Singgah Jap

Isnin, 27 Mei 2013

Pesanan untuk Wanita


Pesanan Untuk Kaum Wanita


1. Solat Awal Waktu

2. Istiqamah taklim wa taklum

3. *Istiqamah Quran dan Zikir

4. *Didik Anak Secara Sunnah

5. *Hidup Secara Sederhana

6. Khuruj Masturat

 
Muzakarah 6 sifat sahabat yang perlu kita ikuti dan jadikan amalan seharian.. In shaa Allah..   Six Principles


The method adopted by Muhammad Ilyas was simple. It was to organize units (called jamaats, Arabic: جماعتِ ‎ meaning Assembly) of at least ten persons and send them to various villages. This jamaat would visit a village, invite the local Muslims only to assemble in the mosque and present their message in the form of Six Principles. These six principles were derived from the lives of the companions (Sahabah) of Muhammad. It is said in one narration (more or less),"My Sahabah are like guiding stars, whosoever follows one of them will enter paradise."[31] Muhammad Ilyas articulated six demands in the form of Six Principles which are quintessential to Tabligh Jamaat's teachings. These six principles are:

1. Kalimah: Emaan - An article of faith in which a Muslim accepts that there is no god but Allah and Muhammad is his last messenger". Yet it is not as simple as proclaiming tawheed, rather it also has to do with having conviction that every single thing is done by the will of Allah. Moreover, the fact that not a leaf can fall from the tree yet it has been decreed by Allah. The means of bringing this conviction in one's life requires one to follow the Sunnah (way) of Muhammad.

2. Salah: "Prayer - Five daily prayers that are essential to spiritual elevation, piety, and a life free from the ills of the material world" The notion that through one's salah, one can directly attain from the treasures of Allah. However it is not simply praying salah, but praying it in the manner of Muhammad, i.e. With concentration and devotion.

3. Ilm and Zikr: "The knowledge and remembrance of Allah - conducted in sessions in which the congregation listens to preaching by the emir, performs prayers, recites the Quran and reads Hadith as is described in the books like "Tabligi Nisaab' comprising of Fadhaa'il Aa'mal' and other books

4. Ikraam-e-Muslim: "Honoring a Muslim - The treatment of fellow Muslims with honor and deference" To Like for other what you like for yourself.

5. Ikhlas-e-Niyyat: "Sincerity of Intention - Reforming one’s life in supplication to Allah by performing every human action for the sake of Allah and toward the goal of self-transformation"

6. Dawat'o' Tableegh(Dawah): "Inviting and Preaching - The sparing of time to live a life based on faith and learning its virtues, following in the footsteps of the Prophet Muhammad, and taking His
message door-to-door for the sake of faith. "[24]

"Moga apa yang kita baca boleh kita amalkan dan sampaikan kepada yang lain.. in shaa Allah".

Khamis, 16 Mei 2013

SELAMAT HARI GURU!!


Buat semua, anda adalah seorang guru walaupun mengajar hanya satu ayat sahaja.

video


video








Sabtu, 11 Mei 2013

Mee Siput dan Sambal Tumis


Assalamualaikum..
Bertemu kembali kita.. Alhamdulillah kerana Allah masih beri kesempatan kepada kita untuk menikmati kehidupan dunia dan harap tidak lupa bahawa matlamat kita adalah hari akhirat iaitu kehidupan yang kekal.. Rajin-rajin la hadir majlis ilmu dan mencari berita akhirat.. dengar tentang kelebihan sesuatu amal agar kita berasa ghairah untuk melaksanakannya dan semestinya perlu ikhlas kerana Allah Taala..
 
Alhamdulillah selesai dah PRU13.. apa pun keputusannya.. berlapang dadalah.. undi kita hanya satu saja.. selebihnya mohon la pada Allah.. errrr... korang tanya aku undi apa? Heee.. Undi itu rahsia.. dengan keluarga sendiri pun aku tak beritahu sebab banyak sangat cerita yang aku dengar.. tak berani nak mengiyakan sebab aku tidak berada di tempat kejadian.. banyak caci maki.. fitnah memfitnah.. membuka aib para calon... ohhh... itu semua buat aku pening nak pilih.. calon ka parti ka? Banyak sangat janji yang ditabur sampai berterabur.. yang ini janji begini.. yang itu janji begitu.. yang ditepati.. yang dicapati.. macam-macam.. ini kalilah.. lain kalilah.. ini karilah.. tapi sebenarnya mereka tu semua adalah makhluk Allah yang tiada daya upaya.. hanya Allah sahaja yang berkuasa.. maka.. sebelum aku memangkah tempoh hari.. aku mohon pada Allah berilah aku petunjuk untuk ku pangkah kotak yang mana.. yang pasti aku memangkah dalam petak undi... heeee.. Moga Allah ampunkan aku dan anda semua atas pilihan undi kita..
 
Alhamdulillah juga kerana selesai sudah peperiksaan akhir bagi Sesi Disember 2012. Selesai sudah penandaan skrip jawapan cuma tinggal kerja-kerja yang berkaitan dengannya.. dan pelajar Politeknik sekalian bolehlah menyemak keputusan anda bermula pada 28Mei2012 nanti.. In shaa Allah..
 
Hari ni 1 Rejab.. makanya lebih kurang 58 hari nak ke bulan Ramadhan.. azam azam azam.. In shaa Allah.. walau ada kata banyak khilaf dan hadith palsu pasal kelebihan bulan Rejab, kita yang lemah iman ni usahalah buat apa yang terdaya dengan ikhlas.. Allah Maha Mengetahui..
 
Ok.. kembali kepada tajuk entri kita.. maklum la.. lama tak masuk kelas.. kalau tak student yang kena dengar tazkirah dari aku hari-hari..
 
Hari ni ada permintaan dari anak bujang.. nasi lemak dan sambal tumis bilis.. Alhamdulillah dapat dipenuhi.. nasi perlu dimasak 2 kali sebab sambal ibu terlebih sedap... erkkkkk.... tak baik riak.. Allah yang bagi sedap.. :)
 
Apa kita nak buat dengan lebihan sambal tumis tadi? Meh kita makan mee siput pulak..
 diperbuat dari tepung beras.. perlu digoreng rangup (macam goreng keropok kering tu la).. saiz dan rupa sebelum dan selepas digoreng adalah sama walaupun korang guna Camera 360 :).. rupa paras adalah seperti di bawah.. ehsan dari Encik Google.. ada address tuanpunya gambar kat situ..
 


mee siput dan pasangannya sambal tumis
 


Cara nak makan?
 
Ada dua cara..
1. Ambil sekeping dan korang letakkan sambal di atas mee siput tu dan makan la seperti korang makan keropok.
2. Masukkan sekeping dalam pinggan, ramas hingga separuh hancur dan gaulkan dengan sambal.
 
Aku? Lebih suka dengan cara yang kedua tu... kawan aku kata makan begitu saja (tanpa sambal) pun sedap tapi bagi yang tak pernah makan.. dinasihatkan mencuba kedua-dua kaedah tu ya.. pengalamian itu penting bagi memperolehi pengalaman..
 
Mana nak dapat?
 
Aku tak buat.. so korang tak boleh order dengan aku.. aku pun beli kat kedai runcit dekat rumah mak aku.. kalau kat Johor boleh didapati di kebanyakan kedai runcit.. kawan aku yang kat opis ni kirim je dengan aku kalau aku balik kampung.. dan rasanya sekarang boleh di beli di atas talian.. google la sikit..
 
Macam mana nak buat sambal tumis bilis?
 
Aku guna cili giling je.. resepinya agak berbeza kalau korang giling sendiri cili kering ya..
Macam ni..
 
Bahannya:
sebungkus cili giling yang besar (aku guna cap aliff)
seinci halia - kisar
seinci lengkuas - kisar
10 biji bawang besar (8 biji dikisar, 2 biji dimayang)
beberapa keping gula nisan
sedikit gula pasir
kicap lemak manis
ikan bilis - basuh + gaul sikit dengan tepung gandum + goreng
 
Caranya:
Panaskan kuali dan masuk minyak masak
Bila minyak dah panas, masukkan barang kisar tadi
Agak-agak cam bau dah naik.. masukkan cili giling.
Bila korang tengok cili tu dah terlompat-lompat, masukkan kedua-dua jenis gula tadi dan rasakan tahap kemanisan yang korang nak.. fungsi gula ni pun adalah untuk mengurangkan rasa pedas..
kecilkan api dan masak lama sikit.. masukkan kicap lemak manis
agak-agak macam korang rasa ok dah rasanya, masukkan la bawang yang dimayang tadi dan ikan bilis goreng..
 
Korang kata macam ada yang tak masuk?
aku tak guna bawang putih + asam jawa + garam sebab dah ada semua tu dalam cili giling yang ready made..
 
dan yang paling penting.. sepanjang korang memasak tu jangan lupa zikir dan selawat.. In shaa Allah.. Allah bagi sedap.. cubalah!
 
 
 

Related Posts with Thumbnails