Rabu, 7 Ogos 2013

Salam Lebaran

Ramadhan sudah ke penghujungnya.. Moga Allah beri kita lagi kesempatan untuk Ramadhan akan datang.. "Ya Allah! Ampunilah segala dosa kami. Berikanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan jauhkanlah kami dari azab nerakaMu."

Tanda hati kita mati ialah apabila diterangkan segala kelebihan Ramadhan, kita tidak berusaha untuk merebutnya. Na'uzubillah.

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Moga raya kali merupakan kemenangan kita dalam mengharungi Ramadhan. Maaf atas segala keterlanjuran perkataan mahupun perbuatan. Sesungguhnya kita hanyalah manusia biasa yang tidak sempurna.

"Andai ada kekhilafan perkataan maupun tingkah laku,
Mohon hamba untuk memperaku
Agar tidak terkesan di hati
Mahupun berbekas di kalbu"

Salam Aidil Fitri 1434,
Yong Peng, Johor


Rabu, 24 Julai 2013

Alkisah lobak merah, telur dan biji kopi


(Dikongsi dari Facebook Tuan Ibrahim Tuan Man)

Jamil datang ke rumah ustaz Ibrahim menceritakan bagaimana hidupnya diuji dengan penuh kesusahan. Jamil berkata beliau tidak mampu menghadapinya lagi dan ingin berputus asa. Jamil memberitahu ustaz Ibrahim beliau teramat letih untuk meneruskan perjuangan dan berlawan… setelah satu masalah selesai, satu masalah baru pula timbul.

Ustaz Ibrahim hanya mendeng...ar dan tidak berkata apa-apa. Beliau menyuruh Jamil mengikutnya ke dapur.

Jamil pun mengikut tanya bertanya. Ustaz Ibrahim mengisi air di dalam tiga periuk kecil dan mendidih ketiga-tiganya serentak.

Semasa air mendidih, Ustaz Ibrahim memasukkan lobak merah ke periuk pertama, telur ke periuk kedua dan biji kopi ke periuk ketiga.

Jamil bertanya, “Apa yang ustaz buat? Nak masak apa tu?”

Ustaz Ibrahim tidak berkata apa-apa dan membiarkan air mendidih selama 20 minit. Setelah 20 minit, Ustaz Ibrahim mengeluarkan lobak merah, telur dan biji kopi ke dalam sebuah mangkuk.

“Jamil, apa yang enta nampak?”

“Lobak merah, telur dan kopi,” jawab Jamil.

Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk menyentuh lobak merah tersebut. Jamil terasa lembut. Kemudian Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk memecahkan telur tersebut. Selepas mengupas kulitnya, Jamil dapat satu telur masak penuh. Kemudian, Ustaz Jamil menyuruh Jamil mencuba air kopi di periuk ketiga. Jamil berasa rasanya penuh aroma kopi.

“Ustaz, apa maksud semua ini?” Jamil bertanya.

“Setiap benda ini (lobak merah, telur dan biji kopi) telah melalui kesusahan yang sama, iaitu air mendidih. Tapi setiap satunya memberikan reaksi berlainan.

Lobak merah masuk dalam keadaan keras, kuat dan kasar. Akan tetapi setelah melalui ujian air mendidih ia keluar lembik dan lemah.

Telur masuk dalam keadaan rapuh dan mudah pecah. Dalam cecair yang hanya dilindungi satu kulit yang nipis… akan tetapi setelah melalui ujian air didih, ia bertukar menjadi keras.

Bagi bijih kopi pula… ini lebih menarik. Semasa mereka dalam air mendidih, mereka menukar seluruh air mendidih kepada air kopi yang wangi aroma seperti yang diminum Jamil tadi,” terang Ustaz Ibrahim sambil tersenyum.

Mata Jamil seolah-olah terpukau dengan penjelasan Ustaz Ibrahim.

“Jadi, Jamil adalah yang mana satu? Bila kesusahan melanda, bagaimana Jamil menghadapinya? Lobak merah, telur ataupun biji kopi?” tanya Ustaz Ibrahim kepada Jamil yang tersentak dengan persoalan itu.

Semasa ujian Allah datang mengetuk pintu anda, bagaimana anda harus menghadapinya?

Adakah anda seperti lobak merah yang nampak kuat, tapi dengan kasaandan dan kesusahan, anda bertukar menjadi lembik dan hilang segala kekuatan anda?

Ataupun anda seperti telur dengan hati yang bagaikan cecair yang mudah dipengaruhi haba dan setelah melalui musibah, luaran anda nampak tidak berubah, akan tetapi hati anda menjadi keras dan tidak gembira dan tidak beransur.

Ataupun anda ialah biji kopi, makin didih, anda mengubah keadaan situasi anda sehingga keadaan itu mengeluarkan bau aroma yang menakjubkan.

Jadi siapakah anda?

Ingat, Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuannya. Apabila menghadapi kesusahan, ingatlah Allah sedang menguji anda, dan anda seharusnya bertindak seperti biji kopi, bertambah baik dan mengubah keadaan sekeliling anda kepada perkara positif.

Masa paling sukar adalah masa terbaik untuk meningkatkan diri ke tahap yang lain.

Senyum.


(Gambar ehsan dari saudara Google)












Jumaat, 19 Julai 2013

KISAH LUCU


Dipetik dari akhbar Mingguan Malaysia 7.7.2013


ADA APA?
Seorang penjual roti dilanggar sebuah bas. Akibatnya dia tercampak daripada motor yang penuh dengan muatan roti sebelum terjunam ke longkang. Habis semua roti bertaburan di atas jalan. Disebabkan tidak mahu jualannya dilanggar kenderaan, si penjual roti bangun dari longkang sambil menyapu darah yang mengalir di kepalanya. Tidak lama kemudian datanglah sekumpulan anggota polis yang kebetulan sedang membuat rondaan dan bertanya.

Polis : Ada apa encik? Ada apa?

Dengan suara yang perlahan dan merintih kesakitan, si penjual roti itu berkata,"Adaaaaaa rotiii kejuuuuuuu... Adaaaaaaaa rotiiii coklaaaaattt..."


FORMULA
Guru : Apakah formula untuk air?
Sin Chan : HIJKLMNO!!!
Guru : Apa awak cakap tu?
Sin Chan : Kan kelmarin cikgu kata H to O!


HANYA LIMA
Abang : Sudahkah adik menduduki ujian Matematik?
Adik : Sudah
Abang : Adik dapat menjawab semua soalan dengan betul?
Adik : Hanya lima soalan sahaja yang salah.
Abang : Wah! Baguslah kalau begitu! Berapakah jumlah soalan dalam kertas ujian adik itu?
Adik : Lima
Abang : !!!!!!





Selasa, 9 Julai 2013

Marhaban Ya Ramadhan..

Alhamdulillah... Akhirnya Allah pilih rumah kami untuk terima jemaah dari India. Masa dapat tau yang rumah kami terpilih, seronok, cemas, teruja dan macam-macam lagi. Ini pengalaman pertama kami. Sebelum ni aku cuma nusrah (bantu) sikit-sikit je rakan yang terima jemaah di rumah mereka. Aku juga masih belum berpengalaman keluar 3 hari apatah lagi 10 hari. Hanya ikuti taklim mingguan saja. Itupun tak berapa istiqamah. Terima kasih juga yang tak terhingga buat rakan sekalian atas nusrah kalian. Betul la.. bertemu dan berpisah kerana Allah itu adalah sangat manis.

Buat muslimin dan muslimat.. Selamat menempuhi Ramadhan yang mulia. Doalah sentiasa agar kita kuat dan berdaya serta dapat rasai kemanisan untuk beribadat di bulan Ramadhan ini dan seterusnya. In shaa Allah.

   


Ahad, 30 Jun 2013

300 menu

Alhamdulillah.. Ahad lepas aku sempat layan anak-anak makan roti tisu di spot feveret kami... Hussain Nasi Kandar di Aeon Big.. CK kuar 3 hari makanya malas nak masak beria sangat sebab menu anak-anak biasanya lebih ringkas.. Nak lagi ringkas ke Hussain la kita... Ngeeee...

Tipah : Ibu tau tak buat roti tisu ni?
Ibu : Tak tau, ibu macam Tipah la, tau makan je.. hehe
Tipah : Ibu ni, nanti ibu baca buku tu ibu ikut la macam maner nak buat roti tisu. Ibukan selalu cakap kat Tipah, "Tengok macam dalam buku ni, kita kena buat baik dengan orang, cakap terima kasih." Haaaaaa, macam tu la sama dengan Tipah.
Ibu : Tipah makan la roti tu sampai habis. Dah kenyang nanti tak payah la ibu kena buat.. Hahaha (mau menang juga.. apa pun tak boleh)

Mesti korang nak taukan buku apakah yang dimaksudkan oleh Tipah dalam dialog di atas... Taraaaaaaaaaaa......


Korang ada? Aku pun baru je memilikinya. Nak pinjam? Boleh, tak de masalah tapi adalah lebih bagus korang beli sebab kesian kat si pengarang dan penerbitnya.. Korang bayangkan tak susah payah diorang untuk menyiapkan buku ni? Hehehe.. sila la bayangkan.. Cuba close-up sikit kat buku tu.. ada menu awal berbuka, lauk pauk dan sayuran, kerabu dan sambal, hidangan ringkas bersahur, sajian syawal dan macam-macam lagi. Memang berbaloi la. Harga RM30 tapi boleh dapat diskaun 15% di Hasani Book Store.

Hmmm... betul la orang tua kata, cari la isteri yang rajin masak bukan pandai masak.. dalam maksud yang lain walaupun sudah ada pemanggang maupun pengukus ajaib yang boleh memudahkan tugasan memasak tetapi jika sudah diserang virus malas iaitu penentang kepada virus rajin.. apa pun tak boleh.. tapikan.. kalau kita nak pasangan yang baik kita perlu jadi baik dulukan? Maka, kalau kita nak isteri yang rajin masak, suami perlu la rajin dulu. Tak gitu?

Cakap banyak pun tak guna.. itu antara persiapan Ramadhan mendatang.. oleh kerana menu untuk Ramadhan dan Syawal maka buku tersebut bakal dibuka bila menjelangnya Ramadhan... hehehe... (ada kawan aku kata kena buka dari sekarang sebab nak beli bahan-bahannya.. betul juga kan?)





2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...