Singgah Jap

Ahad, 30 Mac 2014

Doa Pelembut Hati


Assalamualaikum!!

Nak kongsi satu ilmu dengan anda sekalian.. Aku baru dapat ilmu ni dan baru cuba nak amal dan juga sampaikan pada yang lain.. InshaaAllah
Kali ni nak kongsi satu doa yang pendek tapi penuh hikmah.. Doa pelembut hati untuk anak-anak dan juga seisi keluarga.. Moga hilang barannya (termasuk la aku.. Huhu) dan diberi kefahaman dalam agama. Bila dah faham, kita akan turut serta buat usaha agama. Kita dapat rasa kelazatan iman. Oh! Banyaknya rasa.. Semua nikmat Allah..
Ok.. Doa ni boleh la dibaca ketika membasuh beras yang hendak ditanak. Sekiranya keluarga korang diet nasi, doa ini bolehlah dibaca ketika memasak lauk atau membancuh minuman. Moga Allah makbulkan doa kita. Amin. 

Doanya ialah:


Yang bermaksud :
"Hai! Orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung."
(Surah Al-Imran, Ayat 200)

Jom kita amalkan dengan yakin kepada janji Allah.

InshaaAllah, apa yang kita baca akan cuba amalkan dan sampaikan pada yang lain.

Isnin, 10 Mac 2014

DOA UNTUK MH370


Di saat ini, aku masih tak tau kesudahan misteri.
Allah Maha Tahu
Di saat ini, hati sangat hiba mengenangkan keadaan kesemua ahli MH370
Allah Maha Tahu
Moga Allah mudahkan segala urusan pencarian yang dijalankan oleh semua pihak.

Antara hikmah yang aku nampak, seluruh dunia turut bersatu hati menawarkan bantuan. 
Solat hajat di mana-mana.
Moga dengan doa yang sentiasa diminta, semuanya sedar bahawa kita hanyalah hamba Allah yang tiada daya upaya. Hanya Allah tempat kita mohon segala pertolongan.
Allah bekalkan senjata kepada orang mukmin dalam bentuk solat dan doa.
Mintalah apa saja.

Moga bumi Allah ini basah dengan airmata yang takutkan Allah.
Jangan putus asa.
Semuanya atas kehendak Allah jua.







Related Posts with Thumbnails