberi kita kekuatan untuk istiqamah dalam hal-hal mahmudah dan dapat menghindari semua hal mazmumah. InsyaAllah. Hanya Allah yang kita sembah dan padaNya kita mohon segala pertolongan.

Hari raya aku kali ni ada banyak suka dan duka. Sukanya mestilah dapat berkumpul dengan adik beradik, saudara mara dan rakan taulan. Giliran kali ni di Johor dahulu dan pada hari raya ketiga baru bergerak ke Kelantan pula. Syukur Alhamdulillah. Aku dapat juga 'bereunion' dengan rakan sekolah menengah setelah 23 tahun kami meninggalkan alam persekolahan.. bersempena juga dengan anjakan 'siri' umur kami yang baru.. he.. teka teki di penghujung Syawal. Banyak iktibar yang aku dapat dari pertemuan semula kami. Moralnya, sentiasalah bersyukur dan berlapang dada dengan rezeki Allah.

Duka aku pula apabila ibu saudara CK (adik kepada bapa mertua aku) meninggal dunia pada tengah malam Sabtu 25Ogos2012 yang lepas. Pemergiannya sungguh mengejutkan kami semua kerana beliau di dalam keadaan sihat walafiat. Namun sudah sampai masa beliau dan Allah mudahkan semua urusan. Alhamdulillah. Moga Allah mencucuri rahmatNya ke atas beliau. Al-Fatihah.

Nanti kita sembang lagi ya.. InsyaAllah.. esok nak ke Universiti Utara Malaysia atas urusan kerja. (Dulu-dulu aku teringin nak masuk UUM tapi Allah izinkan aku UiTM. Tak dapat jadi pelajar UUM dapat jadi pelawatnya pun dah sejuta rahmat. He)




2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...