Singgah Jap

Rabu, 22 Januari 2014

Petua untuk batuk dan selsema




Assalamualaikum semua.. lama tak sembang di alam maya ni.. (bil elektrik aku dah naik RM40 bulan ni berbanding biasa.. dah tarif baru.. huhuhu.. so mari kita berjimat cermat lagi.. sori la kalau set induksi tak berapa nak kena dengan tajuk..) 

Alhamdulillah cuaca di Pulau Pinang baik-baik saja. Siang agak panas dan kain pun kering dengan bestnya untuk dilipat. Malam pula agak sejuk. Rasa macam cuaca di Mekah je.. Sangat nyaman.. 

Namun begitu, ramai juga aku dengar anak-anak kawan aku yang demam, batuk dan selsema. Kalau aku yang dulu, bila mula batuk akan diakhiri dengan asma. Tak pun, bila selsema akan disudahi dengan asma. Sungguh tragis. Asma aku di bawah kategori alahan. Panas sangat pun kena, sejuk sangat pun kena, berabuk sangat pun kena, penat sangat pun kena. Banyak keadaan yang menyumbang kepada penyakit asmaku itu dan itu juga adalah salah satu jalan untuk aku dapat pahala lebih.. hehehe..

Alhamdulillah, Allah hanya uji penyakit asma tu ke atas aku saja dan tidak kepada anak-anak aku. Syukur sangat kerana ia bukan penyakit keturunan keluarga aku dan aku insan terpilih untuk ujian asma ini. Cuba korang bayangkan kalau aku anak beranak diserang asma? Allah Maha Mengetahui dan alhamdulillah itu tidak berlaku. Kalau pergi klinik, yang dirawat adalah ibunya dan anak-anak sebagai peneman. Doktor pun hairan. :)

Walaupun anak-anak aku tak dapat harta asma aku tu, namun mereka juga manusia biasa yang pernah diserang demam, batuk dan selsema.. (treatment untuk asma aku tu kita cerita kt entri lain eh)

Rawatan masa mereka demam, biasanya aku bagi ubat demam yang ada paracetamol.. tapi bila dah melanjut kepada batuk dan hingus sudah pekat.. aku guna petua di bawah.. ni salah satu usaha ya.. 

Aku petik beberapa helai daun bunga melur.. (sebelum ni selalu mintak kat orang dan akhirnya CK pun tanam dalam pasu sebab malu.. ngeee.. tapi sampai sekarang masih belum berbunga dan berdaun saja).. Korang kenal tak pokok bunga melur ni? Aku dah googlekan untuk korang.. 





Pastu tumbuk bagi hancur.. letak air sikit.. nak blend pun boleh.. asalkan tekstur asal daun tu jadi hancur.. semua gambar ehsan pakcik Google..




pastu ambil beberapa biji bedak sejuk.. kalau kat area utara ni senang nak cari.. ada dijual di kedai-kedai runcit.. rupa bedak sejuk yang aku guna tu serupa macam kat bawah.. yg ni pun aku google jugak.. (sebab masa aku buat aku tak pernah ambil gambar.. sori tak de gambar primer.. guna data sekunder je)


kemudian korang gaulkan la bedak sejuk dan daun bunga melur yang dah ditumbuk tadi.. (ambik daun tau.. bukan bunganya.. bunga tu ambil dan selit di cuping telinga pun ok sambil menumbuk daunnya.. hehe)



siap dah ramuan kita.. korang sapukan di kawasan belakang badan, leher dan dada anak-anak tadi sambil baca selawat tanpa henti.. In shaa Allah akan reda batuk dan selsema anak-anak.
Aku dapat petua ni pun dari seorang sahabat yang bekerja di hospital. Mungkin beliau doa supaya tak ramai yang masuk hospital dan usaha cara tradisional pula. Back to nature. 

Jangan lupa, semua ini adalah ilham dari Allah. Kita perlu berusaha dan doa.
"La ila ha illallah, Muhammadurrasulullah"





Related Posts with Thumbnails