Rabu, 28 Disember 2011

Murtabak Singapore

Alhamdulillah. Pulangnya aku ke Johor kali ni dapat menikmati murtabak singapore yang begitu aku rindui. Terimbau nostalgia zaman kanak-kanak makan bersama keluarga. Arwah abah aku gemar bawa kami makan murtabak singapore di kedai ini. Lokasi kedai masih sama dengan 30 tahun dulu (deretan kedai bersebelahan dengan Petronas dan Sekolah Menengah Sains Tanjung Agas, Muar - 30 tahun ko.. aku pun dah tua dah.. he). Cuma papan tanda dan penebarnya sahaja yang dah berubah. Dulu lelaki sekarang perempuan.

Inilah kedainya.. bolehlah singgah andai anda berada di Tanjung Agas


Rupa murtabak singapore special.. harga RM16.. untuk dimakan bersama 4-5orang.. dicecah dengan sos yang diletakkan timun cincang.. marvellous!


Antara pelanggan yang datang ke kedai murtabak singapore tempoh hari.. he.. Atiqah dan kakak aku..




Kita boleh pilih jenis murtabak yang hendak dimakan:
1. Special - untuk 4-5 orang - RM16
2. Super - untuk 2-3 orang - RM10
3. Kecil - untuk seorang - RM6

Jom.. jalan-jalan cari makan di Tanjung Agas pula!



3 ulasan:

adarnadzmie berkata...

nape x bawa balik penang sket...kuikui...

villakesyukuran berkata...

2 minggu lps saya pekena Me Bandung Muar sebaris ngn restoran murtabak singapore ni... dulu masa kami nak balik sg rambai, abah slalu gak bwk singgah pekena.. mmg best !

Ahliacikgukhairul berkata...

normi: nti kita buat jalan2 kat situ.. best2 makanannya

villakesyukuran: betul.. kedai tu sebaris dgn kedai murtabak ni.. next time pg yg mee bandung plak..

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...