Rabu, 28 Disember 2011

Murtabak Singapore

Alhamdulillah. Pulangnya aku ke Johor kali ni dapat menikmati murtabak singapore yang begitu aku rindui. Terimbau nostalgia zaman kanak-kanak makan bersama keluarga. Arwah abah aku gemar bawa kami makan murtabak singapore di kedai ini. Lokasi kedai masih sama dengan 30 tahun dulu (deretan kedai bersebelahan dengan Petronas dan Sekolah Menengah Sains Tanjung Agas, Muar - 30 tahun ko.. aku pun dah tua dah.. he). Cuma papan tanda dan penebarnya sahaja yang dah berubah. Dulu lelaki sekarang perempuan.

Inilah kedainya.. bolehlah singgah andai anda berada di Tanjung Agas


Rupa murtabak singapore special.. harga RM16.. untuk dimakan bersama 4-5orang.. dicecah dengan sos yang diletakkan timun cincang.. marvellous!


Antara pelanggan yang datang ke kedai murtabak singapore tempoh hari.. he.. Atiqah dan kakak aku..




Kita boleh pilih jenis murtabak yang hendak dimakan:
1. Special - untuk 4-5 orang - RM16
2. Super - untuk 2-3 orang - RM10
3. Kecil - untuk seorang - RM6

Jom.. jalan-jalan cari makan di Tanjung Agas pula!



Isnin, 19 Disember 2011

Muharam vs Januari

Lama aku tidak bersiaran. He. Sibuk sikit dengan hal dunia akhirat. Kawan-kawan dok usik aku dalam ihram sebab CK sedang khuruj 40hari. Mereka sangat membantu dan Allah mudahkan banyak perkara. Alhamdulillah. Atif pulak telah selamat dijawikan. Alhamdulillah. Banyak perkara selesai.
Sebenarnya aku nak sembang yang berkaitan dengan tajuk entry kali ni. Bulan Disember dah nak ke penghujung (he.. Maknanya aku pun dah tak lama lagi boleh bertahallul). Tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya dan 2012 mulai menampakkan dirinya. Sekarang ini kita dah masuk ke Tahun baru iaitu bulan Muharram 1433 Masehi. Kita azam untuk berhijrah ke arah yang lebih baik (transformasi). Moga Allah beri kita kekuatan untuk terus melakukan kebaikan dan merasai kemanisan iman. Kita dah baca doa awal dan akhir tahun kan? Maka Januari 2012 bukanlah tahun baru untuk umat Islam sebenarnya.

Itu je la buat masa ini. Banyak kekangan. Nanti kita sembang lain la. He.







2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...