Singgah Jap

Rabu, 24 Julai 2013

Alkisah lobak merah, telur dan biji kopi


(Dikongsi dari Facebook Tuan Ibrahim Tuan Man)

Jamil datang ke rumah ustaz Ibrahim menceritakan bagaimana hidupnya diuji dengan penuh kesusahan. Jamil berkata beliau tidak mampu menghadapinya lagi dan ingin berputus asa. Jamil memberitahu ustaz Ibrahim beliau teramat letih untuk meneruskan perjuangan dan berlawan… setelah satu masalah selesai, satu masalah baru pula timbul.

Ustaz Ibrahim hanya mendeng...ar dan tidak berkata apa-apa. Beliau menyuruh Jamil mengikutnya ke dapur.

Jamil pun mengikut tanya bertanya. Ustaz Ibrahim mengisi air di dalam tiga periuk kecil dan mendidih ketiga-tiganya serentak.

Semasa air mendidih, Ustaz Ibrahim memasukkan lobak merah ke periuk pertama, telur ke periuk kedua dan biji kopi ke periuk ketiga.

Jamil bertanya, “Apa yang ustaz buat? Nak masak apa tu?”

Ustaz Ibrahim tidak berkata apa-apa dan membiarkan air mendidih selama 20 minit. Setelah 20 minit, Ustaz Ibrahim mengeluarkan lobak merah, telur dan biji kopi ke dalam sebuah mangkuk.

“Jamil, apa yang enta nampak?”

“Lobak merah, telur dan kopi,” jawab Jamil.

Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk menyentuh lobak merah tersebut. Jamil terasa lembut. Kemudian Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk memecahkan telur tersebut. Selepas mengupas kulitnya, Jamil dapat satu telur masak penuh. Kemudian, Ustaz Jamil menyuruh Jamil mencuba air kopi di periuk ketiga. Jamil berasa rasanya penuh aroma kopi.

“Ustaz, apa maksud semua ini?” Jamil bertanya.

“Setiap benda ini (lobak merah, telur dan biji kopi) telah melalui kesusahan yang sama, iaitu air mendidih. Tapi setiap satunya memberikan reaksi berlainan.

Lobak merah masuk dalam keadaan keras, kuat dan kasar. Akan tetapi setelah melalui ujian air mendidih ia keluar lembik dan lemah.

Telur masuk dalam keadaan rapuh dan mudah pecah. Dalam cecair yang hanya dilindungi satu kulit yang nipis… akan tetapi setelah melalui ujian air didih, ia bertukar menjadi keras.

Bagi bijih kopi pula… ini lebih menarik. Semasa mereka dalam air mendidih, mereka menukar seluruh air mendidih kepada air kopi yang wangi aroma seperti yang diminum Jamil tadi,” terang Ustaz Ibrahim sambil tersenyum.

Mata Jamil seolah-olah terpukau dengan penjelasan Ustaz Ibrahim.

“Jadi, Jamil adalah yang mana satu? Bila kesusahan melanda, bagaimana Jamil menghadapinya? Lobak merah, telur ataupun biji kopi?” tanya Ustaz Ibrahim kepada Jamil yang tersentak dengan persoalan itu.

Semasa ujian Allah datang mengetuk pintu anda, bagaimana anda harus menghadapinya?

Adakah anda seperti lobak merah yang nampak kuat, tapi dengan kasaandan dan kesusahan, anda bertukar menjadi lembik dan hilang segala kekuatan anda?

Ataupun anda seperti telur dengan hati yang bagaikan cecair yang mudah dipengaruhi haba dan setelah melalui musibah, luaran anda nampak tidak berubah, akan tetapi hati anda menjadi keras dan tidak gembira dan tidak beransur.

Ataupun anda ialah biji kopi, makin didih, anda mengubah keadaan situasi anda sehingga keadaan itu mengeluarkan bau aroma yang menakjubkan.

Jadi siapakah anda?

Ingat, Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuannya. Apabila menghadapi kesusahan, ingatlah Allah sedang menguji anda, dan anda seharusnya bertindak seperti biji kopi, bertambah baik dan mengubah keadaan sekeliling anda kepada perkara positif.

Masa paling sukar adalah masa terbaik untuk meningkatkan diri ke tahap yang lain.

Senyum.


(Gambar ehsan dari saudara Google)












Jumaat, 19 Julai 2013

KISAH LUCU


Dipetik dari akhbar Mingguan Malaysia 7.7.2013


ADA APA?
Seorang penjual roti dilanggar sebuah bas. Akibatnya dia tercampak daripada motor yang penuh dengan muatan roti sebelum terjunam ke longkang. Habis semua roti bertaburan di atas jalan. Disebabkan tidak mahu jualannya dilanggar kenderaan, si penjual roti bangun dari longkang sambil menyapu darah yang mengalir di kepalanya. Tidak lama kemudian datanglah sekumpulan anggota polis yang kebetulan sedang membuat rondaan dan bertanya.

Polis : Ada apa encik? Ada apa?

Dengan suara yang perlahan dan merintih kesakitan, si penjual roti itu berkata,"Adaaaaaa rotiii kejuuuuuuu... Adaaaaaaaa rotiiii coklaaaaattt..."


FORMULA
Guru : Apakah formula untuk air?
Sin Chan : HIJKLMNO!!!
Guru : Apa awak cakap tu?
Sin Chan : Kan kelmarin cikgu kata H to O!


HANYA LIMA
Abang : Sudahkah adik menduduki ujian Matematik?
Adik : Sudah
Abang : Adik dapat menjawab semua soalan dengan betul?
Adik : Hanya lima soalan sahaja yang salah.
Abang : Wah! Baguslah kalau begitu! Berapakah jumlah soalan dalam kertas ujian adik itu?
Adik : Lima
Abang : !!!!!!





Selasa, 9 Julai 2013

Marhaban Ya Ramadhan..

Alhamdulillah... Akhirnya Allah pilih rumah kami untuk terima jemaah dari India. Masa dapat tau yang rumah kami terpilih, seronok, cemas, teruja dan macam-macam lagi. Ini pengalaman pertama kami. Sebelum ni aku cuma nusrah (bantu) sikit-sikit je rakan yang terima jemaah di rumah mereka. Aku juga masih belum berpengalaman keluar 3 hari apatah lagi 10 hari. Hanya ikuti taklim mingguan saja. Itupun tak berapa istiqamah. Terima kasih juga yang tak terhingga buat rakan sekalian atas nusrah kalian. Betul la.. bertemu dan berpisah kerana Allah itu adalah sangat manis.

Buat muslimin dan muslimat.. Selamat menempuhi Ramadhan yang mulia. Doalah sentiasa agar kita kuat dan berdaya serta dapat rasai kemanisan untuk beribadat di bulan Ramadhan ini dan seterusnya. In shaa Allah.

   


Related Posts with Thumbnails