Isnin, 12 April 2010

Perjalanan ke Tanah Suci - Bahagian 13

Oleh kerana kitorang tinggal di Mina selama 4 hari 3 malam.. maka banyak la gambar yang disnap.. jom kita hayati.. biler aku tengok semula rasa cam nak pergi lagi dan lagi dan lagi dan lagi..
maktab kami..

berjuta manusia.. kiranya jalan beramai-ramai sambil bertakbir tak perasan yang sebenarnya kami berjalan sejauh 7km tanpa henti.. Allah Maha Besar..

dah nak sampai ke jamrat setinggi 5 tingkat

we're getting closer..

ramainya manusia.... tapi Alhamdulillah masih lengang masa melontar..


suasana dalam khemah perempuan.. ada penghawa dingin dan khemah adalah jenis kalis api.. sejuk je duduk dalam tu walaupun penuh sesak di waktu tengahari..
tunjuk arah balik ke khemah.. tengok betul-betul... kalau salah jalan mau kena u-turn ber-km km..

lepas siap melontar jamrat Kubra.. CK tolong kawan bertahallul awal yang bermakna kita sudah bebas dari berpakaian ihram.. tinggal 3 larangan je lagi.. esoknya pegi melontar dah boleh pakai baju berjahit (bagi orang lelaki)

suasana di jamrat

siap melontar hari pertama.. guna 7 biji batu je.. sebesar kacang kuda.. Alhamdulillah Allah mudahkan urusan kami.. suasana lengang dan tidak berasak-asak.. aku dan CK melontar di tingkat 3.. (dalam plastik tu baki batu yang nak digunakan untuk melontar pada hari esok pulak)

rakan dari negara jiran kita.. semua mempunyai matlamat dan tujuan yang sama..

pengemis (upahan?) bertebaran di sepanjang jalan balik dari melontar.. hari ke4 melontar si pengemis dah tunggu kat tempat melontar lagi.. hmmmm...

dalam perjalanan balik ke khemah.. ramai peniaga di sepanjang jalan ke maktab.. termasuk la unta yang dihias cantik.. amik gambar dari jarak agak dekat tapi tak sentuh unta tu sebab nanti kena bayar..

suasana dalam khemah lelaki.. semua dah boleh berpakaian berjahit.. lega.. Alhamdulillah.. makanan agak mewah dan rasanya kami tak sempat berlapar pun.. banyak stok makanan yang diberi.. sampai terpaksa beli beg extra nak bawak balik lebihan stok makanan ke Mekah.. hehe.. barangan yang dijual kat Mina sama je dengan kat Mekah dan jauh lebih murah.. oleh kerana aku dah kena kifarah.. so tengok je la.. duit dah tak de.. CK bagi la 50riyal kot aku teringin nak beli apa-apa.. aku cuma beli buah anggur je sebab sedap dan murah..

hari terakhir melontar.. dah nak nafar thani.. Alhamdulillah semua gembira sebab dapat selesaikan ibadah melontar selama 4 hari.. tengah tunggu nak berangkat ke Mekah semula untuk selesaikan tawaf dan saie haji pulak..


3 ulasan:

Ziarah76 berkata...

doakan kami,
azam tengah kuat ni

Ahliacikgukhairul berkata...

ziarah76: InsyaAllah.. mudahan Allah makbulkan segera.. kita doa sama2.. (kalau ikut pakej mahal.. tahun ni gak boleh pegi.. InsyaAllah.. tapi kalau ikut pakej muassasah kena tunggu turn mcm kami.. apa pun mudahan Allah pilih kita segera jadi tetamuNya.. InsyaAllah)

Tanpa Nama berkata...

Teringin nak pergi lagi bila tengok gambar-gambar ni...syahdu rasanya...

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...