Ahad, 30 Mac 2014

Doa Pelembut Hati


Assalamualaikum!!

Nak kongsi satu ilmu dengan anda sekalian.. Aku baru dapat ilmu ni dan baru cuba nak amal dan juga sampaikan pada yang lain.. InshaaAllah
Kali ni nak kongsi satu doa yang pendek tapi penuh hikmah.. Doa pelembut hati untuk anak-anak dan juga seisi keluarga.. Moga hilang barannya (termasuk la aku.. Huhu) dan diberi kefahaman dalam agama. Bila dah faham, kita akan turut serta buat usaha agama. Kita dapat rasa kelazatan iman. Oh! Banyaknya rasa.. Semua nikmat Allah..
Ok.. Doa ni boleh la dibaca ketika membasuh beras yang hendak ditanak. Sekiranya keluarga korang diet nasi, doa ini bolehlah dibaca ketika memasak lauk atau membancuh minuman. Moga Allah makbulkan doa kita. Amin. 

Doanya ialah:


Yang bermaksud :
"Hai! Orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung."
(Surah Al-Imran, Ayat 200)

Jom kita amalkan dengan yakin kepada janji Allah.

InshaaAllah, apa yang kita baca akan cuba amalkan dan sampaikan pada yang lain.

Tiada ulasan:

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...