Hari raya aku kali ni ada banyak suka dan duka. Sukanya mestilah dapat berkumpul dengan adik beradik, saudara mara dan rakan taulan. Giliran kali ni di Johor dahulu dan pada hari raya ketiga baru bergerak ke Kelantan pula. Syukur Alhamdulillah. Aku dapat juga 'bereunion' dengan rakan sekolah menengah setelah 23 tahun kami meninggalkan alam persekolahan.. bersempena juga dengan anjakan 'siri' umur kami yang baru.. he.. teka teki di penghujung Syawal. Banyak iktibar yang aku dapat dari pertemuan semula kami. Moralnya, sentiasalah bersyukur dan berlapang dada dengan rezeki Allah.
Duka aku pula apabila ibu saudara CK (adik kepada bapa mertua aku) meninggal dunia pada tengah malam Sabtu 25Ogos2012 yang lepas. Pemergiannya sungguh mengejutkan kami semua kerana beliau di dalam keadaan sihat walafiat. Namun sudah sampai masa beliau dan Allah mudahkan semua urusan. Alhamdulillah. Moga Allah mencucuri rahmatNya ke atas beliau. Al-Fatihah.
Nanti kita sembang lagi ya.. InsyaAllah.. esok nak ke Universiti Utara Malaysia atas urusan kerja. (Dulu-dulu aku teringin nak masuk UUM tapi Allah izinkan aku UiTM. Tak dapat jadi pelajar UUM dapat jadi pelawatnya pun dah sejuta rahmat. He)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan