Assalamualaikum..
Bertemu kembali kita.. Alhamdulillah kerana Allah masih beri kesempatan kepada kita untuk menikmati kehidupan dunia dan harap tidak lupa bahawa matlamat kita adalah hari akhirat iaitu kehidupan yang kekal.. Rajin-rajin la hadir majlis ilmu dan mencari berita akhirat.. dengar tentang kelebihan sesuatu amal agar kita berasa ghairah untuk melaksanakannya dan semestinya perlu ikhlas kerana Allah Taala..
Alhamdulillah selesai dah PRU13.. apa pun keputusannya.. berlapang dadalah.. undi kita hanya satu saja.. selebihnya mohon la pada Allah.. errrr... korang tanya aku undi apa? Heee.. Undi itu rahsia.. dengan keluarga sendiri pun aku tak beritahu sebab banyak sangat cerita yang aku dengar.. tak berani nak mengiyakan sebab aku tidak berada di tempat kejadian.. banyak caci maki.. fitnah memfitnah.. membuka aib para calon... ohhh... itu semua buat aku pening nak pilih.. calon ka parti ka? Banyak sangat janji yang ditabur sampai berterabur.. yang ini janji begini.. yang itu janji begitu.. yang ditepati.. yang dicapati.. macam-macam.. ini kalilah.. lain kalilah.. ini karilah.. tapi sebenarnya mereka tu semua adalah makhluk Allah yang tiada daya upaya.. hanya Allah sahaja yang berkuasa.. maka.. sebelum aku memangkah tempoh hari.. aku mohon pada Allah berilah aku petunjuk untuk ku pangkah kotak yang mana.. yang pasti aku memangkah dalam petak undi... heeee.. Moga Allah ampunkan aku dan anda semua atas pilihan undi kita..
Alhamdulillah juga kerana selesai sudah peperiksaan akhir bagi Sesi Disember 2012. Selesai sudah penandaan skrip jawapan cuma tinggal kerja-kerja yang berkaitan dengannya.. dan pelajar Politeknik sekalian bolehlah menyemak keputusan anda bermula pada 28Mei2012 nanti.. In shaa Allah..
Hari ni 1 Rejab.. makanya lebih kurang 58 hari nak ke bulan Ramadhan.. azam azam azam.. In shaa Allah.. walau ada kata banyak khilaf dan hadith palsu pasal kelebihan bulan Rejab, kita yang lemah iman ni usahalah buat apa yang terdaya dengan ikhlas.. Allah Maha Mengetahui..
Ok.. kembali kepada tajuk entri kita.. maklum la.. lama tak masuk kelas.. kalau tak student yang kena dengar tazkirah dari aku hari-hari..
Hari ni ada permintaan dari anak bujang.. nasi lemak dan sambal tumis bilis.. Alhamdulillah dapat dipenuhi.. nasi perlu dimasak 2 kali sebab sambal ibu terlebih sedap... erkkkkk.... tak baik riak.. Allah yang bagi sedap.. :)
Apa kita nak buat dengan lebihan sambal tumis tadi? Meh kita makan mee siput pulak..
diperbuat dari tepung beras.. perlu digoreng rangup (macam goreng keropok kering tu la).. saiz dan rupa sebelum dan selepas digoreng adalah sama walaupun korang guna Camera 360 :).. rupa paras adalah seperti di bawah.. ehsan dari Encik Google.. ada address tuanpunya gambar kat situ..
mee siput dan pasangannya sambal tumis
Cara nak makan?
Ada dua cara..
1. Ambil sekeping dan korang letakkan sambal di atas mee siput tu dan makan la seperti korang makan keropok.
2. Masukkan sekeping dalam pinggan, ramas hingga separuh hancur dan gaulkan dengan sambal.
Aku? Lebih suka dengan cara yang kedua tu... kawan aku kata makan begitu saja (tanpa sambal) pun sedap tapi bagi yang tak pernah makan.. dinasihatkan mencuba kedua-dua kaedah tu ya.. pengalamian itu penting bagi memperolehi pengalaman..
Mana nak dapat?
Aku tak buat.. so korang tak boleh order dengan aku.. aku pun beli kat kedai runcit dekat rumah mak aku.. kalau kat Johor boleh didapati di kebanyakan kedai runcit.. kawan aku yang kat opis ni kirim je dengan aku kalau aku balik kampung.. dan rasanya sekarang boleh di beli di atas talian.. google la sikit..
Macam mana nak buat sambal tumis bilis?
Aku guna cili giling je.. resepinya agak berbeza kalau korang giling sendiri cili kering ya..
Macam ni..
Bahannya:
sebungkus cili giling yang besar (aku guna cap aliff)
seinci halia - kisar
seinci lengkuas - kisar
10 biji bawang besar (8 biji dikisar, 2 biji dimayang)
beberapa keping gula nisan
sedikit gula pasir
kicap lemak manis
ikan bilis - basuh + gaul sikit dengan tepung gandum + goreng
Caranya:
Panaskan kuali dan masuk minyak masak
Bila minyak dah panas, masukkan barang kisar tadi
Agak-agak cam bau dah naik.. masukkan cili giling.
Bila korang tengok cili tu dah terlompat-lompat, masukkan kedua-dua jenis gula tadi dan rasakan tahap kemanisan yang korang nak.. fungsi gula ni pun adalah untuk mengurangkan rasa pedas..
kecilkan api dan masak lama sikit.. masukkan kicap lemak manis
agak-agak macam korang rasa ok dah rasanya, masukkan la bawang yang dimayang tadi dan ikan bilis goreng..
Korang kata macam ada yang tak masuk?
aku tak guna bawang putih + asam jawa + garam sebab dah ada semua tu dalam cili giling yang ready made..
dan yang paling penting.. sepanjang korang memasak tu jangan lupa zikir dan selawat.. In shaa Allah.. Allah bagi sedap.. cubalah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan