Rabu, 21 April 2010

SALAHKAH KALAU....?

Baru-baru ni aku terbaca satu artikel di surat khabar arus perdana yang memuatkan cerita mengenai seorang hamba Allah yang menyara kehidupan diri dan keluarganya dengan menari gelek.

Yang buat aku rasa terpanggil untuk buat entry ni bila soalan yang dikemukakan oleh hamba Allah tersebut.. Salah ke saya jadi seorang penari gelek?

Pada pandangan aku yang kerdil dan hina dina ni.. jawapan kepada persoalan tersebut sama nilainya kalau kita diajukan dengan soalan berikut:

1. Salah ke saya menjadi 'mat rempit'?

2. Salah ke saya ada makmal untuk memproses dadah?

3. Salah ke saya menagih dadah?

4. Salah ke saya berpakaian seksi kerana saya lebih mementingkan keselesaan berbanding pandangan masyarakat yang selalu skeptikal?

Apapun.. kita dianugerahi Allah dengan akal fikiran yang mana membezakan kita dengan haiwan. Oleh itu, fikir la dengan mata hati kita. Mudahan Allah sentiasa mengurniakan kepada kita dengan taufik hidayahNya dan menjadikan kita hambaNya yang sentiasa bersyukur serta tidak terkesan dengan warna-warna dunia.


Amin.

6 ulasan:

ahlia azharjaafar berkata...

Kesian... Sedih tengok keadaan ummat. Muga Allah ampunkan dosa kita semua sb selalu leka dan x sungguh2 jadikan dakwah maksud hidup kita.

MindaHana berkata...

Kalau yang salah tetap salah! yang haram tetap haram! Jangan jadikan alasan ' dah ini rezeki aku', sedangkan rezeki Allah yg halalan toiyiban itu melangit luas....

bila 'mata hati' yang buta, kerana itu maksiat dan dosa berleluasa. Nafsu menjadi tuan, akhirnya makan tuan.

Islam tidak pernah berkompromi dengan perkara yang HARAM lagi BERDOSA!

Pensil berkata...

Salam, bila datang cahaya, kegelapan akan hilang! Bagi muslim yang lemah seperti saya, tanyalah diri sendiri, salah ke saya berserban?, salah ke saya mengamalkan sunnah di majlis orang2 korporat? kenapa perlu trim janggut bila nak berdepan orang2 vvip atau ada mesyuarat dengan mereka? kenapa saya perlu malu bila berjalan di pasaraya dengan seluar singkat atas buku lali? Inilah antara persoalannya... bila sunnah malu diamalkan ... bukan sunnah bermaharajalela ... bila sunnah atau cahaya datang ... maka kegelapan atau bukan sunnah akan hilang. Semoga saya dan tuan2 dapat amalkan.

Unknown berkata...

Salah teramat salah...

alladiin berkata...

Ilmu yg baik utk dikongsi..seronok membaca dgn gaya penulisan camni...

Ahliacikgukhairul berkata...

ahlia azharjaafar: memang sedih tgk keadaan ummat skrg.. seolah tiada sempadan dosa dan pahala

hanahjishak: tak dapat nak bezakan antara haq dan bathil

hasan : yakin dgn amalan dan sunnah Nabi.. teruskan..

habeida: aku pun terkedu biler baca artikel tu

alladiin: kadang2 nak gak jd penulis yg serius.. hehe

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...