Kadang-kadang kita perlu mengatakan "TIDAK" andai tidak mampu untuk melunasi tugasan yang di luar bidang kemahiran kita.
Sebagai contoh, aku diminta untuk menggubal soalan sebanyak 2 set (1 set = 25 soalan objektif + 3 soalan esei) bagi kursus yang tidak pernah aku ajari. Sebelum mengatakan "TIDAK", aku mohon sungguh-sungguh petunjuk Allah agar diberi kekuatan dan kelapangan fikiran serta curahan idea bagi menghasilkan soalan-soalan yang menepati sukatan pelajaran. Setelah berhempas pulas, hanya satu set sahaja berjaya disiapkan dan aku memohon maaf kerana tidak mampu untuk menyiapkan satu set lagi.
Maaf ya Puan KP dan Puan Penyelaras Peperiksaan..